Gaya Hidup

“Happy 62nd Birthday My King,” Kenang ‘Birthday’ Arwah Ayah, Dhaniyah Sebak Tiada Lagi Doa Panjang Umur!

Sayu baca luahan hati anak sulung Didie Alias dan Allahyarham Ridzuan Hashim baru-baru ini. Tanggal 13 Ogos lalu merupakan ulang tahun kelahiran bapa kesayangan Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan.

Kalau arwah masih hidup, ini ialah hari lahirnya yang ke-62. Namun takdir Tuhan, pelakon berbakat besar tersebut ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Lebih 100 hari kehilangan sosok bapa, Nur Dhaniyah atau mesra disapa Niya mengungkap rasa rindu terhadap insan kesayangannya itu pada tarikh istimewa berkenaan di media sosial.

Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn

“Happy 62nd birthday My King. Setiap tahun kakak doakan ayah panjang umur. Tahun ni wish lain. We miss you so bad!

We’ll always remember you, always in our heart. Al-fatihah Mohd Ridzuan bin Hj. Hashim.”

Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn

Tiga hari sebelum ulang tahun kelahiran arwah bapa, Dhaniyah sekeluarga mengadakan Tahlil dan Bacaan Yassin 100 Hari buat Allahyarham Ridzuan Hashim.

Bintang KL Gangster tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung pada 4 Mei lepas dan pernah berkahwin dengan pelakon dan pelawak popular, Didie Alias. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.

Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn
Kredit Instagram @niyardzn

Dhaniyah merupakan graduan Master in Visual Communication and New Media dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan di samping suami tercinta, Razi Shahriman.

Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Seth Shahriman, Suri Shahriman dan Senja Shahriman.

Artikel berkaitan https://www.nona.my/ayah-princess-diyana-rindu-ayah-sangat-tersentuh-layanan-diyana-ridzuan-jaga-hargai-arwah-ayah/

 

 

IKLAN
Share