Menyerlahkan kecantikan wajah seharusnya bermula dari penjagaan dan produk yang serasi dengan kulit. Dengan rutin dan amalan penjagaan yang konsisten, pasti lama-kelamaan memberi hasil yang diidamkan. Kerana itu, pilihan produk yang tepat seperti HANEUL adalah kunci mengaktifkan keremajaan dan keserian wajah yang paling berkesan.
Faktor persekitaran yang berdebu serta cuaca panas menyumbang kepada masalah kulit seperti tona tidak sekata, kusam dan parut. Meskipun banyak pilihan penjagaan wajah yang diperkaya Vitamin C, namun tidak semua orang serasi dengan bahan aktif ini.
Pilihan yang baik adalah produk penjagaan wajah yang mampu mencerah dengan lembut dan tidak memudaratkan kulit. Berasaskan inovasi sumber alam dan kecanggihan sains, jenama HANEUL dilahirkan untuk menyelesaikan masalah ini.
Kembali kepada asas penjagaan kecantikan, sebenarnya kita tak perlulah terlalu taasub dengan rawatan aestetik jika mampu menjaga kesihatan kulit dari awal. Kalau boleh, elakkan juga produk yang diformulasi tanpa R&D atau menggunakan bahan-bahan yang kuat serta boleh merosakkan kulit.
Terdapat 3 elemen penting dalam rutin asas penjagaan kulit iaitu membersih, melembap dan memakai krim pelindung UV setiap hari.
Ads
Rutin 1: Membersih kulit wajah dengan Haneul Brightening Cleanser
Bagi mencerahkan kulit kusam dan menyerikan wajah, pilih pembersih yang dirumus khusus dengan bahan pencerah yang selamat untuk kulit.
Banyak produk pembersih di pasaran yang diperkaya dengan Vitamin C dan Retinol, namun jika dipakai secara berlebihan boleh merengsakan kulit. Haneul Brightening Cleanser merupakan pilihan pembersih krim berbuih terbaik, lembut dan efektif tanpa rumusan merbahaya.
Dengan formula tidak mengeringkan kulit wajah, Haneul Brightening Cleanser sesuai untuk wanita yang gemar memakai solekan. Ia tepat untuk rutin double cleansing serta cucian kedua selepas memakai makeup remover.
Ads
Haneul Brightening Cleanser mengandungi dua bahan aktif pencerahan iaitu ekstrak White Blossom dan Niacinamide. Selain itu, gabungan bahan lain seperti Centella asiatica, ekstrak Morus alba, ekstrak Pyrus malus, Tricholoma matsutake, Oxalis triangularis, daun Camellia sinensis, bunga Camellia japonica dan Thymus serpillum membantu membekalkan antioksidan, melegakan rengsa serta menyerikan kulit.
Rutin 2: Melembapkan kulit
Walaupun kulit anda tidak terasa tegang atau kering selepas membersihkan muka, anda harus menggunakan pelembap. Apabila anda menggunakan pelembap muka, anda membantu mengekalkan kelembapan semula jadi kulit, melindunginya daripada kekeringan dan kerengsaan.
Petua: pelembap bertindak dengan baik apabila anda sapukan pada kulit yang lembap, jadi sapukannya sejurus selepas pembersihan.
Ads
Rutin 3: Memakai Pelindung UV Haneul Brightening Sunscreen SPF50 PA+++
Langkah ketiga dalam rutin penjagaan kulit asas yang berkesan ialah pelindung matahari. Lebih banyak pendedahan kulit dengan cahaya matahari, lebih tinggi risiko untuk mendapat masalah kerosakan kulit akibat sinaran UV.
Untuk perlindungan yang berkesan, pakai Haneul Brightening Sunscreen SPF50 PA+++ dengan formula melindungi dan melembapkan kulit. Bertekstur krim, ia sama sekali tidak meninggalkan kesan putih atau white cast pada wajah.
Haneul Brightening Sunscreen SPF50 PA+++ merupakan pelindung UV hibrid yang mengandungi formulasi ekstrak White Blossom, Niacinamide dan Betaine. Krim pelindung UV ini perlu diulang pakai selepas dua atau tiga jam agar kulit kekal terlindung dari sinaran matahari.
Begitu berkesan dan selamat untuk kulit, produk Haneul amat sesuai untuk wanita yang sering on-the-go. Kini ia boleh didapati melalui Shopee: haneul.os (klik sini), Jangan lupa untuk memasukkan kod voucher HANEGLOW juga di Shopee.
