Bagi merealisasikan impian wanita Muslimah yang mahukan penampilan ekstravaganza hujung tahun ini sekali gus mengharungi detik-detik akhir tahun 2019, Hanami Butik, sebuah peneraju fesyen tudung sedia pakai (instant) telah melancarkan Koleksi Edisi Akhir Tahun 2019.
Koleksi Akhir Tahun 2019 ini didatangkan dengan 15 corak berlainan menerusi selendang, bawal sedia pakai, selendang sedia pakai dan beberapa lagi. Edisi akhir tahun ini dihasilkan dalam kuantiti yang terhad untuk mengekalkan eksklusivitinya dan diinspirasikan daripada lukisan tumbuh-tumbuhan dan flora yang terdapat di negara Jepun.
Ads
Sebuah majlis makan tengah hari telah diadakan bagi memperkenalkan Koleksi Akhir Tahun 2019 ini yang bertempat di ThePrivate Room, Ritz Carlton Kuala Lumpur. Majlis tengah hari itu telah dihadiri oleh Pengasas Hanami Butik, Puan Zaleha serta beberapa selebriti tempatan seperti Che Puan Syamim Farid, Farah Nabilah, Anzalna dan Azira Syafinaz.
Para selebriti yang hadir kelihatan cantik dan menawan menggayakan tudung rekaan Koleksi Akhir Tahun 2019. Di majlis yang indah ini juga Puan Zaleha telah mengumumkan Hanami Butik telah mengadakan kolaberasi jenama bersama Prof Muhaya yang telah pun bermula pada Disember 2019 sehingga 2020. Merancakkan suasana pada tengah hari itu apabila Master Hijab, Didiyana Ehsan telah mengadakan tutorial hijab instant, semi instant dan selendang,
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cef selebriti yang juga pempengaruh media sosial, Anis Nabilah enggan lagi berdiam diri dan berpeluk tubuh menyaksikan penderitaan yang sedang dihadapi penduduk di Gaza ketika ini. Atas dasar dan nilai kemanusiaan yang menebal dalam diri, dia menggunakan pengaruhnya untuk mengajak khalayak membantu insan tidak berdaya di bumi Palestin sebagai tanda solidariti terhadap mereka.
Walau usaha yang dibuat nampak kecil namun jika bersatu-padu ia pasti mencetuskan impak yang besar kepada dunia. Sekurang-kurangnya Anis Nabilah ambil peduli dengan situasi yang menimpa saudara di sana.
Ternyata, isu kebuluran yang tengah diharungi penduduk di bumi Anbia itu cukup memberi kesan di hati wanita berusia 39 tahun ini. Sebagai seorang cef dan personaliti yang sering diundang mempromosikan produk berkaitan makanan, hal ini benar-benar menyentuh emosi Anis Nabilah.
Sejak 7 Oktober 2023 hingga ke saat ini penduduk di Palestin khususnya Gaza di ambang kematian. Jika dahulu mereka berdepan dengan ancaman peluru dan roket yang tidak berkesudahan hingga memusnahkan bangunan serta kediaman, kini ancaman lebih besar ‘menghantui’ mereka.
Tiada bekalan air bersih, tiada stok makanan kerana disekat, bantuan perubatan yang terputus kerana hospital-hospital musnah ‘dibedil’.
Menerusi perkongsian di media sosial, Anis Nabilah meluahkan rasa sedih.
“Sebagai tanda solidariti, saya takkan post apa-apa content makanan buat masa ini. Sekarang, berjuta-juta rakyat Gaza tengah hadapi kebuluran paksa. Bukan sebab perang sahaja, tapi atas dasar yang sengaja dibuat oleh kerajaan Israel.
Makanan disekat, air bersih tak ada, bantuan perubatan pun tak lepas. Ramai yang meninggal sebab kelaparan. Benda ni tak patut dianggap biasa. Tak patut kita diam sahaja.
Kalau korang baca ni, harap luangkan sedikit masa untuk ambil tahu, bersuara, derma atau paling kurang, jangan pandang sebelah mata, dan sentiasa doakan mereka.
Saya pilih untuk berhenti share content makanan buat masa ini sebab saya tak rasa okay nak terus buat macam semuanya normal.”
Bagaimana pun dia yang pernah popular menerusi program masakan Icip Icip ini terpaksa akur untuk memuat naik ‘content’ makanan yang sudah lama dipersetujui dalam kontrak dengan syarikat tertentu.
Bakat Anis mula bersinar ketika mengacarakan program masakan Icip-Icip pada tahun 2007 dan makin bertapak kukuh dalam industri kulinari tanah air.
Selain mempunyai pakej lengkap yang cantik dan berilmu, kepakaran Anis menyediakan juadah pencuci mulut, sajian tradisional Melayu dan Barat juga mendapat pengiktirafan ramai.
Menelusuri portfolio kerjaya Anis, dia juga mencatatkan sejarah tersendiri apabila menjadi individu termuda tampil dalam Asian Food Channel (AFC) yang menyiarkan program masakan pertama Malaysia dalam saluran berkenaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Musibah banjir yang melanda Shah Alam dan Klang telah mendorong Persatuan Wanita Universiti Teknologi MARA (PEWANI) menjalankan kerja kesukarelawanan bagi membantu membersihkan rumah warga UiTM dan komuniti sekitar yang terjejas.
