Sebut sahaja nama Siti Shahrizah Saifudddin ataupun Eja, pasti terbayang pelakon yang sering membintangi drama ‘babak air mata’ dengan berjaya sehingga meninggalkan kesan di hati penonton saat melihat lakonannya.
Bagaimanapun, kini sudah hampir lapan tahun kita tidak melihat Eja menghiasi kaca televisyen, hingga timbulnya dakwaan bahawa dia merajuk dan pelbagai spekulasi lain.
Eja Tak Merajuk, Cuma ‘Fokus’ Kini Berbeza
Tampil menjernihkan semula spekulasi dan kekeliruan yang timbul, akres senior, Eja mendedahkan bahawa dirinya mengambil keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat seketika daripada bidang lakonan.
Menurutnya lagi, tiada istilah merajuk, tetapi keputusan berkenaan diambil bertujuan memberikan lebih fokus kepada anak-anak, pengajian Al-Quran dan perniagaan sambal miliknya.
“Tiada istilah merajuk kerana saya sendiri buat keputusan untuk mengundurkan diri dan berehat kerana mahu memberikan fokus kepada anak saya yang memasuki tingkatan satu.
Ads
“Saya tolak tawaran berlakon kerana fokus saya ketika ini, memang kepada anak dan pengajian saya. Alhamdulillah minggu lepas saya baru sahaja grad dalam pengajian Al-Quran dan Tajwid selama enam tahun,” ujarnya lapor portal hiburan tempatan.
Jelaz Eja lagi, punca sebenar dia menyepikan diri sepanjang lapan tahun dari dunia seni adalah kerana kesibukkan menguruskan rumah tangga, pengajian Al-Quran serta perniagaan miliknya.
Ads
Jiwa Berlakon Sudah Tiada!
Mengulas isu berhubung kerinduan untuk kembali berlakon dan menghiasi kaca televisyen yang telah ditinggalkan, ini respon mengejutkan dari Eja!
“Perasaan rindu itu belum ada lagi, belum timbul. Jadi jiwa dan roh itu belum lagi untuk kembali berlakon. Namun saya tidak berani mengatakan seratus peratus berhenti berlakon.
Ads
“Cuma buat masa sekarang ini saya boleh kata, saya berehat. Insyallah di masa akan datang saya tidak tahu. Saya sentiasa berdoa Allah permudahkan urusan perniagaan saya.
“Saya hanya mampu merancang, Allah sebaik-baik perancang. Andai suatu hari memang ditakdirkan saya kembali, saya berlapang dada,” ujarnya.
Sekadar info, sebelum ini Eja pernah membuat kemunculan buat julung kalinya setelah lapan tahun menghilang, menerusi salah sebuah rancangan terbitan Suke TV berjudul ‘Suke Celeb Raya’ bagi tujuan mempromosikan perniagaan sambal miliknya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
DIANA NASIR bukan sahaja cantik tetapi pandai sungguh menghias rumah. Di laman Instagramnya, dia berkongsi tips untuk dekorasi kediaman hanya menggunakan daun pokok palma kering. Tak hairanlah kediaman Diana yang mewah tampak lebih ‘wow’ dengan sentuhan yang tidak perlukan kos tetapi hanya kreativiti!
Tulis Diana, idea dari Pinterest membuatkan dia begitu teruja untuk menambahkan keserian rumah dengan dekorasi yang tak perlukan modal. Beruntunglah apabila suami dapat ‘diheret’ mengutip daun palma kering di tepi jalan. Asalkan rumah cantik, apa pun boleh dilakukan betul tak? Diana sendiri memang pandai menjaga rumah, bukan sahaja dari segi hiasan tetapi dalam soal pengurusan rumah juga.
Bertuah sungguh suami Diana, Azwan dan tiga puterinya, Anggun Darlees, Anggun Darleena dan Anggun Darniella kerana Diana bukan sahaja cantik malah pandai menguruskan keluarga dan kediaman.
Akaun Instagram Diana, @diananasir86 dipenuhi dengan pelbagai aktiviti bersama anak-anak serta dan keluarga. Seronok melihat keakraban mereka lebih-lebih lagi bila semuanya berkumpul. Baru-baru ini, panjang lebar posting di Instagram untuk menjawab persoalan ramai orang bagaimana dia menguruskan kehidupannya dengan anak-anak yang masih kecil.
“I get asked a lot on “how do l manage 3 toddlers! Do l have a maid/helper? and who does all the house chores? Well, the answer to these questions are Me, Myself & I! 24/7! No maid no problemo.. How do l do it?”
