Ramai mungkin tidak sedar yang mereka alah terhadap pewangi. Disebabkan fakta ini, maka semakin banyak jenama terkenal yang mengeluarkan produk tanpa pewangi kerana sesetengahnya sensitif pada kulit.
Pakar dermatologi kosmetik mengatakan bahawa punca utama alahan pada kulit adalah kerana PRODUK KOSMETIK ITU SENDIRI.
Bayangkan lebih 5,000 sebatian pewangi sintetik digunakan di dalam industri kecantikan dan kebanyakannya adalah BAHAN AKTIF yang bertujuan mengawal pigmentasi dan minyak wajah.
Ads
Disebabkan itu anda digalakkan untuk menukar produk penjagaan kulit yang tidak berasaskan pewangi bagi mengatasi keradangan.
Ads
Tiada Fungsi
Ads
Pewangi biasanya dicampur ke dalam produk kecantikan untuk menutup bau semula jadi yang kurang menyenangkan.
Walaupun ia memberi kepuasan kepada deria bau, tapi sebenarnya pewangi tersebut langsung tidak berfungsi.
Pewangi boleh menyebabkan keradangan kulit, alahan, gatal-gatal dan bengkak pada wajah.
Langkah Mengatasi
Periksa label dan senarai bahan yang digunakan.
Walaupun produk tidak berbau, tapi ia masih mungkin mengandungi pewangi jika terdapat perkataan ‘parfum’ dalam senarai.
Pewangi yang organik belum tentu baik untuk kulit. Lebih elakkan produk yang mengandunginya.
Sebelum memilih sesuatu produk penjagaan kulit, lebih baik bertanya kepada pakar bagi mendapatkan keserasian dan mengelakkan masalah kulit sensitif. Norzalina Mohd Alias
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita mempunyai tekstur kulit wajah yang berbeza dan berubah-ubah seiring pertambahan usia. Bagi yang mengalami kulit kering, pori-pori besar atau berjerawat, pemilihan cushion foundation yang bagus amat penting sebelum bersolek. Nona tertarik dengan formulasi cushion foundation terbaharu Wardah Beauty yang dinamakan Colorfit Perfect Glow Cushion ini, memang hasilnya kulit berminyak terus nampak cantik natural!
Banyak sebab yang membuatkan “cushion foundation” Colorfit Perfect Glow Cushion sesuai untuk semua wanita. Wardah Beauty yang terkenal dengan tagline ‘Kosmetik Nombor Satu Pilihan Wanita Indonesia’ kini berkongsi magis bersama seluruh kaum Hawa di Malaysia dengan memperkenalkan rangkaian terbaik dalam ColorFit, ‘cushion foundations’ yang sememangnya memberikan efek solekan lebih bersinar.
Colorfit Perfect Glow Cushion mampu bertahan selama 12 jam tanpa menjadikan wajah berminyak. Teksturnya yang lembut, tidak kasar dan sedikit lembap, memberi keselesaan kepada si pemakai. Solekan juga kekal rata dan kemas sepanjang hari.
Memang mudah nak ‘touch-up’ muka dengan ‘cushion foundation’ ni, yang penting wajib bawa ke mana saja!
Diformulasi dengan kecanggihan SkinMatch Technology, Colorfit Perfect Glow Cushion dari Wardah Beauty ini menyerap jauh ke dalam kulit untuk menghasilkan tona yang sekata tanpa meninggalkan sebarang cela, kulit bertompok dan kelabu.
Jadi, tak usah risau dengan masalah warna kulit. Colorfit Perfect Glow Cushion pasti menepati tona kulit
anda!
Umpama keperluan utama dalam solekan, produk terbaharu Wardah Beauty hadir dengan lapan rangkaian tona yang sesuai dengan semua jenis warna kulit. Bukan itu sahaja, ia juga diperkaya dengan SPF33 yang berfungsi sebagai pelindung dari pancaran UV yang memudaratkan kulit wajah.
Ketepikan dahulu soal halal yang membelenggu minda. Wardah Beauty sememangnya popular dengan rangkaian produk yang diyakini halal. Nak berwuduk pun senang kerana teksturnya ringan dan halus berbanding foundation biasa. Kesannya mekap anda lebih senang dicuci tanpa meninggalkan kesan pori- pori tersumbat.
Kini Wardah Beauty ColorFit Perfect Glow Cushion dijual dengan harga RM39.90 di cawangan Watsons & Guardian yang terpilih serta di laman rasmi Shopee dan Lazada.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pelakon jelita Korea Selatan ini sentiasa memukau dengan kecantikannya yang awet muda. Tidak sekadar bakat lakonan, pesona Song Hye Kyo juga terletak pada kulitnya yang glowing dan tubuh yang sihat.
Penjagaan kulit, gaya hidup sihat dan diet seimbang yang dilakukan secara konsisten adalah rahsia kecantikan sebenar selebriti berusia 43 tahun ini.
Salah satu petua yang diamalkan Song Hye Kyo ialah membersihkan wajahnya dengan susu suam. Kaedah unik ini membantu menanggalkan sel kulit mati dan memastikan kulit sentiasa bersih.
Song Hye Kyo juga rajin melakukan double cleansing untuk menanggalkan solekan secara menyeluruh. Selepas membersihkan wajah, dia menggunakan esen dan sheet mask bagi mengekalkan kelembapan kulit.
Selain penjagaan kulit, Song Hye Kyo turut mengamalkan gaya hidup sihat. Dia jarang mengenakan solekan tebal pada masa lapang dan lebih suka penampilan minimalis setiap hari.
