Gaya Hidup

Hati-Hati, 3 BENTUK BADAN Ini Paling Berisiko Diserang DIABETES!

Sedar atau tidak, bentuk badan juga menjadi salah satu punca terjadinya diabetes. Jangan ingat individu dengan berat berlebihan saja berisiko untuk diserang diabetes. Mereka yang berbadan kurus pun turut terdedah. 3 bentuk badan ini paling berisiko. Jadi, berhati-hatilah kalau anda tergolong dalam kategori ini.

  • PERUT BUNCIT

Masalah ini tak hanya dialami oleh mereka yang berbadan besar malah di kalangan orang kurus yang memiliki berat ideal juga. Lemak perut merupakan jenis lemak jahat yang menjadi punca utama perut buncit yang membahayakan kesihatan.

Lemak perut mempengaruhi penghasilan lemak darah. Berlaku kenaikan kolesterol total dan kolesterol jahat (LDL), menurunnya kolesterol baik (HDL) dan resistensi insulin. Keadaan inilah menjadi petanda awal diabetes. Insulin tidak berfungsi secara optimum sehingga menyebabkan glukosa darah meningkat dan tidak dapat masuk ke dalam sel-sel badan.

  • MEMILIKI PINGGANG BESAR

Lelaki dan wanita yang memiliki lilitan pinggang yang besar berisiko lebih tinggi untuk diserang berbagai penyakit kronik antaranya diabetes. Pinggang besar tak hanya dimiliki oleh mereka yang berbadan besar malah yang memiliki berat badan normal pun ada yang berpinggang besar seterusnya berisiko diserang penyakit.

Ukuran lilitan pinggang yang sihat dan ideal bagi seorang wanita Asia ialah kurang daripada 80cm, manakala bagi lelaki kurang daripada 90cm.

  • BERLEBIHAN BERAT BADAN

Ia juga digelar obesiti yang meningkatkan risiko diabetes. Tahukah anda, obesiti merupakan ‘akar’ kepada berbagai masalah kesihatan antaranya penyakit jantung, strok, tekanan darah tinggi dan diabetes. Obesiti juga menjadi faktor nombor satu diabetes berpunca daripada pengumpulan lemak berlebihan yang menyebabkan perubahan metabolism badan.

Perubahan ini menyebabkan jaringan lemak melepaskan molekul lemak ke dalam darah yang mempengaruhi sel responsif insulin dan menyebabkan berkurangnya sensitiviti insulin.

TIP MENURUNKAN RISIKO DIABETES

  1. Jaga pemakanan anda. Banyakkan makan buah, sayuran dan serat. Elak makanan manis dan berlemak. Kawal juga porsi makanan anda.
  2. Banyakkan aktiviti fizikal. Bermula sekarang aktifkan diri anda. Banyakkan bergerak. Tak semestinya perlu melakukan aktiviti berat, asalkan konsisten sekurang-kurangnya 3 kali seminggu selama 30 minit pun memadai.
  3. Lakukan pemeriksaan gula darah secara rutin. Sebaiknya dilakukan sebelum dan selepas makan.

 

IKLAN
Share