Sayu baca luahan hati anak sulung Didie Alias dan Allahyarham Ridzuan Hashim baru-baru ini. Tanggal 13 Ogos lalu merupakan ulang tahun kelahiran bapa kesayangan Nur Dhaniyah Mohd Ridzuan.
IKLAN
Kalau arwah masih hidup, ini ialah hari lahirnya yang ke-62. Namun takdir Tuhan, pelakon berbakat besar tersebut ‘pergi’ buat selama-lamanya.
Lebih 100 hari kehilangan sosok bapa, Nur Dhaniyah atau mesra disapa Niya mengungkap rasa rindu terhadap insan kesayangannya itu pada tarikh istimewa berkenaan di media sosial.
Tiga hari sebelum ulang tahun kelahiran arwah bapa, Dhaniyah sekeluarga mengadakan Tahlil dan Bacaan Yassin 100 Hari buat Allahyarham Ridzuan Hashim.
IKLAN
Bintang KL Gangster tersebut meninggal dunia akibat serangan jantung pada 4 Mei lepas dan pernah berkahwin dengan pelakon dan pelawak popular, Didie Alias. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan lima orang cahaya mata.
Dhaniyah merupakan graduan Master in Visual Communication and New Media dari Universiti Teknologi MARA (UiTM) turut menyambut ulang tahun perkahwinan kelapan di samping suami tercinta, Razi Shahriman.
IKLAN
Mereka mempunyai tiga orang anak iaitu Seth Shahriman, Suri Shahriman dan Senja Shahriman.
Wajah cantik wanita ini sering menghiasi kaca televisyen sejak dulu lagi. Memulakan karier sebagai talent iklan sejak usia 10 bulan, Amelia Thripura Henderson kini semakin diterima oleh peminat drama Melayu tempatan.
Sedang hangat dengan drama Pengantin Satu Malam, Amelia yang bergandingan dengan Nazim Othman kelihatan semakin bijak menjiwai watak yang dibawanya. Bercerita tentang pembabitan awalnya dalam dunia lakonan, “Sejak kecil saya telah diberi pendedahan dalam bidang komersil seterusnyan ke bidang lakonan. Jadi saya memasang impian untuk membuktikan keistimewaan yang dimiliki,” ujar wanita kacukan India, Sri Lanka dan Scotland ini.
Wajah Amelia Handerson kelihatan begitu berseri-seri dan cuba mencungkil rahsia cergasnya. “Saya tak mempunyai apa-apa rahsia untuk kekal cergas tetapi saya suka menari. Hampir kebanyakan masa dihabiskan dengan menari.
Foto: Instagram @ameliath
Tarian membuat saya kekal cergas dan bertenaga. Jika mempunyai masa yang terluang saya akan berenang dan menaiki tangga berbanding mengambil lif.
Saya seperti kanak-kanak yang lain dahulu dihantar oleh ibu bapa untuk belajar ballet. Saya mula menari ballet sejak usia tiga tahun dan mula serius dalam tarian apabila usia menjangkau 13 tahun.
Ketika mula serius menari saya memberanikan diri menyertai The Dancer Society Classical Solo Ballet Competition. Tidak sangka menjadi juara dan saya ditawarkan biasiswa ke Australia. Dua minggu menimba pengalaman di sana benar-benar menyuntik semangat sementelah saya baru berusia 13 tahun ketika itu,” ujar Amelia yang pernah berlakon di dalam filem tempatan antaranya Talentime arahan Allahyarham Yasmin Ahmad.
Foto: Instagram @ameliath
Menurut wanita yang meminati rekaan fesyen dari Rizman Ruzaini, Alia Bastamam, Nurita Harith dan Adila Long ini tarian sukar untuk dipelajari. “Memang sejak kecil saya benar suka menari dan keluarga tidak pernah memaksa untuk terjun dalam dunia tarian ini.
