Terdapat lebih daripada 10 jenis berus solekan yang anda perlu tahu kegunaannya bagi mendapatkan hasil solekan yang ‘wow’.
Maka, kita perlu tahu setiap fungsi berus tersebut. Ada yang digunakan untuk mata, pipi, bibir dan keseluruhan wajah. Jom baca ni.
Berus Berbentuk Kipas
Berus ini digunakan untuk meratakan bedak highlighter sekitar tulang pipi atau meratakan setting powder di bawah mata sebelum mengenakan solekan tebal pada bahagian mata.
Apabila serbuk pewarna jatuh, hanya gunakan berus ini untuk membersihkannya.
Berus Bedak
Berus bedak ini digunakan untuk meratakan bedak debu yang digunakan. Semakin gebu berus, semakin bagus untuk meratakan bedak di wajah. Ia juga sangat sesuai untuk meletakkan bronzer bagi aplikasi yang lebih teliti.
Sedikit kilauan atau shimmer pada bahagian bahu pastinya membuatkan kulit anda tampak cantik berkilau. (Untuk wanita yang gemar menggayakan baju off shoulder atau baju bertali halus).
Berus Pemerah Pipi (debu)
Bentuk bulunya lebih kurang sama dengan berus bedak tetapi material yang digunakan membezakan kegunaannya.
Penggunaan berus pemerah pipi jenis debu sesuai jika ia diperbuat daripada fiber semula jadi. Ia memberi perincian warna dan blending yang kemas terutamanya sekitar tulang pipi.
Ads
Berus Kontur
Lapisan kontur yang wajib ada supaya wajah tampak runcing. Paling penting berus kontur ini memberi dimensi pada wajah.
Jangan terkejut apabila wajah bulat pun boleh nampak cengkung dengan teknik solekan yang betul.
Berus Penyamar Noda
Sebelum selesai sapuan pelbagai bedak pada wajah, samarkan dahulu noda yang ada. berus berbentuk panjang dan leper ini memudahkan anda menghilangkan cela dengan penggunaan concealer.
Baik untuk sapuan bawah mata atau cela jerawat dan sebagainya, berus ini memainkan peranan penting.
Berus Blending Pembayang Mata
Manjakan kelopak mata dengan menggunakan berus yang gebu dan lembut.
Ads
Cuba hilangkan garisan kasar lirikan pembayang mata dan cuba tone down warnanya dengan menggunakan berus pembayang mata.
Berus Penggaris Mata
Berus yang digunakan untuk membuat garisan di sekeliling mata.
Anda juga boleh menggunakan berus ini pada bibir.
Berus Pembayang Mata Bersudut
Berus ini digunakan untuk pembayang mata. Ia digunakan untuk membentuk smokey eyes.
Ads
Dengan menggunakan warna pembayang mata,berus ini juga berfungsi untuk menggariskan bahagian bawah garis mata.
Berus Kening Condong
Ada yang menggunakan pensel penggaris kening untuk memudahkan lukisan kening tetapi ada juga yang memilih untuk menggunakan berus kening agar dapat mengawal ketebalan garisan mata.
Kedua-dua teknik ini memberi hasil yang berbeza.
Berus Bibir
Tentunya ia adalah berus yang berfungsi untuk olesan gincu pada bibir.
Bulu pendek dan padat membolehkan berus ini mencecah bahagian tepi bibir. Berus solekan ini sungguh mudah untuk di dapati.
Enjoy your makeup moment!
Sumber Foto: www.pexels.com
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ada yang berpendapat hitam itu seksi. Tapi bukan pada bibir yang hitam dan kusam. Gaya hidup yang tidak sihat seperti merokok, pengambilan kopi dan teh yang berlebihan disamping penggunaan gincu bibir yang murah dan tidak berkualiti merupakan antara penyebab kondisi bibir yang merah berubah gelap.