Untuk keseluruhan kediaman, saya yang akan melakukan pembersihana kerana saya tidak suka rumah yang tidak kemas. Ia membuatkan saya rasa tidak selesa jadi saya akan kemas cepat-cepat setiap kali bersepah. Dengan pilihan rona putih pada sofa, langsir, karpet malah kebanyakkan benda di rumah adalah putih jadi saya akan menggunakan wipes. That’s why it still looks amazingly clean.
YES, I’m an OCD/perfectionist. Saya lebih suka melakukan semuanya sendiri lagi puas hati. Jika ada pembantu pun, tak akan sama bersihnya seperti kita lakukan sendiri. saya juga tidak berapa selesa jika ada orang luar di rumah dan saya masih boleh melakukan semua kerja rumah sendiri. Ia adalah senaman yang baik untuk saya juga. Jadi tidak perlu membazir duit suami untuk membayar upah pembantu rumah. Jika ibu saya boleh melakukannya semua sendiri dahulu, jadi saya pun boleh!
Sempat juga Diana memberi pesana supaya ibu-ibu ‘menurunkan’ jangkaan kerana tidak semuanya perlukan kesempurnaan. Tak salah untuk mempunyai rumah yang berselerak, messy hair dan messy kids.
“Jusy enjoy and cherish your time with them. I believe that if a momma is at peace, the kids are usually too.”
Langkah kaki wanita anggun ini bagaikan satu aura indah mewarnai ruang hidup siapa sahaja di sampingnya. Seiring dengan usia yang meningkat matang, Datin Raha Dato’ Abu sentiasa tampil jelita dengan solekan nipis dengan gaya penampilan boho chic. Pada waktu zaman mudanya, sekitar lewat 80-an jelitawan VIP ini pernah menyandang gelaran Miss Pahang dan finalis Miss Malaysia 1989 ketika berusia, 18 tahun. Datin Raha mengakui pertandingan ratu ini telah memperkenalkan kerjayanya dalam dunia modelling pada era 90-an, wajahnya terus laris di meja editorial dan pentas peragaan.
Di usia 19 tahun, Datin Raha telah mempunyai sebuah butik pakaian Matahari di City Square dan perjalanan hidupnya terus sampai kemuncak dengan membawa gelaran Datin di usia muda 20an. Kehadirannya di setiap pesta keramaian sentiasa dinantikan dengan penampilan versatil dan elegan yang sentiasa mencuri perhatian lensa kamera. Kini dunia sosialnya tidak serancak dulu, langkahnya lebih terhad kerana fokus sekarang hanya pada keluarga tersayang dan perniagaan.
“Saya menerima gelaran Datin di usia 28 tahun dalam usia yang masih muda dan gelaran ini telah membuatkan saya matang dengan cepat. Status itu tidak mengubah sikap atau sifat diri saya tetapi ia membawa saya kepada satu lapisan kehidupan yang lebih matang untuk membawa gelaran itu sebaiknya. Ini membuatkan saya mengimbas kembali sewaktu masih kecil, melihat ibu telah membawa status tersebut dengan baik.
Jika dahulu saya menerima pelbagai undangan majlis dan menghabiskan waktu bersama teman, tetapi sekarang langkah saya mula dibatasi dengan kesibukan urusan rumah tangga dan perniagaan. Saya sudah melalui semua kehidupan glamor itu pada masa muda, sudah cukup rasanya,” jelas Datin Raha yang kini memberi tumpuan utama kepada anak kecilnya Julia, 5 tahun, Omar, 17, tahun dan Anwar, 20 tahun.
Cinta Abaya semakin mendapat perhatian dan berjaya mencuri hati ramai kerabat dan golongan VIP. “Ini minat saya dari dahulu dan sekarang, bezanya dahulu saya punya butik sendiri tetapi sekarang hanya fokus pada jualan secara online menerusi laman sosial media dan Fashionvalet. Alhamdulillah setelah dua tahun Cinta Abaya di pasaran alam maya, busana abaya semakin mendapat perhatian secara menyeluruh.
Saya sendiri akan membuat rekaan setiap helaian busana itu bersama rakan kongsi saya yang juga kakak saya, Zaharah Wouters yang menetap di Kuwait. Segala proses pembuatan abaya ini dijalankan di sana dan kerana itulah busana ini sangat eksklusif dan tersendiri. Biasanya setiap rekaan saya lebih pada gaya klasik agar boleh dipakai sepanjang zaman dan tentunya diperindah dengan sulaman yang halus dan cantik.
Paling penting setiap helaian itu perlu mencapai kualiti jahitan yang kemas dan terbaik. Insyaallah saya berharap Cinta Abaya akan terus berkembang dan mendapat perhatian seluruh pelosok dunia satu hari nanti. Alhamdulillah, saya amat bersyukur dengan anugerah Allah kepada saya kini, sebuah keluarga bahagia dan sebuah perniagaan yang semakin berkembang,” tuturnya ikhlas.