Jemput layari juga media sosial Haneul untuk kemas kini terbaharu di Instagram @haneul.my dan TikTok @haneul.my.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menganjurkan Pink Ribbon Run 2025 dan disempurnakan oleh Duli Yang Maha Mulia Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Hajah Norashikin di Dataran Wawasan, Putrajaya.
Acara ini menjadi simbol solidariti dan penutup rasmi kepada kempen Bulan Kesedaran Kanser Payudara 2025 yang berlangsung di seluruh negara sepanjang Oktober dengan kerjasama rakan-rakan strategik seperti Majalah Nona, Mingguan Wanita, Pertubuhan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM), UniSZA dan MHTC.
Ia menunjukkan komitmen berterusan KKM dalam memperkukuh usaha advokasi dan pendidikan kesihatan wanita di Malaysia.
Sebar Kesedaran
Program tahun ini membawa tema Bersatu Demi Wanita: Sebarkan Kesedaran, Selamatkan Nyawa yang menzahirkan semangat perpaduan seluruh masyarakat dalam melindungi wanita Malaysia daripada ancaman kanser payudara.
Tema ini menyeru masyarakat untuk bertindak secara kolektif dan memberi sokongan moral kepada pesakit serta pejuang kanser di seluruh negara.
Pengesanan Awal Kanser Payudara
Menteri Kesihatan, YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dalam ucapannya menegaskan bahawa kanser payudara kekal sebagai kanser utama di Malaysia dengan 50.5% kes masih dikesan pada tahap 3 dan 4.
“KKM mensasarkan seramai 20,000 wanita menjalankan saringan awal barah payudara dari Oktober hingga Disember ini. Namun setakat semalam, KKM berjaya menyaingi seramai 19,678 wanita,” katanya.
Ini membuktikan betapa pentingnya saringan awal bagi menyelamatkan lebih banyak nyawa.
Beliau turut menambah bahawa program seperti Pink Ribbon Run 2025 berperanan besar dalam meningkatkan kesedaran masyarakat dan memperluas akses terhadap saringan serta rawatan awal kanser payudara di seluruh negara.
Penglibatan 900 Peserta & Aktiviti Kesihatan Komuniti
Pink Ribbon Run 2025 menghimpunkan 900 peserta daripada pelbagai latar belakang sebagai simbol perpaduan perjuangan melawan kanser payudara.
Program ini turut menampilkan promosi kesihatan, sesi Sembang Wanita Xtra serta pemeriksaan saringan kanser payudara percuma, khususnya untuk kumpulan B40.
Acara larian 5KM yang bermula seawal jam 7.30 pagi itu turut diserikan oleh selebriti Nas Adila dan finalis Dewi Remaja 2025, Zumba, sesi talkshow Sembang Wanita Xtra, persembahan artis Ella, Elite serta Bella Astillah, penyampaian Anugerah Inspirasi Cancer Survivor, sumbangan kebajikan kepada Breast Cancer Welfare Association (BCWA), hadiah kepada pemenang Pink Futsal Tournament serta cabutan bertuah tajaan Mydin Malaysia dan Batik Air.
Aktiviti sebegini bukan sahaja meningkatkan kesedaran, tetapi juga memperkukuh komuniti dalam menyokong usaha kerajaan menangani penyakit ini melalui advokasi dan gaya hidup sihat.
Program Sepanjang Tahun
Walaupun Pink October telah melabuhkan tirainya, KKM akan meneruskan aktiviti di bawah inisiatif Post-Pink October bagi memastikan mesej kesedaran dan aktiviti saringan kanser payudara diteruskan sepanjang tahun.
Inisiatif ini menegaskan komitmen KKM untuk memperkukuh akses saringan, meningkatkan rawatan serta memastikan setiap wanita di Malaysia mempunyai peluang dikesan dan dirawat lebih awal.
Sasaran & Komitmen
KKM mensasarkan sekurang-kurangnya 20,000 wanita menjalani saringan kanser payudara sepanjang Oktober hingga Disember 2025 melalui kempen ini.
Sasaran ini selaras dengan komitmen kementerian untuk memperluas jaringan saringan, mempercepatkan pengesanan awal dan memastikan rawatan awal diberi.
KKM juga merakamkan penghargaan kepada semua rakan strategik yang menjayakan kempen ini dan kerjasama erat antara semua pihak membuktikan bahawa kesedaran dan tindakan bersama berupaya memperkukuh dan memperkasa program pencegahan dan kawalan kanser serta memperluas capaian saringan kanser payudara di seluruh negara.