Usah khuatir! Kini anda tidak perlu lagi bersembunyi di sebalik palitan rona gincu bibir yang menyerlah, kelak anda juga akan menyerah. Apa kata anda ikuti tip dan petua yang boleh diamalkan untuk mencerahkan bibir anda semula! Nak tahu?
Anda boleh gunakan berus lembut atau berus gigi untuk menanggalkan sel kulit mati atau rekahan bibir yang kering. Apabila sel kulit mati telah dibuang, sel kulit yang baru akan kembali, sekali gus melembutkan bibir.
Letakkan madu di bibir anda selama 15 minit sebelum dibasuh dengan air. Lakukan pada waktu malam sebelum tidur.
Letakkan ubat gigi pada bibir selama 3 minit dan dibasuh dengan air. Lakukan setiap hari sehingga warna bibir menjadi agak cerah.
Sapukan santan kelapa pada bibir untuk membantu mencerahkan kulit bibir. Sapuan dilakukan sebelum tidur pada setiap malam sampaikan bibir cerah kembali.
Kurangkan merokok. Perokok tegar yang terdedah dengan nikotin akan menyebabkan bibir menjadi gelap.
Hadkan pengambilan kopi dan teh berlebihan. Makan buah-buahan segar dan sayuran serta minum air dengan secukupnya.
Amalkan makan buah kurma. Kurma dikenali sebagai buah yang dapat membantu meningkatkan peredaran darah dalam badan dan membantu memperbaharui kulit anda.
Urut bibir anda dengan setengah sudu teh minyak zaitun atau castor oil, setengah sudu teh gliserin, dan setengah sudu teh jus lemon dicampurkan bersama-sama. Biarkan semalaman sebelum dibasuh dengan air biasa. Boleh membantu dalam mencerahkan warna bibir anda dan mencegah kekeringan.
Sebelum membeli gincu, anda boleh buat patch test dahulu. Sapukan gincu pada tangan anda. Jika anda merasa gatal-gatal atau alahan, elakkan dari membeli gincu itu. Selain itu tanggalkan gincu sebelum tidur dan bersihkan bibir anda. Jangan gunakan gincu yang sudah tamat tempoh.
Jika anda keluar rumah, jangan lupa untuk sapukan lipbalm untuk melindungi bibir daripada sinar UV. Jangan tak tahu, pancaran matahari bukan saja boleh menggelapkan kulit, tapi juga boleh menggelapkan bibir. KR
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anak Pemilik Syarikat Teknologi & Pelabur Hartanah Ternama
Becca Bloom atau nama penuhnya Rebecca Ma ini merupakan anak kepada Simon Yiming Ma, pemilik syarikat teknologi gergasi dan pelabur hartanah yang telah menubuhkan syarikat perisian Camelot Information Systems.
“Kami berdua merupakan introvert dan ulat buku. Kami sukakan angka, teka-teki, membuat kek, serta melakukan kraftangan bersama. Membayangkan perlu membacakan ikrar perkahwinan di hadapan ratusan orang terasa begitu menakutkan,” kata Becca.
“Ibu bapa saya pula sentiasa membayangkan sebuah majlis yang meriah di rumah. Jadi kami memilih dua majlis perkahwinan. Ibu bapa kami merancang perkahwinan tradisional Asia yang cukup spectacular dengan skala lebih besar.
“Manakala majlis di Tasik Como sengaja dibuat secara intim dan hanya dihadiri 60 tetamu terdiri daripada keluarga dan rakan terdekat.”
Terkenal Di Media Sosial
Becca ialah pencipta kandungan popular di #RichTok, sisi TikTok di mana orang ramai boleh mengikuti kehidupan golongan crazy rich.
Videonya merangkumi unboxing belasan kotak Hermes sehinggalah menyediakan kaviar untuk hidangan kucing kesayangannya, Oscar.
Becca pertama kali bertemu dengan David secara tidak sengaja di sebuah kafe di Palo Alto pada 28 Disember 2019. David merupakan seorang jurutera perisian.
