Gaya Hidup

Hari Ni Puasa, Semalam FASHA SANDHA Dah Sibuk Fikir Nak Masak Apa Untuk Suami!

Amboi, makin bahagia nampaknya Fasha Sandha sejak kembali bergelar isteri pada Mac lepas. Tak sampai dua bulan lagi mendirikan rumah tangga, selebriti cantik ini dilihat semakin aktif berkongsi momen bahagia di samping suami tercinta, Aidil Aziz. Tak kurang juga upload video-video masakan air tangannya sendiri.

Macam-macam lauk ada. Aidil sebut je nak makan apa… mesti sepantas kilat isteri mithali ni cuba usahakan. Alahai, kecur air liur tengok masakan Fasha. Untung Aidil… iyalah bak kata orang lama-lama, hendak  rumah tangga sentiasa bahagia kena jaga ‘perut’ suami!

Yang pasti Ramadan tahun ini memberi seribu satu nikmat kepada Fasha. Mana tidaknya, selama hampir empat tahun dia sambut Ramadan dan Syawal tanpa kelibat suami tapi kali ini berbeza. Selain dapat mengerjakan ibadah bersama-sama, pelakon berbakat ini juga nampak cukup teruja hendak sediakan juadah berbuka untuk suami. Sweet!

Walau pun tengah sibuk dengan shooting… ada je masa terluang, dia sudah sibuk fikirkan menu berbuka. “Kena bertugas di set, nasib baik tak banyak scenes, jadi sempat balik masak untuk keluarga dan suami ku. Hari ni pertama kali berbuka sebagai suami isteri, dari semalam dok pikiaq nak masak apa untuk abang sayang.”

Sejak kelmarin juga Fasha dan Aidil berpeluang menunaikan solat sunat Tarawih bersama-sama. Dari gambar-gambar yang dikongsikan jelas terpancar sinar bahagia di wajah kedua-duanya. Tidak kurang juga anak-anak Fasha yang memang teruja hendak solat bersama.

Paling best, bila dah kembali ada suami… Fasha rajin berkongsi video air tangannya yang siap dengan hashtag tak sempurna by fasha sandha. Bak kata empunya diri, “Nama pun tak sempurna by Fasha, so tak perlu komen dan ajar saya masak itu salah ini salah sebab saya dah bagitahu… saya masak cara saya, cara tak sempurna (amatur).”

Tak kisahlah cara masak itu betul atau tidak, janji Fasha rajin masuk dapur sediakan makanan untuk suami. Lagipun siapa kita hendak pertikaikan masakan dia. Dengar cerita rakan-rakan artis yang pernah rasa masakan Fasha pun mengaku air tangan isteri Aidil ini sedap!

“Konsep masakan orang kalut-kalut, apa yang ada dalam peti, campak-campak je la. Tak lengkap. Apa pun tetap bersyukur.”

Kalau ada ibu-ibu bekerjaya yang tengah ‘kering idea’ hendak masak juadah apa untuk berbuka puasa nanti, bolehlah intai-intai IG Fasha. Senang dan cepat saja masak!

 

 

Kredit: Instagram Fasha Sandha

 

 

 

 

IKLAN
Share