Hargai EMAS Sejak PKP 1.0, Puteri Sarah Makin Aktif Lepas COME BACK & Anak Masuk Sekolah

Meninggalkan tahun 2020 dengan pelbagai kisah suka duka lebih-lebih lagi apabila seluruh dunia dikejutkan dengan pandemik COVID-19. Sekali lagi melalui fasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP 2.0) selebriti jelita, Puteri Sarah teringat kisah PKP 1.0 yang kita semua lalui tahun lalu.

Foto: Instagram @puterisarahliyana
Foto Koleksi Majalah Nona

Menurut pemilik nama sebenar Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin ini PKP 1.0 telah membuka matanya untuk menghargai emas. “Sebenarnya dahulu saya tidak berapa gemar pakai emas apatah lagi beli emas. Masa tu, tumpuan saya lebih kepada berlian dan emas platinum.

Namun, lepas kahwin saya dah mula suka pakai emas. Mungkin sebelum itu saya tak tahu dan tak pernah jumpa yang sebenarnya ada banyak barangan kemas dengan rekaan yang moden. Oleh itu, saya mula tengok kedai emas dan bermula episod beli emas sikit-sikit.

Foto: Instagram @puterisarahliyana
Foto: Instagram @puterisarahliyana
Foto: Instagram @puterisarahliyana

Masa itu saya tak nampak lagi kelebihan yang ada pada emas ini. Perspektif saya jauh berubah tentang emas ini apabila ketika PKP 1.0 dulu saya melihat ramai wanita yang beratur di kedai emas untuk mengadai emas. Sayu hati ketika itu tapi dalam masa yang sama saya sedar bahawa beli emas ini merupakan satu pelaburan yang bagus.

Nak dijadikan cerita pula, apabila pemilik kedai emas ini tengok saya sering ulang-alik ke kedai emasnya, mereka telah menawarkan saya buat review dan akhirnya melantik saya menjadi duta kedai emasnya,” tutur Puteri Sarah yang menjadi duta Kedai Emas Siti Jewels selama setahun dan turut mempunyai gelang emas lipan.

Foto: Koleksi Peribadi Puteri Sarah
Foto: Instagram @puterisarahliyana

Bercerita pula tentang perkembangan dirinya, “Alhamdulillah, selepas buat come back rezeki saya tak pernah putus. Sekarang saya sedang menyiapkan sebuah drama, Ustazah Robotik sebanyak 13 episod dan memegang watak utama. Saya baru habis penggambaran sebuah telemovie, Jangan Curi Hati Saya untuk siaran TV OKEY.

Dalam kesibukan saya itu, saya sempat curi masa untuk pergi ke gimnasium. Saya menyertai kelas kickboxing untuk kelihatan fit dan stamina. Selain itu, setiap hari Jumaat saya akan menyertai kelas usrah,” kongsi Puteri Sarah ketika dihubungi yang juga merupakan Pengasas Shara Cosmetics & Skincare.

Foto: Instagram @puterisarahliyana
Foto: Instagram @puterisarahliyana

Bila masuk bercerita tentang anak-anak, ibu kepada dua orang cahaya mata yang comel, Syaikhul Islam Mohd Shamsul dan Sumayyah Mohd Shamsul sedikit teruja. Rupanya anak-anak kesayangan Puteri Sarah ini telah melangkah ke alam persekolahan. “Memang teruja bila anak-anak dah mula sekolah, kan.

Foto: Instagram @puterisarahliyana
Foto: Instagram @puterisarahliyana

Walaupun hanya play school tapi perasaan dia lain. Mak mentua saya yang mencadangkan hantar anak-anak ke sekolah di usia muda ini. Syaikhul boleh selesakan diri di sekolah tapi Sumayyah masih gagal, 3 hari ke sekolah dia asyik menangis,” cerita Puteri Sarah sambil tertawa yang turut menjemput tenaga pengajar ke rumahnya untuk mengajar anak-anak belajar berenang.

Segala-galanya tentang cantik di sini.

IKLAN
Share