“Saya baru pulang kuliah, dan ketika itu merupakan hari ke-10 David berada di Bay Area selepas berpindah ke Amerika dari Vancouver,” imbau Becca yang bekerja dalam bidang teknologi kewangan.
“David bertanya sama ada dia boleh membelikan saya kopi, lalu saya menjawab saya tidak minum kopi, hanya teh. Bukanlah jawapan yang menggoda, entah bagaimana dia menerimanya.”
Sejak itu, mereka sering bertemu. Empat tahun kemudian David melamar Becca di Positano.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelibat Atlet boling negara, Siti Safiyah Amirah Abdul Rahman beraksi di gelanggang boling memang tidak perlu dipertikaikan lagi. Memenangi beberapa pingat teratas sehingga memegang gelaran Pemain Terbaik Malaysia. Walaupun sibuk dengan latihan dan tournament tetapi wanita yang berusia 30 tahun ini tidak pernah mengabaikan penjagaan kulit wajahnya. Patut lah kulit Siti Safiyah flawless dan tak jemu di pandang.
Jika dahulu jarang kita lihat atlet wanita yang tampil bersolek setiap kali muncul di gelanggang, tetapi kini ramai atlet wanita sudah pandai bergaya. Apabila diajukan pertanyaan tersebut, komen Siti Safiyah, “Setiap atlet mempunyai pandangan tersendiri.
Ada yang konfiden dengan wajah tanpa mekap atau yang dipanggil natural beauty. Tapi macam saya memang sejak remaja memang jenis yang suka jaga kulit. Saya dah biasa bersolek. Lagipun sukan boling ini indoor games jadi kurang berpeluh,” tutur Siti Safiyah.
Nyata Siti Safiyah tidak lokek berkongsi rahsia kulit wajah flawless. “Rahsia untuk memiliki kulit wajah yang sihat dan cantik adalah menggunakan produk yang sesuai dengan kulit. Namun, sebelum saya berjumpa dengan produk penjagaan kulit yang sesuai, banyak kali juga saya mencuba pelbagai jenis produk kecantikan kulit.
Bila dah jumpa yang sesuai, saya maintain menggunakan produk tersebut sehingga sekarang. Macam daily skincare dan mekap yang sama kerana takut kalau saya ubah, kulit saya merekah atau berminyak lebih. Kulit ini kita kena jaga sehingga ke hari tua.
Tip yang boleh saya kongsi lagi adalah jangan terus beli produk. Boleh cuba dengan sample atau guna tester dulu dalam pencarian cari produk yang sesuai dengan kulit. Bila dah benar-benar sesuai baru kita beli,” kongsi Siti Safiyah.
Bagaimana pula jika berada di luar negara? “Kalau saya ada tournament di luar negara seperti Eropah atau negara-negara sejuk yang lain, kadang-kadang kulit saya akan menjadi terlampau kering. Biasanya saya akan bawa body butter sebab body butter tahan lebih lama daripada pelembap biasa.
Even kalau penjagaan kulit muka pula saya akan guna yang jenis kulit kering walaupun saya mempunyai jenis kulit normal. Saya lebih suka berada di negara sejuk berbanding panas sebab cuacanya, mekap macam mana pun tak akan cair.
Apabila usia meningkat kena lebih usaha untuk menjaga kecantikan kulit. Tidak semua wanita beruntung miliki wajah yang cantik. Tetapi tidak bermakna tidak mempunyai wajah yang cantik, kita tidak boleh menjadi cantik. Dengan menjaga kecantikan kulit dan penampilan kita juga boleh tampil cantik,” kata Siti Safiyah yang release stress dengan memandu kereta sambil mendengar muzik.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kagum dengan semangat Datuk Mastura Tan Sri Mohd Yazid dalam menimba ilmu. Mana tidaknya, pada usia 60an dia nekad menyambung pengajian di peringkat Doktor Falsafah atau PhD.