Sumber alam memang telah lama menjadi inspirasi dalam menyerlahkan kecantikan. Bunga-bungaan dan daun-daun segar yang ditanam belakang rumah boleh dijadikan bahan utama dalam menjaga kecantikan.
Petua orang tua tidak boleh dipinggirkan begitu sahaja terutama sekali yang menggunakan tumbuhan semula jadi bagi menaikkan seri wajah. Bukan sahaja menjimatkan wang, caranya cukup mudah dan ringkas. Ayuh cuba!
(a) Kelopak mawar menyerikan wajah
Kata orang, amalan memakan kelopak-kelopak bunga mawar setiap hari akan menaikkan seri wajah yang berpanjangan. Untuk bakal mempelai, amalkan petua ini 44 hari sebelum menjelang hari bahagia.
Caranya adalah dengan mengambil segelas air kosong (air putih), diikuti lafaz Bismillah serta selawat ke atas Nabi. Kemudian makan kelopak-kelopak bunga mawar tersebut. Jadikan petua ini amalan anda untuk tampak berseri setiap masa.
Ads
(b) Sirih menghindari cela
Ketika menghitung angka 30 hari menuju hari bahagia, ambil segenggam daun sirih yang besar saiznya dan rebus di dalam air putih sehingga warna air berubah kehijauan. Selepas itu, gunakan air rebusan tersebut untuk mencuci wajah.
Biarkan air tersebut seketika di muka, kemudian bilas dengan air sejuk. Kelebihan air rebusan ini dilihat dapat mengelakkan pertumbuhan jerawat atau ruam-ruam kecil di muka, seterusnya menaikkan seri wajah. Lebih menarik, air rebusan sirih ini juga berfungsi sebagai pencuci keintiman wanita yang sangat baik.
Ads
(c) Timun sebagai masker mata
Ramai yang sedia maklum bahawa timun mempunyai pelbagai khasiat di samping bersifat sejuk. Jadi hiriskan timun, namun jangan terlalu tebal dan jangan juga terlalu nipis. Tekapkan di mata anda dengan hirisan timun itu tadi selama 30 minit, kemudian basuh muka dengan air suam.
Petua ini berkesan untuk menghilangkan lebam serta kantung di bawah mata akibat tidur lewat, mengatasi kepenatan mata serta menghilangkan rasa mata lesu dan letih. Selain itu, hirisan timun ini juga berupaya untuk menegangkan otot di bawah mata.
Ads
(d) Masker daripada lobak
Lobak yang kaya dengan vitamin E dipercayai membantu untuk menghilangkan parut muka serta membantu menaikkan seri wajah. Paling utama, ia juga bermanfaat untuk melembapkan kulit wajah anda. Caranya adalah dengan memarut lobak dan ratakan pada wajah seperti masker. Biarkan 30 minit kemudian bilas dengan air suam.
(e) Air kelapa tua membantu melembapkan wajah
Wajah yang kering dan kusam akan membuatkan rupa paras kelihatan sakit. Bagi anda yang berkelapangan, cari kelapa tua dan ambil airnya. Amalkan membasuh muka anda menggunakan air kelapa tua dan biarkan selama 10 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Anda pasti beroleh kulit muka yang lebih lembap berseri. Hamizatul Maizan Mohamed
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cantiknya Nadiah Ramli! Selepas setahun bergelar tunangan orang, akhirnya anak perempuan Datuk Ramli MS ini selamat melangsungkan pernikahan pada 21 Februari lepas. Biarpun majlis pernikahan terpaksa diadakan secara sederhana memandangkan situasi Covid-19 ketika ini namun tetap meriah. Apatah lagi apabila ahli keluarga terdekat turut menjadi saksi hari bersejarah Nadiah dan suami tercinta, Taufiq Nadzri. Alhamdulillah, tahniah!
Menerusi perkongsian Nadiah di Instagram, perkenalan di antara mereka mula berputik pada hujung tahun 2017 ketika Nadiah mengambil khidmat Taufiq sebagai jurugambar profesional. Alahai, inilah namanya ‘Kalau dah jodoh takkan ke mana!’
Berdasarkan gambar-gambar di majlis ijab kabul Nadiah dan Taufiq, jelas kelihatan wajah syukur dan gembira kedua-dua mempelai ini. Tampil sedondon dalam persalinan tradisi rona putih, Taufiq kelihatan segak berbaju melayu sementara Nadiah pula anggun dalam busana indah ilham pereka Syafieq Ayman.
Malah, solekan magis Ady Razak ketika majlis pernikahan ini berjaya menaikkan seri pengantin Nadiah! Memang tak puas mata memandang.
Ternyata, Nadiah mewarisi kecantikan ibu tersayang yang memiliki darah keturunan Cina, Australia dan Irish.
Wajah kegembiraan juga jelas terpancar pada wajah pemuzik terkenal, Datuk Ramli MS. Sebagai bapa kepada Nadiah, pastinya ia momen bermakna buat beliau apabila berpeluang menyempurnakan tanggungjawab untuk urusan pernikahan anak tersayang.
Selain Datuk Ramli MS, kelibat Datin Alyah yang bersama-sama menyerikan majlis ini turut mencuri tumpuan. Begitu juga ibu kandung Nadiah yang merupakan penggiat seni terkenal tanah air, Jennifer Thompson di samping abang Nadiah, Najee Ramli. Keempat-empat mereka dilihat mengenakan persalinan sedondon berwarna kuning.
