Sekali imbas memang iras wajah ibundanya, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kejelitaan yang dimiliki Yang Amat Mulia Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah ini ternyata diwarisi daripada kecantikan Duli Paduka Baginda Tengku Ampuan Pahang. Penuh keayuan dan sejuk mata memandang!
YAM Tengku Puteri Jihan merupakan puteri bongsu kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah binti Almarhum Sultan Iskandar Al-Haj.
27 April lalu, puteri diraja ini genap meniti usia 22 tahun. Semakin menginjak usia, semakin anggun dan matang anakanda kesayangan Baginda.
Berkongsi momen indah bersempena ulang tahun keputeraan Tengku Puteri Jihan menerusi Instagram Air Tangan Tengku Ampuan Pahang, Tunku Hajah Azizah menzahirkan rasa syukur atas anugerah Allah SWT ini.
Ads
“Happiest birthday to my baby. My miracle child. Thank you for being the perfect beautiful daughter I could ever have asked for. May Allah SWT bless you always and guide you!
Love you with all my heart! My baby turned 22.”
Ads
Dalam foto yang dikongsikan kelihatan ibu dan anak ini bergambar mesra sambil berpelukan. Malah beliau turut berkesempatan memotong kek hari lahir dan disuap ibunda tersayang.
Terserlah sisi manja puteri bongsu Tunku Hajah Azizah dan Al-Sultan Abdullah ini!
Ads
Tunku Azizah berkahwin dengan Al-Sultan Abdullah pada 6 Mac 1986. Pasangan diraja ini dikurniakan enam cahaya mata iaitu Yang Amat Mulia Tengku Amir Nasser, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah, Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah, Tengku Ahmad Ismail Muadzam Shah, Tengku Puteri Afzan Aminah Hafizatullah dan Tengku Puteri Jihan Azizah ‘Athiyatullah.
Terpegun melihat kecantikan semula jadi Datin Seri Camelia! Sejak bergelar penyanyi era 1990an sampai sekarang macam tak berubah wajah figura ini. Makin meningkat usia, makin terserlah kejelitaan wanita kelahiran Sarawak berkenaan.
Biarpun tidak lagi bergiat aktif dalam industri seni tanah air selepas album Mysticasm pada tahun 2007, pelantun lagu Rindu Padanya ini sering menjadi bualan khalayak khususnya di media sosial kerana kecantikan yang dimiliki.
Foto figura ini yang ditata rias jurusolek ternama, Najeeb Azami baru-baru ini menjadi tular di media sosial. Mana tidaknya, pada usia sudah pun mencecah 50 tahun pemilik nama Datin Seri Dayang Nur Camelia Abang Khalid ini kelihatan anggun dan awet muda.
Wajah Cantik Datin Seri Camelia Usia 50an!
Tak dinafikan, selebriti ini mempunyai aura dan kecantikan dalam kelas tersendiri. Walau sekadar mengenakan solekan nipis dan aksesori minimalis pun tetap nampak mahal!
Selain mendapatkan khidmat solekan dengan Najeeb Azami, antara jurusolek terkenal yang sering menata rias raut wajah sempurna Datin Seri Camelia ialah Khir Khalid.
Walau jelitawan ini sudah pun meninggalkan dunia hiburan yang penuh glamor namun kelibatnya yang hadir di majlis sosialit sentiasa mencuri tumpuan.
Bakal menginjak usia 51 tahun pada 20 Jun depan, personaliti wanita ini pernah menerbitkan lima buah album sepanjang pembabitannya dalam industri seni. Antaranya album Camelia, Memori, Mimpi, Untukmu dan Mysticam.
Pasti ramai yang merindui alunan lembut suara penyanyi yang pernah bergelar duta produk antarabangsa seperti L’Oreal, Tag Heuer, Omega dan Pantene ini.
Tidak bersandar kepada wajah semata-mata, Penyanyi lagu Puteri Santubong ini membuktikan bakat yang mengalir dalam tubuhnya apabila dinobatkan sebagai Artis Baru Terbaik dan Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Album (Wanita) di Anugerah Industri Muzik (AIM) 1998.
Selain itu, dia juga berbakat sebagai penulis lagu dan mempunyai bakat dalam seni lukisan. Ternyata, darah seni mengalir deras dalam diri Datin Camelia.
Jelitawan ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Ehsan Tun Ahmad Zaidi Adruce namun bercerai pada tahun 1999.
Datin Seri Camelia dilaporkan berkahwin dengan usahawan berjaya, Datuk Seri Akhbar Khan dan dikurniakan cahaya mata perempuan iaitu Aisha Asmara Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Selayaknya. Bebas kontroversi, seorang ibu tunggal yang hebat dan penuh inspirasi.
Pelakon jelita, Rita Rudaini Mohammad @ Mokhtar dianugerahkan Pingat Jasa Baik (PJB) sempena sambutan ulang tahun keputeraan ke-82 Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perlis, Tuanku Syed Sirajuddin Ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail di Istana Arau.
Kredit Foto: Instagram Rita Rudaini
Pada istiadat penganugerahan darjah dan pingat itu, Rita menjadi antara 60 penerima bersama dua lagi selebriti ternama iaitu Dr Mohd Zani @ Mohd Zohiri Mohd Nizariff dan Nur Fasha Sandha Hassan.
Berkat kecekalan membesarkan dua anak lelaki yang kini meniti usia remaja, dengan kudratnya selama 12 tahun bergelar ibu tunggal Rita berjaya mendidik anak-anak cemerlang dalam akademik.
28 Tahun Dalam Bidang Seni
Selain itu, bagi Rita pengiktirafan tersebut paling bermakna buat dirinya selama 28 tahun terlibat dalam industri seni tanah air khususnya lakonan, di samping khidmatnya dalam kebajikan dan kemasyarakatan.
