Gaya Hidup

HALANG Pembiakan Nyamuk Aedes, Elak KEMATIAN Di Rumah!

Peningkatan kes demam denggi semakin menjadi-jadi. Masih ramai yang belum mengambil langkah berjaga-jaga untuk mengelakkan kes ini daripada menjadi semakin serius.

Apakah langkah perlu dilakukan untuk memastikan masalah ini berkurangan dan menjamin kesihatan keluarga?

#1: Terbalikkan baldi kosong atau balang yang boleh menyimpan air berlebihan. Jika terdapat bekas yang tidak boleh dikosongkan, cuba gunakan penutup agar nyamuk tidak dapat masuk.

#2: Jangan lupa bersihkan pasu-pasu kosong dan elakkan juga menyiram pokok di dalam pasu secara berlebihan. Buang air yang bertakung di dalam pasu atau bekas penyimpanan air. Ingat, nyamuk aedes suka membiak di dalamnya!

#3: Gunakan alat penghalau nyamuk atau mosquito repellents pada semua kawasan yang terdedah, baik pada waktu siang atau malam.

#4: Pastikan tingkap dan pintu tidak ada lubang! Jika ada, cari cara untuk menutup ya supaya nyamuk tidak boleh menembusi ruang kediaman.

#5: Jika di dapati ada penghuni rumah yang sudah mula menghidap denggi, pastikan mereka tidak digigit nyamuk atau penghuni lain di dalam rumah. Ambillah langkah berjaga-jaga.

#6: Gunakan kelambu. Boleh juga anda mengimbau kembali saat tidur malam di kampung halaman. Penggunaan kelambu untuk anak kecil boleh membantu mengelakkan anak-anak digigit nyamuk.

#7: Jika anda menggunakan cooler, jangan lupa kosongkan bahagian simpanan air supaya tidak menjadi tempat pembiakan nyamuk.

#8: Tutup tong sampah daripada terdedah.

 

 

 

 

IKLAN
Share