Dalam melalui ranjau kehidupan pastinya Datin Raha mempunyai seorang wanita inspirasi. “Ibu saya Datin Ramlah adalah inspirasi saya tiada insan lain. Dalam usianya 73, beliau seorang yang sangat kuat dan stabil daripada segi pemikiran dan emosi, masih aktif dalam usianya, setiap perkara yang berlaku beliau berjaya menemui jalan penyelesaian terbaik dan tentu sahaja saya memperoleh banyak khidmat nasihat dalam apa jua sahaja perkara sehingga sekarang. Dia selalu menekankan tentang penjagaan kecantikan dalaman terutama daripada segi pengambilan suplemen dahulu dan sekarang.
Rahsia Datin Raha, kekal cantik di usia 45 tahun, “Petua kecantikan saya sangat ringkas, tidur mesti cukup dan amalkan pemakanan seimbang. Paling penting saya mesti minum jus setiap hari. Sayur-sayuran atau daun ulam dan buah-buahan saya masukkan semuanya dijadikan jus, amalan ini saya lakukan sejak daripada dahulu lagi. Sesekali kelapangan saya menghabiskan masa di gim,” terangnya ringkas.
Kata terakhir, “Manusia sekarang terlalu mengejar kehidupan sendiri dan selalu lepas tangan dalam banyak perkara. Perkara utama yang selalu kita perlu ingat, sejauh mana kehidupan yang kita kejar, di akhirnya kita perlu kembali kepada Nya yang Satu. Kadang-kadang kita perlu bertanya pada diri sendiri, apakah yang kita mahukan dalam hidup ini? Dan bagi saya cukuplah dengan kehadiran keluarga tersayang itu, sudah membuatkan saya wanita yang paling bahagia.
Saya juga percaya dalam senario perkembangan teknologi yang semakin maju, wanita hari ini mempunyai kekuatan mental dan fizikal yang tinggi untuk mencorakkan kehidupan dunia lebih baik dan sempurna. Saya bangga dengan wanita alaf baru ini, ” ujar Datin Raha mengakhiri bicara.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ikon antarabangsa yang cukup terkenal, Audrey Hepburn merupakan salah seorang selebriti paling terkenal sepanjang masa, malah hingga kini namanya sering disebut oleh pencinta seni dunia.
Tidak hanya bersandarkan pada wajah yang cantik semata-mata, kemampuannya untuk menunjukkan bakat yang dimiliki memang tidak dapat dinafikan. Malah, beliau juga seorang dermawan yang amat disegani.
Meninggal pada tahun 1993, Hepburn ternyata telah mewariskan kecantikannya pada cucunnya, Emma Kathleen Hepburn Ferrer.
Meskipun Emma tidak sempat berjumpa dengan neneknya, Ferrer membesar dengan baik dan memperoleh atau mewarisi kecantikan Audrey. Sikap lemah lembut dan baik hati yang dimilikinya juga persis neneknya.
Ferrer dilahirkan pada 1994 di Swiss dan telah berpindah ke Los Angeles pada usia 4 tahun. Namanya menjulang naik pada tahun 2014 ketika dia mengambil bahagian dalam pemotretan untuk mengenang Hepburn dari mulai gambar paling berkesan dan sejarahnya bersama Harper’z Bazaar.
Mengikuti jejak si nenek, Ferrer juga memiliki komitmen untuk turut menyalurkan bantuan pada pihak memerlukan atas nama kemanusiaan. Ferrer tercatat sebagai duta besar Amerika Serikat untuk UNHCR iaitu organisasi di bawah naungan PBB.
Selain itu, Ferrer juga benar-benar meniru jejak langkah Hepburn untuk bekerja di UNICEF. Tidak hanya bakat seni dan empati yang begitu besar diwariskan pada Ferrer, beberapa barang berharga Hepburn juga turun pada cucu cantiknya tersebut.
Di antara barang bersejarah tersebut ada kasmir Ralph Lauren turtleneck dan kalung hati emas milik Hepburn yang kini diwariskan pada Ferrer.
Nenek dan cucu ini ternyata sama-sama cantik dan seorang pejuang kemanusiaan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bukan mudah bagi seorang mualaf untuk menyesuaikan diri dengan budaya dan ajaran Islam. Namun Sheahnee Iman Lee berjaya membuktikan dia mampu menjadi seorang muslim yang sentiasa berusaha ke arah kebaikan. 18 tahun berkongsi hidup bersama Naz Rahman, dia kini lebih memahami Islam dan mengasuh anak-anak dengan sebaik mungkin.