Tahap kesedaran masyarakat di negara ini mengenai kepentingan membaca label sebelum membeli sesuatu produk makanan mahupun kosmetik dikatakan masih lagi kurang. Kebiasaannya, masih ramai yang hanya memeriksa tarikh luput tanpa memeriksa kandungan sesuatu produk yang dibeli.
Realitinya label yang terdapat pada produk adalah penting kerana ia menjadi panduan dalam membantu pengguna membuat pilihan sekiranya mereka mengetahui dan diberikan maklumat yang lengkap. Kesedaran terhadap kandungan dalam sesuatu produk kecantikan dan kesihatan juga masih rendah di kalangan wanita sehinggalah menerima kesan atau implikasi terhadap tubuh.
Berpeluang bertemu Dynas Mokhtar atau nama penuhnya Wan Intan Edrinas Wan Mokhtar sempena majlis pelancaran produk baru Wellsen x Dynas yang berlangsung di kafe miliknya, Wanra Cafe, Bukit Jelutong baru-baru ini. Selebriti yang kini hamil anak keempat berkongsi perjalanan dirinya menjadi lebih prihatin terhadap soal pemakanan keluarga dan penggunaan produk melalui pembacaan label.
Menurut Dynas, kebiasaannya pengguna hanya menitikberatkan fungsi produk untuk menyelesaikan masalah mereka tanpa mengambil tahu keselamatan kandungan produk.
“Sebagai contoh ramai yang tidak tahu silikon dalam syampu yang buatkan rambut lembut tetapi penggunaan lama menyebabkan rambut gugur dan rosak. Menyedari hal tersebut, produk syampuWellsen X Dynas, tidak menggunakan bahan kimia sebaliknya menggunakan sepenuhnya bahan organik dan juga Aqua Cell yang memberi kelembapan 48 jam sertai atasi isu keguguran rambut,” ujar Dynas.
“Keguguran rambut adalah masalah yang kerap dihadapi oleh wanita semasa dan selepas bersalin. Pemilihan produk penjagaan rambut yang betul mampu memberi solusi terhadap masalah kulit kepala. Objektif kami bukanlah untuk berniaga semata-mata tetapi memberi kesedaran kepada pengguna. Anda perlu tahu apa yang anda letak di atas kepala sama seperti apa yang anda makan, kerana kesannya mungkin bukan masa sekarang tetapi akan datang,” katanya kepada media.
Syampu Wellsen X Dynas boleh didapati di platform e dagang seperti Shoppee, Lazada dan Instagram. Turut hadir merasmikan majlis, Pengarah Eksekutif WeGlobe Marketing Sdn. Bhd, Seng Sin Mon yang mewarisi empayar Wellsen.
Antara rakan selebriti yang juga rakan baik Dynas yang hadir, Sazzy Falak, Aishah Sinclair, Daphne Iking, Yasmin Hani dan Atilia Haron. Produk syampu Wellsen X Dynas menggunakan bahan organik Chamomile yang menjadikan kulit kepala berasa sejuk dan nyaman, serta minyak pati pudina yang memulihkan folikel rambut. Syampu ini juga amat sesuai untuk mereka yang berhijab di mana ia amat sesuai untuk memberi keselesaan pada kulit kepala.
Bercerita tentang kehamilan pada usia menjelang 40-an, Dynas mengakui ia amat berbeza berbanding ketika mengandung pada usia 20 dan 30-an.
“Saya memang berasa cepat penat sepanjang mengandung anak keempat ini. Saya masih lagi aktif berlakon ketika mendapat tahu saya sedang hamil dua bulan. Saya ambil keputusan untuk berehat seketika dari aktiviti penggambaran sehingga selepas selesai menjalani tempoh berpantang selama 100 hari nanti.
“Usia kandungan sudah mencecah enam bulan dan berat bertambah sebanyak 78 kilogram setakat ini, semuanya berada dalam keadaan baik. Saya dan suami juga masih mencari nama yang sesuai untuk anak keempat kami ini,” ujar Dynas yang ternyata gembira dengan kehamilan kali ini.
Untuk rekod, Dynas berkahwin dengan ahli perniagaan, Mohamad Shazrik Che Mohd Din, 40, pada April 2018 dan dikurniakan anak lelaki, Edriel Obil, 4. Menerusi perkahwinan terdahulu, Dynas dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Khyra Khalyssa, 13, dan Mohamed Haqaish, 11.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kecantikan bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin buat ramai kagum dan terpegun. Mana tidaknya, meniti usia 59 tahun seri wajah dan kecantikan semula jadi Puan Sri Normala tetap terserlah. Meskipun tanpa secalit mekap di wajah. Aging gracefully!
Merupakan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Dr Ruhila, Rubilla dan Asyraf, Puan Sri Normala yang dilahirkan pada 4 Jun 1964 di Johor lebih bahagia selepas bergelar nenek dan membahasakan dirinya sebagai Tok Mama.