Ini selaras dengan nilai MADANI, Kesejahteraan dan Ihsan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
2022 bakal meninggalkan kita dengan pelbagai kenangan dan tragedi. Dua tahun menjalani kehidupan yang agak suram apabila dilanda COVID-19, kini semuanya kembali rancak menjalani aktiviti gaya hidup seperti biasa dengan tuntutan kerja yang padat, menghadiri undangan majlis dan melakukan pelbagai aktiviti riadah di luar. Hari-hari yang dilalui menuntut kita untuk sentiasa kelihatan cantik, tidak kira di mana berada.
Oh sayang ku, tahun baru bakal hadir! Kulit mesti nampak sihat, tidak kering dan kusam. Paling penting, kita inginkan kulit wajah kelihatan glowing dan berseri sepanjang masa. Perubahan cuaca yang panas boleh menyebabkan kulit wajah kering dan kusam.
Sebagai wanita yang bekerja atau suri rumah tangga, sudah pasti mahukan kulit wajah cantik dan sihat tanpa mengira usia. Oleh itu, sebagai wanita kita perlu mencari inisiatif untuk mengembalikan keserian dan keremajaan kulit wajah. Barulah keyakinan diri kian meningkat dan tidak lagi kekok saat bertemu orang ramai.
Masalah yang sering menghantui wanita adalah kulit terlalu kering sehingga mempercepatkan tanda-tanda penuaan. Kebiasaannya disebabkan kurang minum air, cuaca terlalu panas, terdedah pada sinar matahari atau mungkin kurang tidur.
Akibat kekurangan air ini menyebabkan kandungan air di bawah lapisan kulit kering. Kulit akan menjadi tidak anjal dan berseri andai tidak dijaga kelembapannya dengan betul. Seterusnya keadaan ini akan menyebabkan proses penuaan berlaku lebih cepat sebelum waktunya.
Produk Hada Labo untuk kulit sihat dan glowing
Dengan inovasi dalam dunia kecantikan, ada rahsia yang perlu anda tahu bagaimana untuk membelai kulit. Singkir istilah tak cantik dalam diri, sekarang masanya untuk anda peroleh kecantikan sewajarnya dengan sempurna.
Kulit wajah cantik, glowing dan berseri pasti menjadi idaman setiap wanita. Berikan nafas baharu kepada kulit wajah anda dengan proses yang lebih berkesan dan efektif dengan formulasi mengagumkan dari produk Hada Labo. Ucapkan selamat tinggal kulit kering dan kusam, sekarang! Ini rahsia paling mudah untuk diamalkan oleh semua wanita dengan menggunakan produk Hada Labo Hydration Lotion dan Hada Labo HA Supreme Cera Booster Serum.
Selepas mencuci muka, penggunaan Hada Labo Hydration Lotion yang diperkaya dengan 5 Hyaluronic Acid dengan tambahan Fermented Hyaluronic Acid mampu memaksimumkan penyerapan dan mengukuhkan setiap lapisan kulit serta melembapkan kulit wajah, lapisan demi lapisan. Usah bimbang ia tidak terlalu berminyak dan memelihara kulit secara semula jadi.
Hada Labo Hydration Lotion juga dapat menutup pori-pori kulit wajah agar lebih halus dan kelihatan segar setiap masa. Pastinya produk ini dapat mengembalikan keremajaan kulit dan membuatkan solekan tahan lama serta lebih cantik.
Kemudian sapukan krim Hada Labo HA Supreme Cera Booster Serum. Anda pasti merasa kagum dengan keistimewaan produk ini, lebih cepat bertindak dan kesannya lebih baik berbanding dengan serum biasa.
Hada Labo HA Supreme Cera Booster Serum dengan formulasi 4 jenis Hyaluronic Acid berkuasa mengekalkan hidrasi sehingga 24 jam serta menegangkan kulit wajah dengan kelembapan yang diinginkan. Memiliki kandungan Ceramide, produk ini dapat menembusi jauh ke dalam lapisan kulit wajah bagi memastikan kelembapan di tahap dehidrasi yang sewajarnya.
Lebih menakjubkan jika kedua-dua produk ini dipakai sebelum mengoles bedak asas. Tengoklah perbezaan ni, kulit nampak lebih sihat dan berseri-seri. Barulah solekan nampak kemas dan licin serta tahan lebih lama.
Ternyata, kehadiran Hada Labo Hydration Lotion dan Hada Labo HA Supreme Cera Booster Serum mampu memberi kebahagiaan dan membantu menyerlahkan kulit yang lebih berseri serta berkilau.
