Terharu dengan usaha yang dilakukan Datin Diyana Halik terhadap golongan yang terjejas akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika wabak Covid-19 melanda negara ketika
ini. Meskipun pandemik ini sedikit sebanyak turut menjejaskan perniagaan label tudung miliknya ‘Diyana Halik’, namun kerana sikap perikemanusiaan yang tinggi dan ambil berat terhadap kesusahan masyarakat, beliau tampil menghulurkan sumbangan semampunya. Syukurlah, suami tercinta Datuk Aaron Aziz turut berbesar hati untuk turun padang membantu meringankan beban golongan terlibat.

Ligat melakukan kerja amal sejak PKP dikuatkuasakan, Datin Diyana yang menyambut ulang tahun kelahiran ke-38 semalam mengakui tidak keruan memikirkan nasib insan serba kekurangan khususnya para ibu yang merintih meminta bantuan dek kerana kehabisan makanan untuk diberikan kepada anak-anak.

IKLAN

Kongsi Datin Diyana, “Beberapa hari kebelakangan ini merupakan hari yang sukar. Saya terima banyak mesej daripada mereka yang menangis meminta bantuan kerana bimbang tiada makanan dan kaum ibu yang tidak berupaya memberi susu kepada anak-anak mereka. Hal ini membuatkan saya sangat resah.

Tambahan pula saya mengalami bad acid reflux hingga sukar bernafas. Keinginan untuk membantu mereka dalam keadaan pergerakan yang kian terhad ini menambahkan lagi tekanan. Sampai suami pesan supaya saya ‘berehat’ dari melihat telefon untuk meredakan keresahan, yang mana ia sangat susah dilakukan apabila saya dapat mesej dan Whatsapp tak berhenti.

Bagaimana pun saya sangat bersyukur kerana masih ada individu yang baik hati tampil untuk sama-sama membantu dengan memberi sumbangan dana ke Journey To Insyirah bagi membantu golongan tidak berkemampuan ini. Moga Allah membalas jasa baik anda semua.”

Sejak usaha itu dijalankan hingga ke hari ini, Datin Diyana dan Datuk Aaron telah berjaya mengagihkan bantuan keperluan harian seperti beras, gula, susu formula dan lampin pakai buang bayi ke beberapa tempat antaranya termasuklah Selangor, Temerloh, Jerantut, Johor, Kedah dan Perlis. Selain meringankan beban keluarga dan kaum ibu, pasangan selebriti ini juga tidak ketinggalan memberi bantuan kepada etnik Rohingya di negara ini.

IKLAN

Kata Datin Diyana, pertolongan mereka ini tidak terhad untuk satu-satu bangsa sahaja bahkan merangkumi pelbagai lapisan masyarakat. “Terima kasih. Hanya Allah saja yang dapat membalas jasa baik semua penderma. Food packs have been extended to anyone in need. All races, religions and nationalities. We delivered food packs to the Bangladeshi, Indonesians and also Myanmar who are working here in Malaysia.”

Selain golongan terjejas ini, Datin Diyana turut menghulurkan sumbangan berupa keperluan makanan harian kepada keluarga frontliners yang bertungkus-lumus memerangi wabak dan pesakit Covid-19 di hospital. Allahu, baiknya hati ibu tiga anak ini kerana mahu memastikan tiada golongan yang tercicir daripada bantuan yang selayaknya mereka terima.

Semoga insiatif yang dilakukan Datin Diyana dan Datuk Aaron memberi inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia untuk saling membantu tidak kira agama, bangsa, warna kulit mahupun kewarganegaraan.

IKLAN

 

 

Kredit: Instagram Datin Diyana Halik