“Hari Ni Genap 14 Tahun Perkahwinan Kita, Macam-Macam Kita Dah Tempuh Sama-Sama” Luahan ZARUL UMBRELLA Buat Isteri

Penyanyi dan pelakon kacak, Zarul baru sahaja meraikan ulangtahun perkahwinannya bersama isteri tersayang yang ke-14 tahun.

Istimewanya, kali ini ia jatuh pada bulan penuh keberkatan dan keraian iaitu Syawal. Detik lebih bermakna buat isteri dan Zarul.

Sesungguhnya, 14 tahun itu bukan satu tempoh yang singkat. Lebih sedekad mereka mengharungi cabaran pahit manis bersama-sama sebagai suami isteri.

Apatah lagi, bergelar seorang selebriti pasti cabarannya bukan sedikit. Saling setia dan percaya menjadi rahsia kerukunan perkahwinan pasangan serasi ini.

Titipan Zarul menerusi satu hantaran di Instagramnya membuatkan ramai yang tersentuh bila membacanya..

“Hari ni genap 14 tahun perkahwinan kita, dan tahun ni special sikit sebab jatuh time2 orang tengah beraya,” luah Zarul.

Katanya, selama 14 tahun melayari bahtera rumahtangga bermacam dugaan yang ditempuhinya bersama isteri tercinta.

Namun, kekuatan jodoh mereka mengatasi segalanya dan mereka masih diberikan nikmat kebahagiaan sampai ke saat ini.

“Macam-macam pengalaman kita dah lalu dan tempuh sama-sama, macam-macam benda kita buat sama-sama, gelak sama-sama, nangis sama-sama, sedar-sedar dah 14 tahun sama-sama,”

titip vokalis kumpulan rock legenda Umbrella ini yang berasal dari Pasir Puteh, Kelantan.

Seperti mana pasangan lain, Zarul turut mengharapkan agar ikatan perkahwinannya kekal bahagia dan dirahmati Allah SWT selamanya.

“Hari ni sama-sama kita doa agar Allah terus merahmati perkahwinan ini untuk kita terus selamanya bersama-sama.”

Rata-rata turut mendoakan kebahagiaan Zarul dan isteri.

Untuk info, Zarul yang pernah berkhidmat sebagai seorang pramugara di Malaysia Airlines selama 17 tahun mendirikan rumahtangga dengan Intan Nur Fathihah pada tahun 2009.

Zarul turut mempunyai seorang anak perempuan, Puteri Ayu Nur Arisya hasil perkahwinan dengan isteri pertama. Anak perempuannya itu kini berusia 22 tahun.

Selain masih aktif dalam bidang nyanyian dan lsakonan, Zarul yang kini berusia 49 tahun juga aktif sebagai YouTube Vloger.

Dia juga kini bergelar usahawan sambal. Selain itu, Zarul juga pemenang tempat ketiga pertandingan Gegar Vaganza musim ketiga (GV3).

Kredit Foto: Instagram Zarul Umbrella

Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona

IKLAN
Share