Foto: Instagram @ameliath
Sebenarnya tarian sangat sukar untuk dipelajari. Jika menari tanpa minat yang mendalam pasti sukar untuk mengapai tahap tertinggi dalam bidang ini. Peperiksaan untuk lulus dalam tarian juga sukar. Tidak ada istilah belajar untuk lulus dalam tarian ini. Kini saya boleh menguasai tarian ballet, latin, ballroom, tap dan jazz dengan baik.
Foto: Instagram @ameliath
Tarian banyak mempengaruhi kehidupan seharian saya. Ballet adalah sukan yang sangat mementingkan disiplin. Disiplin yang tinggi ketika mempelajari tarian terutama ballet mengajar saya menjaga masa dan disiplin diri. Malah, ballet menjadikan postur tubuh saya kelihatan lebih cantik.
Foto: Instagram @ameliath
Selain itu tarian ballet membantu saya kekal aktif dan cergas. Walaupun tarian ini Nampak lembut dan berirama namun, kita perlu cekal dan bertenaga untuk melakukannya. Saya akan sentiasa menari sampai bila-bila,” bicara Amelia yang pernah mementaskan persembahan teater muzikal The King and I dan Peter Pan di Istana Budaya.
Menunggu gaji masuk pada setiap bulan umpama menunggu bulan jatuh ke riba. Tetapi ketika sampai waktunya mudah pula ia dihabiskan. Hendak buat simpanan asyik bertangguh pula. Ada sahaja halnya yang memerlukan duit, lebih-lebih lagi dengan keadaan ekonomi sekarang. Inilah yang sering menjadi kekangan setiap kali merancang perbelanjaan.
Bagi mereka yang bijak mengatur kewangan biasanya memiliki gaya hidup yang berbeza. Mereka jarang mengalami masalah kewangan kerana tidak boros serta mempunyai simpanan yang boleh digunakan setiap waktu.
Nona kongsikan cara bagaimana golongan bijak ini mengatur kewangan yang boleh dijadikan panduan kita bersama.
SERING MEMBUAT ANGGARAN
Orang yang bijak mengatur kewangan akan sentiasa mempunyai anggaran yang tercatat dengan baik dan berusaha untuk mengikutnya secara konsisten. Jika tersasar pun tidak terlalu jauh dari anggaran yang telah dibuat.
TIDAK BERTANGGUH
Baik simpanan mahupun pengeluaran mempunyai catatan tersendiri. Ia lebih mengutamakan keperluan berbanding kehendak yang boleh ditangguhkan. Mereka yang bijak akan mendahulukan keperluan dan tidak akan menangguhnya bagi mengelakkan timbulnya masalah di kemudian hari.
TIDAK MUDAH BERHUTANG
Menabung tidak bermakna tidak boleh berbelanja langsung untuk kehendak. Bijaklah mengatur pengeluaran dan sebaiknya rancang dahulu setiap keinginan tanpa menjejaskan keperluan utama. Jauhkan sikap suka berhutang yang hanya akan membebankan kewangan anda di bulan berikutnya.
MANFAATKAN WAKTU
Amalan ini akan terbawa dengan sendirinya jika anda sudah terbiasa dengan pengurusan kewangan yang teratur. Mereka yang bijak juga akan memanfaatkan waktu dengan baik dan efisyen untuk melakukan perkara yang lebih bermanfaat.
PELABURAN
Mereka yang mempunyai pengurusan kewangan yang sangat baik pasti peka dengan perkara ini kerana tidak selamanya seseorang itu akan terus produktif namun keperluan masih terus dipenuhi. Pelaburan menjadi pilihan utama ketika mempunyai lebihan wang berbanding memboroskannya untuk hal-hal yang tidak bermanfaat.
HIDUP SIHAT
Kesihatan merupakan modal asas untuk terus bekerja dan produktif menghasilkan wang bagi keperluan hidup. Kesedaran terhadap kesihatan amat penting buat mereka yang pandai menguruskan kewangan. Malang tidak berbau, jika ia berlaku maka pengeluaran wang akan meningkat.