Ketua Koordinasinya, Rabiatul Adawiyah Nasir berkata, para sukarelawanan ditugaskan untuk membantu membuat misi pembersihan rumah kediaman di samping membuat agihan sumbangan kit penjagaan diri wanita yang dibuat hasil kutipan sumbangan dari ahli persatuan dan para dermawan.
“Pewani memilih untuk memberikan kit penjagaan wanita yang mengandungi pakaian dalam, tuala wanita, berus dan ubat gigi serta sabun mandi kerana keperluan tersebut amat diperlukan terutama ketika bencana.” Rabiatul Adawiyah
Selain itu, Pewani turut membantu Bahagian Zakat, Sedekah dan Wakaf (ZAWAF) UiTM dalam menyediakan keperluan barangan dapur juga disediakan kepada kakitangan UiTM yang memerlukan.
Menurut beliau, kerja-kerja kesukarelawanan ini mendapat sokongan penuh Naib Canselor UiTM yang merupakan Komanden Kos Sispa UiTM yang mana gerak kerja telah dimulakan sebaik sahaja air mula surut di lokasi terjejas dan dikoordinasi dengan baik agar setiap misi yang dijalankan mencapai matlamatnya.
Rabiatul berkata, kerja-kerja pembersihan berjalan lancar dan mendapat kerjasama yang baik dari para sukarelawan yang melibatkan sinergi bersama daripada kadet dari Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) dan Kor Sukarelawan Siswa Siswi (SUKSIS) UiTM, Malaysian Academy of SME & Entrepreneurship Development (MASMED) UiTM, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka dan Fakulti Seni Bina, Perancangan dan Ukur dan Pusat Kegiatan Pelajar, Bahagian Hal Ehwal Pelajar, UiTM.
Jelasnya, PEWANI UiTM telah melancarkan Tabung PEWANI@Prihatin bagi menyediakan kit penjagaan wanita. Sumbangan ikhlas untuk menjayakan misi ini amat dialu-alukan dan boleh disalurkan ke akuan Affin Bank 105140001741. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia Noor Afzan Zakaria di talian 019-3912117.
Untuk rekod, ketika negara diuji wabak Covid-19 kerja amal PEWANI UiTM juga telah menyumbangkan 50,000 helai pelitup muka kepada pelajar sekolah di sekitar Lembah Klang bagi membantu komuniti yang memerlukan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Meskipun sudah setahun berlalu namun pemergian isteri tercinta ke rahmatullah masih meninggalkan kesan mendalam terhadap Ridz Okumura sampai ke hari ini. ‘Kehilangan’ Allahyarham Akiko Okumura pada 28 Februari 2025 bukan hanya mengejutkan warga maya yang sentiasa mengikuti perkembangannya di media sosial suami, Ridz Okumura.
Bahkan menjadi satu tamparan besar buat satu-satunya cahaya mata tunggal mereka, Sky.
Walau sukar menerima hakikat wanita yang sudah 16 tahun menjadi isterinya itu pergi buat selama-lamanya namun Ridz Okumura reda menerima ketentuan takdir.
Jelas pemilik nama Abdul Ridzuan Abdul Mutalib ini, Allahyarham Akiko Okumura seorang figura isteri dan ibu terbaik yang tiada gantinya.
Mengenang kembali pemergian Allahyarham Akiko, Ridz Okumura berkongsi video kenangan dirinya bersama arwah isteri tercinta di media sosial.
Titip usahawan salun rambut ini, “Pada hari Jumaat, 28 hari bulan Februari tahun 2025, Allah telah mengambil kembali isteri tercinta saya, Akiko Okumura, meninggalkan saya dan Sky buat selama-lamanya. Dia seorang isteri yang sangat mulia, berhati bersih, suci hanya Allah sahaja Maha Mengetahui.
Keikhlasan hatinya, kesetiaannya dan kasih sayangnya menemani saya selama 16 tahun bukanlah sesuatu yang mampu dibalas dengan kata-kata.”
Tambahnya lagi, “Kini sudah setahun berlalu namun setiap waktu, setiap saat, setiap detik, nama dan wajahnya tidak pernah terpadam dari ingatan saya. Tidak pernah sekalipun saya berhenti mendoakan agar Allah menempatkannya di syurga tertinggi. Kerana bagi saya, dia adalah bidadari saya, isteri dan bidadari terbaik yang pernah Allah pinjamkan kepada saya di dunia ini.
Walaupun hati ini reda dengan ketentuan ilahi, kerinduan ini terlalu dalam. Saya rindu suaranya, senyumannya, renungan matanya rindu yang hanya Allah sahaja mengetahui beratnya. Allah lebih menyayanginya daripada kami, maka Dia memanggilnya pulang.”
Bulan Februari merupakan bulan ‘istimewa’ buat Ridz Okumura sekeluarga kerana ia bulan kelahiran dirinya, Akiko dan Sky. Sementara tanggal 14 Februari pula merupakan ulang tahun hari perkahwinan Ridz dan Akiko.
Mereka mendirikan rumah tangga pada 14 Februari 2009 dan hasil perkongsian hidup, Ridz dikurniakan seorang cahaya mata lelaki iaitu Sky Taizo Okumura yang kini berusia 14 tahun.
Semoga Allahyarham Akiko Okumura ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman dan beramal soleh. Juga, Ridz Okumura dan Sky tabah menempuh kehidupan kelak.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!