Namanya tidak perlu diperkenalkan lagi, kerana sedang berada di puncak setelah mengemudi program hiburan terkemuka di Malaysia iaitu Meletop. Hawa Rizwana Redzuan kini semakin relevan dalam industri apabila mula melebarkan sayapnya dalam bidang lakonan dan penyampai radio pula.
Namun, sebagai seorang selebriti dan public figure meskipun Hawa tidak pernah gagal untuk sentiasa tampil cantik samada di hadapan kaca televisyen mahupun di khalayak umum. Hawa akui bahawa dia juga tidak terlepas dari mengalami masalah kulit seperti wanita lain di luar sana!
Resdung Punca Hawa Ada Masalah Whitehead!
Siapa kata bila bergelar selebriti je wajah bebas dari masalah kulit? Hawa akui sebelum ini dia juga mempunyai masalah bintik-bintik putih (Whitehead) yang kronik. Hijabista sempat bertanyakan tip yang diaplikasikan Hawa untuk menyelesaikan masalah kulit yang dihadapinya itu.
“Hawa ada masalah sebab ada resdung, jadi kadang-kadang ada produk yang tak sesuai dengan muka. Akan naik whitehead dekat hidung terutamanya, tempat yang paling exposed!
“Jadi Hawa akan atasinya dengan cara ini, dulu-dulu Hawa guna putih telur tu. Pukul putih telur tu sampai kembang, lepas tu letak kapas dan tempel dekat whitehead di bahagian hidung, bila pagi Hawa akan cabut. Jadi, memang berkesan dan boleh nampak la whitehead tu memang keluar dari kulit kita,” katanya.
Ads
Sekarang Dah Moden, Ada Produk Yang Khusus Untuk Keluarkan Whitehead – Hawa
Jelasnya lagi, memandangkan sekarang sudah moden dan terdapat lambakan produk kecantikan kulit yang mampu menyelesaikan masalah whitehead ini. Jadi Hawa hanya menggunakan produk yang terjual di pasaran.
Tambahnya lagi, produk yang mempunyai kandungan Glycolic Asid yang tinggi adalah amat baik untuk membantu merawat masalah whitehead yang kronik ini.
Ads
“Tapi sekarang ni ada beberapa produk yang dah ada Instant punya untuk keluarkan whitehead. Whitehead atau blackhead patches. Jadi kita cuma perlu tampal, letak air lepastu kita cabut.
“Tapi Hawa jumpa juga beberapa produk yang ada Glycolic Acid untuk letak dan senang nak keluarkan whitehead tu. Itu lah cara dan tip yang Hawa lakukan setiap kali whitehead mengganas,” seloroh Hawa.
Sebenarnya tak susah pun Nonarians kalau nak cantik ni. Pokok pangkalnya hati, kalau kita dambakan kecantikan dan mahu sentiasa kelihatan cantik, ia perlulah seiring dengan usaha yang dilakukan. Perlu ada kerajinan dan keazaman yang tinggi je.
Sama seperti apa yang dilakukan Hawa ni, atasi masalah kulit dengan cara alami dan homemade sahaja, kemudian bila dah ada solusi lebih mudah. Maka mengapa beri alasan malas untuk cantikkan diri kan? Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari HIJABISTA
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kami sekarang di SINI!
Rambut adalah mahkota wanita serta aksesori yang paling bernilai. Sebaik anda mendandannya, ia boleh menukar keseluruhan penampilan dan wajah anda. Tahukah anda, untuk menjaga rambut juga ada tip dan triknya sendiri. Kebanyakan wanita mengharapkan rambut yang sihat dan lebat namun tidak tahu bagaimana untuk mendapatkan rambut seumpama itu.
PERHATIKAN HUJUNG RAMBUT
Sekiranya anda mempunyai kulit kepala yang berminyak, tidak perlu ditambah perapi lagi. Kulit kepala kita secara semula jadinya merembeskan minyak pada kulit kepala jadi penambahan unsur-unsur luar seperti perapi rambut hanya membuatkan rambut kelihatan berminyak terutamanya jika anda jarang bersyampu.
