Harga Keselamatan Di Genggaman Tangan, Wanita Tolong Peka Taktik Penghendap Siber ‘Serap’ Maklumat Peribadi

Tidak ramai yang sedar implikasi kecurian data, selagi tidak terkena batang hidung sendiri. Majoriti daripada kita menganggap ia tak akan berlaku sedangkan sudah banyak kes penipuan Internet terbentang di depan mata.

Menurut statistik terkini dari Kaspersky, Malaysia tersenarai dalam ranking ke-13 kes mangsa stalkerware tertinggi Asia Tenggara pada tahun 2019.

Penjenayah semakin bijak. Memahami kelemahan wanita yang mudah terpedaya dengan kata-kata, biasanya mangsa ditipu hidup-hidup agar memuat turun sesuatu Apps atau diberi ganjaran jika ‘menekan’ link

tertentu.

Lalu tanpa disedari, stalkerware atau perisian intipan dipasang ke telefon pintar kita tanpa pengetahuan. Dengan cara ini, pihak ketiga dapat mengakses maklumat mangsa seperti imej, video, data geolokasi dan sebagainya.

Di pasaran juga terdapat perisian malware berkos murah, kadang serendah USD7 sebulan untuk seseorang ‘menghendap’ aktiviti Internet mangsanya. Selain kes jenayah melibatkan transaksi bank, mangsa juga berisiko diugut atau diculik gara-gara stalkerware ini.

Demi meningkatkan kesedaran wanita terhadap ancaman jenayah siber, kita harus bersama-sama memperkasakan satu sama lain agar jenayah berunsurkan stalkerware

dapat dibanteras.

Untuk mengelak daripada menjadi mangsa penghendap online, Kaspersky mencadangkan:

  • Sekat semua program yang dimuat turun daripada sumber tidak diketahui dalam telefon pintar anda.
  • Jangan dedahkan password atau passcode telefon kepada sesiapa.
  • Jangan simpan fail-fail atau aplikasi tidak dikenali dalam telefon pintar.
  • Tukar tetapan keselamatan telefon pintar jika hubungan anda dan si dia putus di tengah jalan. Bekas kekasih anda mungkin memanipulasi informasi sulit anda tanpa diketahui.
  • Selalu semak aplikasi yang dimuat turun dan perhati jika ada program mencurigakan di dalamnya.
  • Gunakan perisian keselamatan yang mampu mengesan kebarangkalian spyware di telefon pintar seperti Kaspersky Internet Security.
  • Segera dapatkan bantuan atau hubungi pihak keselamatan jika anda syak telah dihendap.

Semoga mendapat manfaat dan berbahagi info ini dengan orang tersayang. Boleh jadi dengan ibu bapa kita kerana statistik jenayah online menunjukkan majoriti mangsanya adalah golongan wanita dan warga emas!

IKLAN
Share