Hamil Anak Ketiga & Dapat Rumah Baru, ‘Bonus’ Berganda MUA BELLAZ Tahun 2020!

Rezeki tidak akan pernah salah alamat. Tahniah buat MUA Bellaz yang kini berbadan dua. Berita gembira tersebut didedahkan Bellaz di media sosial miliknya beberapa hari sebelum dia dan suami tercinta menyambut ulang tahun perkahwinan ketujuh pada 25 Disember lalu. Khabarnya, usia kandungan Bellaz sudah mencecah lebih dua bulan dan ia merupakan kehamilan ketiganya.

Hasil perkahwinan bersama suami tercinta iaitu Anuar Ahmad, pasangan muda ini dikurniakan dua orang anak. Anak sulung mereka, Iris Alisya berusia 7 tahun sementara  anak kedua pula Mohd Aidil Mikhali bakal meniti usia tiga tahun. Nampaknya tahun 2020 menjadi tahun paling dinanti-nantikan make up artist

popular ini kerana selain bakal timang cahaya mata baru pada bulan Ogos depan, Bellaz atau nama sebenarnya Nur Nabila Zulyadaini turut akan berpindah ke rumah baru!’Bonus’ berganda Bella dapat tahun ini.

Permata hati Bellaz & suami

Memasuki usia 28 tahun pada April nanti, Bellaz nyata bersyukur kerana usaha keras membina legasi dalam dunia solekan akhirnya membuahkan hasil lumayan. Kongsinya,
“Tak sabaq aihhh nak tengok titik peluh ni siap. Rasa seronok bahagia lagu mana tak tau, di usia 27 tahun dapat buat rumah sendiri lagu ni, sebab kami datang dari keluarga yang terlalu susah sangat-sangat masak dapoq kayu ja.

Sebab tu masih tak percaya sampai la ni maybe tak besaq di mata orang, tapi besaq di mata saya dengannya 8 bilik tidur, 3 bilik air. Alhamdulilah nikmat Allah bagi pinjam sementara. Syukur sangat-sangat.. nanti berpantang dalam rumah baru yeyy. InsyaAllah semoga dipermudahkan urusan semua,” ujar Bellaz yang tidak malu mengaku dirinya ialah anak seorang nelayan.

Anak jati Tanjung Dawai, Kedah ini juga memaklumkan dia mula serius mendalami dunia solekan sejak mengandung anak pertamanya kira-kira enam tahun yang lalu. Bermula
dengan mengadakan live tutorial mekap di media sosial, nama MUA Bellaz kian meningkat naik dan menjadi inspirasi ramai generasi muda hari ini.

Bertitik-tolak dari situ juga Bellaz mendapat idea untuk mengeluarkan rangkaian produk kosmetik keluaran sendiri termasuk lip matte dan berus mekap. Malah, sudah berada di beberapa outlet AEON.

Terbaru, jualan berus mekap Bellaz laris di pasaran. “Sis jarang bergambaq dengan stok-stok sis. Walaupun stok selalu sampai macam ni. Yang stok 19 ni, aura dia lain sedikit. Alhamdulillah brush makeup Bellaz dah landing separuh. Dalam masa 3 hari dah tinggal half dah. Alhmdulilah terima kasih pada yang support Bellaz, insyaAllah dalam setiap sales

Bellaz, ada sedikit keuntungan Bellaz akan berikan kepada yang memerlukan.

“Setiap rezeki kita terselit rezeki orang lain” ingat tu. Nak habaq postage brush hampa akan diupdate dalam masa 2-3 hari lagi. Sebabnya di HQ Bellaz sekarang tengah bertungkus-lumus 10 orang team siapkan postage hampa. Sabar naaa.. mintak maaf atas kelewatan sedikit. Sebab order masuk terlebih limit. Rezeki anak.. pada masa yang sama saya dapat membantu para suri rumah untuk menjana income sendiri. Alhamdulillah.”

Semoga MUA Bellaz terus sukses dan diberi kesihatan yang baik serta dipermudahkan urusan bersalin kelak.

 

Kredit: Instagram MUA BELLAZ

IKLAN
Share