Makanan sihat adalah keutamaannya. Senaman yang kerap seperti yoga juga merupakan sebahagian daripada rutin kesihatannya. Malah, Song Hye Kyo turut mengambil minuman kolagen bagi mengekalkan keanjalan kulit.
Song Hye Kyo mengurut wajahnya dengan ais untuk menegangkan kulit dan mengecilkan pori-pori. Ais tersebut ditutup dengan kain kapas bagi mengelakkan kerengsaan pada kulit wajah.
Double cleansing adalah kunci untuk menanggalkan solekan sepenuhnya. Ini penting untuk mengelakkan pori-pori tersumbat yang boleh menyebabkan jerawat dan masalah kulit yang lain. Song Hye Kyo turut memilih produk penjagaan kulit yang sesuai.
Bukan itu sahaja, Song Hye Kyo juga rajin menggunakan sunscreen bagi melindungi kulitnya daripada terdedah kepada cahaya matahari. Cahaya matahari adalah salah satu punca utama penuaan pramatang.
Rahsia awet muda Song Hye Kyo juga terletak pada gaya hidup sihatnya. Dia memilih makanan seimbang, mengelakkan makanan diproses dan tinggi lemak. Sayur-sayuran dan buah-buahan segar adalah pilihan utamanya. Dia juga rajin bersenam seperti yoga bagi mengekalkan kecergasan badan dan minda yang sihat.
Tidur dan rehat yang cukup turut menjadi keutamaan Song Hye Kyo untuk pertumbuhan semula sel kulit serta mengekalkan kesihatan badan secara keseluruhan. Dehidrasi juga dapat dielakkan dengan meminum air putih secukupnya setiap hari.
Manakalaa solekan minimalis turut menjadi pilihan Song Hye Kyo. Dia lebih suka penampilan semula jadi dan mengelak menggunakan solekan tebal setiap hari. Ini membantu kulit bernafas dan mengurangkan risiko kerengsaan.
Song Hye Kyo merupakan duta jenama untuk minuman kolagen. Pengambilan kolagen sahaja tidak mencukupi untuk mendapatkan kulit yang awet muda. Penjagaan kulit yang betul, diet yang sihat, dan senaman yang kerap juga sangat penting.
Setiap orang memiliki jenis dan keperluan kulit yang berbeza. Cari rutin penjagaan kulit serta gaya hidup sihat yang sesuai dengan jenis kulit dan kondisi. Selalulah bertemu pakar dermatologi jika mempunyai masalah kulit.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
November ini genap 50 tahun usia Kavita Kaur Sidhu. Tapi kalau tengok susuk tubuhnya pasti ramai yang tidak menyangka umur sebenar Kavita. Tidak hanya dikurniakan tubuh langsing dan tinggi lampai, Kavita juga memiliki raut wajah cantik memukau. Tidak hairanlah dia pernah memenangi pertandingan ratu cantik, Miss Charm International 1990!
Penampilan Kavita dalam berfesyen sentiasa menjadi perhatian ramai. Apa sahaja busana yang digayakan pasti terletak cantik sempurna di tubuh rampingnya. Malah keperibadian Kavita yang ramah juga disenangi ramai termasuk dalam kalangan rakan artis dan peminat.
Baru-baru ini Kavita berkongsi gambar kenangan zaman remajanya ketika menceburi bidang peragaan. Walau masih muda namun aura peragawati Kavita nyata terserlah.
Ujar Kavita, “Major throwback to 17 years old just out of high school at a model contest in KL! The prize was a shoot in Paris with Singapore magazine (the prizes were great then!) and that’s how I started my model stint in Europe.”
Kavita turut menjelaskan sewaktu bergelar model, dia sentiasa dilatih dengan amalan diet yang ketat. “We models were always on a strict diet, looking back now it was so ridiculous that dresses were one size fits all or you wouldn’t get work. Glad to see that has somewhat changed now.”
Perkongsian berkenaan mengundang pelbagai reaksi positif peminat dan rata-rata mereka mengagumi tubuh ramping Kavita.
Seawal umur 18 tahun lagi Kavita sudah menakluki industri peragaan fesyen di Eropah. Wajah fotogeniknya di samping memiliki ketinggian 1.78 meter menjadi buruan jenama fesyen dan jurugambar ketika itu. Puas meneroka bidang peragaan, Kavita kemudian mencuba nasib sebagai pelakon, penerbit filem, pereka fesyen dan kini bergelar usahawan.
Antara filem yang pernah dibintangi Kavita ialah Layar Lara dan Pontianak Harum Sundal Malam.
Sudah biasa dikelilingi rakan berbangsa Melayu, Kavita disifatkan seorang wanita yang cukup menghormati budaya dan adat masyarakat Melayu. Malah, dia gemar mengenakan persalinan tradisi seperti baju kurung. Bahkan label fesyen miliknya turut menerapkan elemen kontemporari dan elegan. Selain menjadi pereka fesyen, Kavita kini rancak mengusahakan minuman kesihatan, Karamia Wellness.
Pada 6 Januari 2016, Kavita menamatkan zaman bujang bersama jejaka kacak kelahiran Itali, Roberto Guiati. Roberto merupakan pemilik restoran Roberto’s 2010 yang mengetengahkan sajian tradisi Itali dan semakin terkenal serta mendapat tempat dalam kalangan penggemar makanan. Tahun ini merupakan tahun kelima Kavita bergelar isteri kepada Roberto. Semoga rumah tangga yang dibina terus kekal bahagia!
Kredit foto: Instagram Kavita Sidhu
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Marisha Friska Halauwet membuktikan wanita mampu berjaya sebagai doktor pakar bedah dan penyanyi terkenal, inspirasi wanita moden dalam dua dunia berbeza.