“Happy Birthday to Me” Genap Usia 52 Tahun, DATIN SRI NONISWARA Kekal Jelita!

Pada 1 April 2022 genaplah usia dramatis jelita kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini yang ke-52 tahun. Bertuah sungguh Datin Sri Noniswara kerana masih kekal jelita dan berseri walau usianya kini dah mencecah angka 50an.

Datin Sri Noniswara masih kekal menawan walau usia dah mencecah 50an.

Di akaun Instagramnya, Datin Sri Noniswara berkongsi satu video pendek berdurasi 49 saat. Tulisnya di ruangan kapsyen:

As I turn a year older today, I am most thankful for the people around me and the gift of being alive. Happy Birthday to me”

Turut berada di samping Datin Sri Noniswara di dalam video itu ialah suaminya yang sama-sama meraikan dan menyanyikan lagu ‘Happy Birthday’.

Menurut Datin Sri Noniswara, beliau tidak mengamalkan sebarang petua sebaliknya konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat. Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.

“Bagi saya penjagaan kulit amat penting maka setiap hari saya akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapannya.

Kulit yang kering akan mencepatkan proses penuaan. Selain itu, saya juga banyakkan beribadah termasuklah sentiasa merasa gembira dan bahagia.” 

NONA juga percaya selain konsisten dengan amalan rutin kecantikannya, kebahagiaan yang dikecapi bersama suami tersayang juga menjadi faktor kekal awet muda. Bila jiwa bahagia dan tenang secara tak langsung ianya akan terserlah pada seri wajah.

Ibu dan anak, sama cantik!

“Alhamdulillah, tahun ini masuk tahun ke-7 tahun usia perkahwinan kami. Dato’ Sri seorang yang gemar bergurau, berjenaka, manja dan happy all the time. Mungkin itulah yang membuatkan suami selesa dengan saya. He said I am a good listener.”

Bersama suami tersayang, Dato’ Sri Dr Sheikh yang merupakan seorang ahli perniagaan.

“Saya bersyukur dengan segala nikmat yang Allah SWT kurniakan buat saya. Rasanya tiada apa lagi yang saya impikan. Berkat doa setiap hari, banyak yang telah Allah SWT tunaikan, alhamdulillah,” ungkap ibu kepada 3 cahayamata ini.

Datin Sri Noniswara juga berharap agar Allah SWT sentiasa memberkati apa jua yang dilakukannya dan mengurniakan kesihatan serta rezeki yang berpanjangan.

Kredit Foto: Instagram @noniswara

 

Share
Published by
Ermi Shuzila Mohammad