Kesimpulannya, konsisten dan komitmen yang tinggi diperlukan agar matlamat ini dapat direalisasikan. Yakinlah anda mampu melakukannya. Jadikan ia sebagai amalan agar kewangan anda sentiasa berjalan dengan ‘sihat’. Hidup anda pun akan lebih tenteram tanpa rasa bimbang yang berlebihan.
Urinary Tract Infection (UTI) atau kencing kotor adalah jangkitan bakteria yang biasa berlaku terutamanya di kalangan wanita berusia di antara 20 hingga 50 tahun. Lazimnya, bakteria yang menyebabkan penyakit ini berpunca daripada kulit dubur, faraj atau lubang dubur yang bergerak merentasi uretra dan pundi kencing. Apabila berlaku jangkitan, organ pundi kencing akan membengkak dan menimbulkan rasa kurang selesa selain kerap membuang air kecil.
Golongan wanita dipercayai lebih mudah menghidap penyakit kencing kotor berbanding lelaki kerana kedudukan uretra yang pendek dan dekat dengan anus atau dubur. Apabila seseorang wanita itu mengandung, risiko kebarangkalian mereka menghidap kencing kotor adalah lebih tinggi daripada wanita yang tidak hamil. Cystisis merupakan sejenis jangkitan pada saluran kencing yang kerap dihidapi oleh wanita hamil selain perubahan hormon progesteron yang mereka alami.
KESAN
Jika dibiarkan tanpa sebarang rawatan, jangkitan pada saluran kencing boleh memudaratkan kesihatan kerana ia mampu merebak hingga ke buah pinggang. Kealpaan ibu-ibu hamil terhadap situasi ini bukan hanya menjejaskan tahap kesihatan mereka bahkan bayi yang bakal dilahirkan akan mengalami berat badan yang ringan atau pra matang.
Kehadiran kuman dan bakteria di dalam air kencing boleh diatasi dengan pengambilan antibiotik daripada doktor. Walaupun ketika hamil, ada beberapa jenis antibiotic tertentu yang selamat dimakan dan tidak memberi kesan buruk kepada bayi yang dikandung. Pastikan ubat antibiotik yang diberi habis dimakan untuk tempoh seminggu walaupun demam dan sakit perut sudah berkurangan.
SIMPTOM JANGKITAN KENCING
Sakit atau rasa pedih ketika membuang air kecil
Sakit di bahagian pelvis, bawah abdomen dan pinggang
Kencing tidak lawas
Kenaikan suhu badan
Loya dan muntah
Kerap ke tandas
Air kencing berwarna keruh, berdarah atau berbau
Menggigil
Sakit ketika bersetubuh
SOLUSI KENCING KOTOR
Penyakit kencing kotor nyata boleh dirawat dengan beberapa kaedah berikut. Pun begitu, setiap wanita tidak kira yang sedang hamil atau tidak perlu sentiasa menjaga kebersihan bahagian intim bagi mengurangkan risiko daripada terdedah kepada penyakit ini. Jika anda ke farmasi, dapatkan beberapa bungkusan ural atau effervescent granules yang mudah larut dalam air. Namun, jika ia berlarutan selama 3 hari atau menjadi lebih buruk, pesakit dinasihatkan agar terus berjumpa doktor.
Pencegahan kencing kotor boleh diatasi dengan menitikberatkan langkah-langkah berikut:
Minum banyak air kosong sekurang-kurangnya 6 ke 8 gelas sehari sehingga air kencing menjadi jernih.
Elakkan tahan kencing kerana ia akan menggalakkan lagi pembiakan bakteria di dalam pundi kencing.
Selepas selesai membuang air kecil, biasakn mengelap dari depan ke belakang untuk mengatasi pembiakan bakteria dari kawasan dubur ke uretra.
Kurangkan makanan manis atau minuman yang mengandungi kafein.
Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika kotor.
Buang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks.
Ambil Vitamin C, Beta-carotene dan Zat Besi setiap hari untuk melawan jangkitan kuman jika daya tahan tubuh lemah.
Minum jus kranberi jika kerap menghidap penyakit kencing kotor. Ia mampu menurunkan paras bakteria dalam saluran kencing dan mencegah pembentukan bakteria baru.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...