Hampir Putus Asa Tambah Zuriat, Menantu MOFAZ GROUP Ini Terkejut Hamil Lepas 12 TAHUN

Wanita cantik yang diberi nama Dara Shafinaz Shahril ini merupakan menantu kepada Presiden MOFAZ Group Companies, Haji Mohamed Fauzy Bin Abdul Hamid. Kelibatnya sering mencuri perhatian saat menghadiri majlis sosial di ibu kota. Pertemuan dengannya tak lama dulu di sebuah majlis tidak dipersiakan oleh Team Nona.

Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril

Rupanya dalam diam biras kepada selebriti Erin Malek ini sudah hampir dua tahun menimang cahaya maya kedua. Apabila ditanya tentang perbezaan usia di antara kedua-duan anaknya, jawab Dara Shafinaz, “Saya tak pernah merancang. Anak sulung saya sekarang berusia 12 tahun.

Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril

Saya dapat anak kedua ini pula ketika anak sulung nak masuk ke usia 12 tahun. Jadi, jarak umur anak-anak saya adalah 12 tahun. Sebenarnya ketika anak sulung saya berusia 6 tahun, saya mahu menambah anak tapi mungkin belum ada rezeki ketika itu.

Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril

Kemudian selepas 8 tahun macam itu, saya mula berjumpa dengan doktor untuk dapatkan nasihat bagi tujuan menambah zuriat. Saya juga mengambil ubat-ubatan atas saranan doktor. Akhirnya saya putus asa dan fikir mungkin rezeki saya hanya ada seorang anak saja,” kata Dara Shafinaz sambil tersenyum.

Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril

Ada benarnya kata orang kalau kita tak stres, rezeki untuk hamil lebih mudah. Tambah Dara Shafinaz, “Kemudian saya tukar gaya hidup dan mula berjinak-jinak bersenam. Saya dapat rasakan perubahan dalam diri dan dapat tidur yang berkualiti serta saya berubah buat healthier stuff.

Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril

Tanpa diduga, saya disahkan mengandung. Itupun, saya sedar bila usia kandungan sudah 4 bulan. Saya terkejut, saya check

dan terus berjumpa doktor. Memang rasa tak percaya,” tutur Dara Shafinaz.
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril

Sudah menjadi kebiasaan ibu mengandung mengalami morning sickness. Kongsi Dara Shafizaz tentang pengalamannya, “Setelah 12 tahun tak mengandung, saya rasa umpama mengandung kali pertama. Saya kena start balik everything. Saya bersyukur saya tak mengalami morning sicknes untuk kedua-dua anak saya. Cuma saya dapat mild migrain saja.

Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril

Perasaan ketika itu memang tak boleh nak gambarkan, lebih-lebih lagi anak kedua ini adalah baby girl. Persaan teruja bila beli barang-barang keperluan baby girl terutama baju. Sangat berbeza dengan anak lelaki dulu,” ucap wanita cantik ini.

Tidak melepaskan peluang untuk bertnaya tatkala melihat Dara Shafinaz dapat mengekalkan bentuk badannya, jawabnya, “Sebaik saja habis pantang, saya terus bersenam untuk mengekalkan kesihatan tubuh dan jaga badan. Selepas 50 hari bersalin saya menyertai kelas kick boxing,” kata Dara Shafinaz yang mengamalkan pemakaian bengkung dan tak minum sejuk ketika berpantang.

Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril

Bercerita tentang penjagaan kulitnya, “Saya sangat bersyukur kerana tak ada masalah kulit dan mempunyai kulit jenis normal. Apa yang boleh saya kongsikan adalah pemakaian serum. Saya tak pernah lupa pakai serum, boleh guna apa sahaja jenis serum kerana semuanya elok untuk kulit kita.

Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril
Foto: Koleksi peribadi Dara Shafinaz Shahril

Lagi satu saya suka home remedies. Saya suka buat topeng muka daripada madu dan yogurt atau telur dengan lemon dan madu,” akhiri Dara Shafinaz yang kurang makan nasi dan hanya makan nasi ketika hujung minggu saja.

IKLAN
Share