Walaupun sudah berhijab namun Hannah Delisha atau nama sebenar Hannah Adlina Blackburne Birch ini tetap mempunyai cita rasa tinggi dalam fesyen.
Malah, setelah tiga tahun bergelar isteri kepada Muhammad Imam Shah yang juga merupakan seorang pelakon dari Singapura, penampilan Hannah Delisha terlihat semakin anggun dan mempesona.
Sudah menjadi adat resam bergelah seorang selebriti, tiap gerak-geri, penampilan dan kisah peribadi pasti menjadi bualan.
Ditambah pula dengan perkembangan media sosial yang begitu meluas kini. Gaya atau fesyen yang digayakan oleh selebriti pasti mendapat komen dengan likes tertinggi.
Hannah Delisha yang sering tampil cantik dan up-to-date mempunyai falsafah tersendiri dalam bidang fesyen ini.
Ads
“Fesyen pada pandangan saya mempunyai dua maksud yang berbeza. Pertama, datang dari dalam diri sendiri, yang kedua, terzahir dari alter ego yang akan sering bertukar mengikut peredaran fesyen terkini,” tutur Hannah Delisha.
Namun jauh dari sudut hati gadis kacukan Inggeris-Melayu ini, lebih selesa memilih kesederhanaan.
“Apabila berbicara tentang fesyen harian, saya lebih gemar gaya yang simple.
“Bagi saya, asalkan selesa untuk bergerak dan melakukan aktiviti harian, sudah cukup memadai. Jika menerima undangan ke majlis-majlis rasmi, baru saya akan dress up dan menggayakan fesyen haute couture,” bicara Hannah lembut.
Ads
Cantik Tidak Hanya Pada Luaran, Hannah Delisha Pentingkan Kecantikan Dalaman Juga
Namun, menurut Hannah memakai baju jenama terkenal tidak akan bermakna jika kecantikan luaran dan dalaman tidak dijaga dengan sempurna.
“Secara peribadi, saya utamakan rehat dan tidur yang cukup untuk kelihatan cantik.
“Tidak cukup jika kita menggayakan busana haute couture tetapi wajah nampak letih dan tidak bermaya sekali gus hilang seri tatkala menggayakan busana elegan seperti itu,” kongsi pelakon yang popular dengan drama bersiri Mencintaimu Mr. Photographer ini.
Ads
Mengulas berkenaan perkembangan terbaharu dirinya, Hannah Delisha mendedahkan dia kini rancak dengan dunia perniagaan yang diceburinya.
“Saya sibuk dengan bisnes dan kini sudah mengeluarkan rangkaian pakaian ‘Ready To Wear’ (RTW) dan Exclusive di bawah jenama Délicia.
“Dalam Malaysia ni banyak usahawan wanita yang boleh dijadikan idola atau inspirasi. Neelofa is sudah tentu salah seorang dari mereka. Saya suka cara kerja dan profesionalisme Neelofa. Insha-Allah saya boleh belajar sedikit sebanyak dari dia juga,” kata Hannah Delisha.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini. Follow kami sekarang di SINI!
Berita gembira buat seluruh umat Islam apabila Kerajaan Arab Saudi telah memberi kebenaran untuk menerima jemaah umrah dari luar negaranya bermula 1 November ini secara berperingkat. Sebelum ini, pihak Kerajaan Arab Saudi telah menutup pintunya daripada melakukan ibadah umrah dan juga haji akibat pandemik COVID-19.
Menunaikan ibadah umrah atau menunaikan haji merupakan impian setiap umat Islam. Bertemu dengan Baginda Rasullah SAW di makamnya di Raudhah juga mengundang sebak lantaran aura yang luar biasa. Namun sudah menjadi lumrah bagi jemaah Muslimat apabila tidak mempunyai rezeki untuk masuk ke Raudhah. Ini kerana kawalan rapi pegawai yang bertugas di sana.
Aida atau Khairul Noormaaidah Zali, juara musim pertama program realiti Gadis Melayu terbitan TV9 pada 2009 yang telah menunaikan ibadah umrah bersama keluarganya sedikit masa dahulu sudi berkongsi cara berpeluang masuk dengan mudah ke dalam Raudhah.
3) Sampai di ruang karpet hijau cuba dapatkan saf yang paling hadapan
4) Kalau ada kesempatan lakukan solat dan berdoa di beberapa tempat supaya penjaga raudhah tak perasan kite lama di situ (وَجَعَلْنَا مِن بَيْنِ أَيْدِيهِمْ سَدًّا وَمِنْ خَلْفِهِمْ سَدًّا فَأَغْشَيْنَاهُمْ فَهُمْ لَا يُبْصِرُونَ) baca ini moga-moga Allah SWT tutup pandangan orang terhadap kita)
5) Jangan selfish! Bagi juga ruang jemaah lain untuk sama beribadat .