Puan Sri Normala selamat menimang cucu sulung lelaki diberi nama Aamin Yusuf yang juga anak sulung kepada Dr Ruhila dan suami, Majid Nazli pada 15 Jun 2022.
Walau berusia lewat 50an, Isteri kepada bekas Menteri Sumber Manusia, Tan Sri Azmi Khalid ini kekal jelita dan seolah-olah tidak dimamah usia.
Disifatkan seorang wanita yang gemar mengamalkan gaya hidup sihat dan aktiviti lasak, Puan Sri Normala menerusi media sosial miliknya turut berkongsi aktiviti seperti berbasikal, mendaki dan pernah menjejakkan kaki di Gunung Tahan, Gunung Kinabalu dan Gunung Batur di Indonesia.
Namun paling menarik perhatian peminat kebelakangan ini ialah penampilan Puan Sri Normala yang tampil ringkas dan santai. Dia dilihat selesa memakai kasut sneakers, tudung selendang polos dan tanpa solekan ketika beriadah bersama suami tercinta.
Simple tapi pesona Puan Sri Normala sebagai bekas pengacara TV popular yang pernah dilabel Wanita Melayu Terakhir ini tetap menyerlah!
Berkongsi pandangan bersama Nona mengenai paras rupa dan bakat wanita hari ini khususnya sebagai personaliti TV, ini komen jujur Puan Sri Normala.
“Ini adat dunia, wajah dan pesona cantik sejak zaman dahulu lagi sejak lahirnya Adam AS lagi memang begitu. Sememangnya, cantik itu menjadi pilihan utama tapi, di zaman ini cantik dan bijak itu adalah yang utama.
Setiap wanita itu dilahirkan berbakat cuma ia berbeza-beza. Kalau cantik dan bijak serta berbakat namun kurang budi bahasanya, dia tidak dikenang sebagai manis dan santunnya.
Jadi, jadilah wanita yang bukan saja cantik, berbakat dan bijak, malah wanita yang penuh santun susila dan teguh imannya.”
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Salute dengan usaha dan semangat Lisa Surihani! Mana tidaknya, suatu ketika dulu dia pernah mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak. Tapi lihatkan dirinya hari ni… lebih fit, langsing dan berseri-seri. Yang pasti, sejak dari mula lagi Lisa enggan terburu-buru mengurangkan berat badan dalam masa singkat sebaliknya isteri kepada Yusry Abdul Halim ini lebih selesa kelihatan sihat dan kurus mengikut keupayaan diri dengan cara yang selamat.
Kemunculan terbaru Lisa dalam sitkom Sepahtu Reunion baru-baru ini nyata mengundang rasa kagum di kalangan penonton dan peminatnya. Jujur berkongsi petua sihat cantik yang dipraktikkan, ini yang diamalkan Lisa selama ini.
“Lepas bersalin anak kedua pada April 2017, bulan Ogos tu baru start exercise. Sehari saya akan bersenam 1 hingga 1 jam setengah. Waktu mula-mula dulu, saya buat exercise 6 hari seminggu kemudian nampak berat badan makin turun… of course makan pun kena jaga juga.
Cara saya, saya jenis tak mahu turun berat badan terlalu cepat sebab takut bila cepat turun, cepat juga berat badan tu naik balik. Jadi apa yang saya cuba buat adalah dengan mengurangkan berat ikut kadar yang selamat dan tidak terlalu drastik untuk diri kita.
Kalau makan, saya jaga. Saya tukar ambil beras herba ponni. Ia adalah beras putih tapi mempunyai fiber tinggi. Sebagai permulaan, saya makan sekali sehari masa lunch. Lepas tu, saya cuba intermittent fasting. Ia mula dengan berpuasa selama 16 jam. Cara berpuasa tu contohnya cut of time pukul 6 petang bermaksud selepas 6 petang tu tak makan dah. Boleh minum tapi minuman yang tak bergula.
Jadi first meal adalah pada esok hari pukul 10 pagi. Lisa amalkan ini selama 4 bulan dan dalam masa sama kurangkan pengambilan gula. Setahun lepas amalkan cara ini, pada April 2018 berat badan saya turun ke 53 kg … itu adalah berat masa sebelum saya hamil anak kedua.
Sebagai pelakon, saya ambil keputusan untuk kurangkan berat sedikit lagi. Sekarang, berat badan dah 49 kg. Alhamdulillah, Yusri sangat supportive. Apa je benda yang boleh buat saya happy, dia sokong tak kiralah macam mana keadaan sekalipun dia tetap sayangkan saya. Pendek kata, apa-apa je yang buat diri saya selesa, Yusri akan support,” kongsi Lisa.
Foto kredit: Instagram Lisa Surihani
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!