Nah, berikan yang terbaik untuk dirimu sempena Tahun Baru 2023 ini!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan pelakon cantik dan berkulit mulus, Emma Maembong. Selain dikurniakan rupa paras menawan, pemilik nama Fatimah Rohani Ismail ini juga berbakat besar dalam dunia lakonan. Terbaharu, lakonan mantap Emma dalam drama popular ‘Cemburu Seorang Perempuan’ mengundang pelbagai reaksi daripada penonton. Dek kerana kejayaan Emma menjiwai wataknya dengan baik, nama Emma kini semakin meniti di bibir peminat dan meraih pujian ramai.
“Selama tujuh tahun saya berada dalam industri seni, ia merupakan watak antagonis pertama yang saya lakonkan. Alhamdulillah, lakonan saya dalam drama tersebut menerima maklum balas yang sangat positif. Sejujurnya saya pun tak sangka, watak itu memberi impak hebat kepada mereka yang menonton.
Pada mulanya saya tak bersetuju untuk melakonkan watak tersebut kerana bimbang tak mampu melakukannya dengan baik. Tapi selepas berbincang dengan pihak produksi, akhirnya saya sahut cabaran dan menguji kebolehan diri untuk menjayakan watak dan drama ini. Sebagai seorang pelakon, saya cuba untuk memberikan yang terbaik.”
Emma yang dimasukkan ke hospital akibat demam panas pada penghujung tahun lalu mengakui mudah jatuh sakit terutamanya apabila tidak mendapat rehat secukupnya. Kongsi anak kesembilan daripada 11 adik-beradik ini lagi, “Kemungkinan saya jatuh sakit dan ditahan di hospital kerana terlalu penat dan tidak cukup rehat.
Doktor beritahu ia disebabkan jangkitan kuman yang berpunca daripada makanan, persekitaran dan sebagainya. Walau apa pun, saya bersyukur kerana ahli keluarga sentiasa di sisi lebih-lebih lagi ketika saya sakit.”
Begitulah sukarnya bergelar anak seni. Meskipun sibuk merencana jadual seni namun Emma bijak membahagikan masa di antara kerjaya dan peribadi. Jika ada waktu terluang, dia lebih selesa duduk di rumah dan melakukan kerja-kerja di rumah termasuk urusan mencuci baju.
Disebabkan kerap berada di set penggambaran dalam tempoh yang lama, Emma sangat menitikberatkan soal pakaian supaya baju yang dipakai kekal selesa dan segar.
Lagipun dengan status sebagai seorang selebriti dan berdepan dengan khalayak, penampilan Emma perlu kemas dan cantik dari hujung rambut ke hujung kaki. Jadi, untuk memastikan persalinan sentiasa bersih dan berbau wangi, aktres popular yang mengenali produk terbaharu TOP Plush Kondisioner Fabrik Ultra Konsentrasi mengakui tertarik dengan keharuman produk teknologi cucian termaju dari Jepun ini kerana bukan sahaja membuatkan pakaian kekal harum sepanjang hari. Malah turut mempengaruhi emosinya menjadi lebih tenang.
“Untuk tahun 2020 saya akan sibuk dengan penggambaran drama, majlis pelancaran dan sesi fotografi seperti biasa. Terbaru, saya akan keluar dengan drama ‘Sempurnakan Cinta Mummy’ yang akan ditayangkan di Astro tidak lama lagi. Bila dah masuk tahun baharu ni, kalau hendak sentiasa bau wangi bukan pakai perfume saja. Baju pun kena sentiasa wangi.
Lebih-lebih lagi bagi pelakon macam saya yang berjam-jam ada di set penggambaran dan berpeluh, bab pakaian memang kena ambil tahu. Barulah hendak bekerja pun mudah dan tenang.”
Terdapat lima haruman TOP Plush menarik iaitu Spring Blush, Morning Breeze, Scarlet Passion, Glamourous Magnolia dan Soothing Care. Akui Emma, dia merasakan aura tenang dan selesa sebaik menghidu TOP Plush. Malah, membuatkan dia jatuh cinta dengan keharuman produk ternama ini.
Mana tidaknya, teknologi Scent Micropods meresap haruman segar ke dalam fabrik menerusi kapsul haruman yang diaktifkan apabila disentuh. Haruman ini mampu bertahan sehingga 100 hari antara cucian.
Lebih istimewa, TOP Plush mempunyai manfaat tambahan seperti 99.9 peratus anti-bakteria, mengawal bau busuk, mengurangkan kedutan fabrik agar mudah diseterika, mengurangkan lekapan statik, mengekalkan bentuk fabrik serta berasaskan tumbuhan mesra alam sekitar. Ia juga menjadikan fabrik yang dicuci lebih lembut serta bertekstur mewah dengan haruman menyenangkan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.