Dalam pada itu Aida juga turut berkongsi tentang perasaannya ketika berada di Kota Madinah. “Kali ini berlantaikan KOTA BERCAHAYA, sayu yang teramat sangat. Entah kenapa perasaan tu lain dengan kali pertama ke sini beberapa tahun lalu. Suasana Allahurabbi dinginnn, tenang Subhanallah. Aida terus terfikir Ya Rasululluh layakkah aku bertemu, berkongsi setanah suci denganmu…Moga kita semua beroleh syafaatnya,” kata Aida.
Baru-baru ini tular di media sosial seorang wanita Fatin Nursyahirah Yusuf,24, pelajar Jabatan Geografi, Fakulti Sastera, Universiti Malaya telah kembali kerahmatullah pada subuh sabtu lepas akibat menghidap kanser Sacorma (sejenis kanser tisu) tahap 4 selepas tidak sampai 24 jam dinikahkan dengan suami Muhammad Saiful Azzam.
Azzam dan Fatin Nursyahirah ketika majlis pertunangan mereka Jun 20018Azzam mencium dahi isterinya ketika majlis pernikahan mereka
Apa yang menyentuh hati, setelah isterinya disahkan meninggal dunia, Azzam turut memuat naik gambar terakhir beliau mengucup dahi isterinya yang ketika itu sudah dikafankan di insta story berserta kapsyen yang menyentuh hati. Azzam juga memakai baju melayu yang sama ketika majlis pernikahan mereka yang diadakan pada pagi Jumaat, 3 Ogos.
“Saya juga memakai baju melayu yang sama ketika majlis pernikahan kami kerana dia cakap saya nampak segak dengan baju ini. Tidak ada sesuatu yang berinspirasi dengan cerita saya sebenarnya. Saya yakin, anda juga akan melakukan perkara yang sama dengan orang kesayangan”, tulisnya di insta story disertakan gambar kali terakhir mencium dahi isterinya.
Fatin Nursyahirah disahkan menghidap kanser Sacorma pada tahun 2017 yang pada ketika itu sudah berada di tahap 3. Kemudian, pada September 2017 Fatin melakukan pembedahan untuk membuang kanser tersebut namun pada Disember 2017, kanser datang kembali tapi kali ini lebih agresif. Fatin seterusnya melakukan pembedahan kedua pada Februari 2018 namun tidak dapat membuang sepenuhnya kanser dan mula melakukan sesi radioterapi. Kemudian, beliau disahkan lumpuh separuh badan pada Julai 2018.
Benar cinta sejati itu wujud. Walaupun Fatin sudah lumpu separuh badan, Azzam masih tetap mahu meneruskan majlis perkahwinan mereka dan sudi menerima Fatin seadanya. Walaupun kebahagiaan mereka hanya sementara, tapi memori ini pastinya terpahat dalam ingatan Azzam buat selama-lamanya.
Takziah NONA ucapakan kepada seluruh ahli keluarga Fatin Nursyahirah terutama suaminya. Semoga terus kuat dengan dugaan yang diberikan dan dipermudahkan segala urusan.
sumber: instagram
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap pasangan suami dan isteri pasti mengharapkan kehadiran zuriat sebagai penyeri hidup dan penyambung kasih sayang. Begitu juga dengan selebriti Siti Elizad Mohamad Sharifuddin. Wanita ini sentiasa positif bila berbicara tentang cahaya mata selepas lima tahun berkahwin dan masih belum dikurniakan zuriat.
Baru-baru ini, wanita yang lebih mesra disapa Elizad ini telah mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) sebagai salah satu usaha untuk mendapatkan zuriat. Menurut wanita yang berusia 36 tahun ini, perasaan teruja dan gementar ketika melalui proses tersebut dan berharap agar usahanya kali ini berbaloi.
Elizad mengambil keputusan untuk melakukan IVF kerana bimbang sista yang telah dibuangnya dahulu datang kembali. “Saya pernah buat pembedahan sista dua kali. Saya juga pernah menjalani pembedahan membuang ovari sebelah kiri dan sekarang ada sebelah saja.
Sebab itu tahun ini kalau boleh nak sangat mengandung dan berdoa Allah makbulkan doa saya. Sebab apa, keturunan keluarga saya semua kanser. Jadi, setiap kali sakit di bahagian pangkal rahim saya risau.
Memandangkan sista dalam badan saya jenis aktif, jadi sebelum doktor buang rahim yang sebelah ini saya berharap Allah bagi saya seorang cahaya mata.
Dapat seorang pun ia satu rahmat buat saya,” katanya dalam perkongsian menerusi program Curhat yang ditayangkan di saluran Astro Prima.
Sempena malam Nisfu Syaban, Elizad telah berkongsi amalan doa yang diamalkan olehnya bersama suami, Shamsul Baharin Rahman. “Rabbi habli milla dunka zurriatan tayyibatan innaka samiuldduaaa,”.
Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik sempurna: sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”
Selain dari doa-doa lain untuk diberi kesihatan, kebahagiaan dan kita semua dijauhkan dari segala penyakit, kami suami isteri juga akan terus berdoa yang ‘SATU’ ini,” coret Elizad di laman Facebooknya.
Semoga doa Elizad dimakbulkan oleh Allah SWT dan memberinya peluang untuk bergelar seorang ibu.
Foto: Facebook Elizad Sharifuddin
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.