Credit @ihsansinsun
Ujar Datin Alyah di laman Instagram miliknya, “Tahniah Nadiah Ramli dan Taufiq. Semoga rumah tangga yang dibina berbahagia hingga syurga Allah SWT. Thank you so much Jenn Thompson. Seronok sebab dapat join sama-sama buat persiapan ringkas tapi bermakna. Tahniah juga sebab dapat menantu. Alhamdulillah. Buat Najee Ramli juga tahniah dapat adik ipar. Lepas ni tunggu Najee pula. Terima kasih Datuk Ramli MS untuk pengalaman yang cukup mahal dan bermakna hari ini. Thank you Allah.”
Memandangkan ibu bapa Nadiah bergerak aktif dalam industri muzik, dia dan abangnya turut mengikut jejak langkah kedua-dua ibu bapa mereka dalam arena sama.
Nadiah misalnya kini bertugas di Universal Muzik. Sebelum ini, Nadiah mengikat tali pertunangan bersama Taufiq pada Februari 2020. Semoga rumah tangga yang dibina terus bahagia hingga ke syurga!
Kredit foto: Instagram Nadiah Ramli, Jennifer Thompson & Datin Alyah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bergelar seorang ‘Public Figure’ tidak lah semudah yang disangka apabila banyak mata yang akan memerhati dan menghakimi gerak geri, tidak kira dari segi perbuatan, percakapan mahupun penampilan. Malah, terkadang terasa seperti tiada langsung privasi.
Jika ada sesuatu perkara yang tidak kena, mahupun tidak sejalan dengan apa yang dimahukan oleh pengikut mahupun para peminat, pasti terus akan menjadi isu serta perbualan hangat. Terutamanya apabila kita kini berada di zaman media sosial, dimana sesuatu isu itu mudah menjadi tular.
Penampilan Sissy Iman Pernah Di Kritik Hebat Diawal Kemunculan!
Perkara sama turut sama berlaku kepada penyanyi, pengacara dan pelakon berbakat besar Sissy Imann, 28 tahun. Ketika di awal pembabitannya dalam dunia hiburan, Sissy sering menjadi mangsa kritikan warganet dari segi penampilan. Apa saja yang digayakan pasti mengundang kecaman.
Beberapa tahun lalu, Sissy pernah mengalami fasa dimana dia dikritik hebat berhubung penampilannya ketika mengacarakan Red Carpet Anugerah Bintang Popular Berita Harian ke-33 (ABPBH33).
Dimana ketika itu, gaun yang digayakan oleh pelantun suara lagu ‘Mungkin Kamu’ ini dikatakan tidak sesuai bagi menghadiri malam berprestij sedemikian. Meskipun gaun berkenaan merupakan hasil air tangan dan rekaan bapanya sendiri, Mohammad Kamil Mustaffa.
Belajar Dari Pengalaman, Penampilan Sissy Kini ‘Wow’ Seiring Usia
Bagaimanapun, tidak hanya mahu berada di takuk lama, wanita asal kota metropolitan Kuala Lumpur ini dilihat sudah belajar dari pengalaman, akhirnya Sissy dilihat telah berjaya melakukan transformasi imej dan terlihat lebih ‘wow’!
Kini Sissy tampil lebih yakin, segar dan chic sesuai dengan usianya.
Jom semak beberapa gaya terkini Sissy Iman yang menyerlahkan kecantikannya yang sebenar!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari NONA.
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di SINI!
Musim Piala Dunia 2022 yang kini sedang berlangsung di Qatar sudah hampir ke kemuncaknya. Satu-satunya negara Islam yang layak ke pusingan saparuh akhir buat pertama kali, Maghribi ternyata mengejutkan dunia selepas menewaskan Portugal dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Sabtu lalu sekali gus menempah tempat ke separuh akhir menentang pasukan Perancis hari ini.
Salain kemanisan kemenangan tersebut, pemain pertahanan skuad bola sepak Maghribi, Achraf Hakimi yang menjadi tonggak pasukannya yang berjaya menewaskan Portugal dengan keputusan 1-0 dalam perlawanan suku akhir Piala Dunia Sabtu lalu turut tular, bukan sekadar kehebatannya di padang tetapi rupanya memiliki seorang isteri yang cukup cantik. Hiba turut muncul dalam majalah Vogue Arabia keluaran Oktober lalu bersama suaminya.
Inilah Hiba Abouk, seorang aktres yang digelar antara aktres paling cantik di dunia lapor Daily Mail. Achraf berkenalan dengan isterinya yang dikenali sebagai Hiba Abouk, 36 tahun ketika berada di Jerman pada 2018. Ketika itu, pemain berkenaan bermain untuk kelab tempatan, Borussia Dortmund.
Hiba berketurunan Tunisia dan Libya. Perkahwinan mereka berlangsung pada 2020 tetapi Hiba sudah berjaya membina kerja untuk dirinya dalam bidang lakonan, manakala hubungan mereka terbina atas perasaan kagum dan saling hormat menghormati, walaupun usianya lebih 12 tahun dari Achraf.
Pasangan romantis tersebut dikurniakan dua anak lelaki. Hiba merupakan anak bongsu dari empat adik beradik malah dia juga mampu berkomunikasi dengan baik dalam bahasa Sepanyol, Arab, Perancis, Inggeris dan Itali.
Nama Hiba juga kian terkenal selepas melakonkan watak utama Fatima dalam rancangan TV Sepanyol El Principe pada 2014. Drama bersiri jenayah itu ditonton lebih lima juta penonton. melambung tinggi. Pada tahun yang sama, dia muncul sebagai ikon kecantikan wanita di Cosmopolitan Beauty Awards. Hiba kini mempunyai 1.3 juta pengikut di Instagramnya.
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!