Rita meluahkan kesyukuran dan terharu atas pengiktrafan tersebut.
Dia menganggap ia sebagai rezeki dan berterima kasih kepada Raja Perlis kerana mengurniakan penghormatan terbesar sepanjang 28 tahun dirinya dalam bidang seni.
Bagi Rita, rezeki itu bukan hanya untuk dirinya bahkan buat anak-anak dan mereka yang sentiasa memberi sokongan selama ini.
Suntikan Semangat
Penganugerahan itu bukan hanya memberi suntikan semangat buat Rita sendiri malah dia turut mengharapkan ia dapat mencetuskan inspirasi kepada insan-insan seni yang lain agar terus memberikan yang terbaik serta jujur dalam berkarya.
Rita turut menzahirkan penghargaan kepada kerajaan negeri Perlis dan Exco kerajaan negeri atas pengiktirafan tersebut.
Tahniah Rita Rudaini! Semoga terus menjadi contoh terbaik buat wanita-wanita di luar sana seterusnya melakar lebih banyak kejayaan pada masa akan datang.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bila sebut soal penjagaan kesihatan, ramai juga yang culas. Apatah lagi bila diajak untuk bersenam sebagai langkah untuk menjaga kesihatan. Ramai yang mengelak kerana ‘sayangkan’ lemak di badan dan sikap malas yang menyelubungi diri. Kalau boleh, janganlah sampai tubuh mula sakit dan penyakit mula menyerang, baru teringat perkhidmatan gymnasium di rumah.
Cuaca juga memainkan peranan penting untuk menggerakkan tubuh agar rajin bersenam. Tentunya cuaca redup menjadi pilihan tetapi siapalah kita sebagai manusia untuk menentukan musim monsoon dunia. Namun, jangan letakkan itu sebagai alasan! Ada beberapa cara boleh anda gunakan untuk teruskan rutin senaman walaupun pada hari hujan.
Panaskan badan
Jangan tinggalkan langkah pertama ini. Persiapkan diri dengan memanaskan badan terlebih dahulu sebelum memulakan apa juga senaman. Tidak ada hubungkait di antara senaman dan aktiviti pemanasan badan jadi mulalah dari sekarang!
Memanaskan badan sebelum bersenam boleh mengelakkan diri dari kecederaan. Amalkan selama 15 minit dan barulah anda mulakan rutin senaman yang berat. Anda boleh juga berjalan sekeliling rumah terlebih dahulu sebelum mula melangkah keluar.
Baju tebal
Baju daripada material kapas serap-peluh boleh merendahkan suhu badan dan meningkatkan risiko hipotermia. Simptom hipotermia termasuk keletihan, mengantuk dan hilang kesedaran.
Sarungkan baju dan celana berlapis yang diperbuat daripada sintetik untuk mengelakkan perkara ini terjadi. Ingat, ketebalan pakaian anda sangat penting kerana pengeluaran peluh seringkali berlaku apabila pakaian yang disarungkan itu tebal.
Krim tabir suria
Memang benar awan melindungi kebanyakkan cahaya suria tetapi ia tidak melitupi radiasi UV. Menurut Skin Cancer Foundation, awan hanya meliputi 20 peratus radiasi UV secara total. Pendedahan berpanjangan pada cahaya UV menjadi faktor kepada penyakit kanser kulit.
Sapukan pelembap kulit, balm bibir dan krim tabir suria dengan SPF 15 hingga SPF 30 walaupun pada cuaca redup dalam musim hujan.
Kekal hidrasi
Cuaca sejuk ketika musim hujan sering membuatkan kurang dahaga tetapi perspirasi masih berlaku apabila kita bersenam. Untuk menggantikan cecair yang hlang, minum air putih secukupnya dengan 15 hingga 20 minit dalam selang waktu.
Anda juga boleh menilai tahap hidrasi tubuh dengan melihat kepada warna air kencing. Semakin gelap warna air kencing menandakan tubuh anda memerlukan air.
Topi dan sarung tangan
Perasan atau tidak, kepala, tangan dan kaki terdedah untuk berasa sejuk dengan cepat. Apabila anda menggayakan topi dan sarung tangan, setidak-tidaknya boleh mengurangkan rasa sejuk dan mengelakkan anda menggigil dengan tiba-tiba.
Cool down
Selepas senaman, jangan lupa rutin menyejukkan badan. Tak semestinya pada cuaca sejuk anda boleh skip rutin ini. Hanya 10 minit sahaja diperlukan untuk memastikan aliran darah dari otot ke jantung.
Aktiviti cooling down mengurangkan suhu keletihan otot dan membiarkan ia kembali pulih seperti biasa dengan cepat dan mengelakkan kesakitan. Ia juga mengurangkan gejala otot kejang.
TIP SENAMAN MUDAH!
BENT-OVER ROW
Genggam botol air di kedua-dua belah tangan. Berdiri tegak dan mula membengkok lutut dan menolak dada ke hadapan secara perlahan. Luruskan tangan pada paras dada seperti sedang mengayuh basikal. Ulang 12 hingga 16 kali.
PUMPING
Buat dengan lutut, berbanding luruskan kaki. Buat menegak menghadap dinding. Sesuai untuk meningkatkan kekuatan tangan, juga menguatkan bahagian sekitar dada.
CRUNCHES ATAU TEKAN TUBI
Untuk kekuatan abdomen atau perut. Tidak perlu risau jika kepala tidak dapat dinaikkan habis asalkan dapat bangun dan anda dapat rasa tekanan pada bahagian perut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!