Untuk kesan terbaik sapu perapi tiga suku daripada bahagian bawah rambut, fokus lebih pada bahagian hujungnya.
SEMBUR BOBBY PIN
Anda sering menggunakan pin rambut dan ia sering menggelungsur jatuh? Gunakan semburan rambut atau syampu kering dan sembur pada pin tersebut sebagai cengkaman tambahan agar stail rambut anda tidak rosak.
Letakkan bobby pin pada kertas tisu, berikan semburan ringan padanya dan biarkan kering sebelum diselitkan pada rambut. Ia dapat membantu pada rambut yang halus, lurus dan nipis.
BERTUKAR KEPADA SUTERA
Bukan menukarkan rambut anda kepada sutera! Gunakan sarung bantal dari fabrik sutera dan satin kerana kelembutan sutera bagai membelai rambut anda ketika tidur berbanding sarung bantal kapas.
Permukaan kain kapas pada sarung bantal membentuk rambut menjadi kurang cantik. Jika menggunakan sarung bantal satin dan sutera, anda sendiri boleh merasa mewah!
URUT KULIT KEPALA
Urut kulit kepala setiap pagi ketika mandi. Ia mungkin membuang masa tetapi ia boleh merangsang pertumbuhan rambut serta menguatkan akar rambut. Jika anda inginkan rambut lebih lebat, mungkin boleh gunakan kaedah ini.
SIKAT SESUAI
Selepas mencuci rambut, gunakan sikat bergigi jarang pada rambut yang basah untuk melepaskan simpulan rambut yang kusut. Anda juga boleh menyediakan sikat gigi jarang ketika menyapu perapi.
KENALI BERUS SIKAT
Paddle brush / berus rambut
Ia merupakan berus rambut paling versatile tertamanya untuk rambut panjang dan lebat. Ia boleh menyikat banyak rambut pada satu masa dan memberi kesan rambut yang lurus dan kemas.
Sikat gerigi jarang
Sikat ini membantu meleraikan kekusutan rambut tanpa menyebabkan kerosakan. Gunakan juga untuk mengurangkan rambut mengerbang.
Sikat gerigi rapat
Untuk merapikan rambut dengan kemas serta penggayaan yang terperinci
Sikat thermal
Sikat ini boleh digunakan bersama penering rambut. Ia memberi kesan mongering lebih cepat dan memudahkan anda memebri ilusi kerinting dari bahagian bawah rambut.
Half radial brush
Berfungsi untuk membuat bahagian rambut masuk ke dalam. Ia biasanya digunakan untuk rambut jenis kerinting atau ikal.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dia sememangnya seorang wanita yang cantik! Dikurniakan hidung mancung, sepasang mata cantik, bibir mungil dan kening cantik terukir, pesona aktres popular Filipina ini nyata memukau. Berusia 37 tahun, raut wajah sempurna dan penampilan langsing Marian mampu membuatkan peminat memandangnya berkali-kali. Tak hairanlah ibu dua anak ini pernah dinobat selebriti wanita paling seksi di Filipina lebih daripada tiga kali.
Lahir pada 12 Ogos 1984 di Madrid, Sepanyol, anak kepada Francisco Javier Gracia Alonso dan Amalia Revera ini bukan calang-calang wanita. Dia memiliki pendidikan dalam Ijazah Sarjana Muda Psikologi dari De La Salle University Dasmarinas.
Bapa Marian merupakan warganegara Sepanyol manakala ibumnya pula rakyat Filipina. Disebabkan perkahwinan campur tersebut, Marian mampu bertutur dalam tiga bahasa iaitu Sepanyol, Inggeris dan Tagalog.
Bakat Marian juga mula bersinar selepas kejayaan drama Marimar, Dyesebel, Amaya dan Temptation of Wife. Bahkan Marian juga ada bakat menyanyi.
Bersandarkan latar belakang dan populariti Marian, dia terpilih menjadi antara panel ahli jawatankuasa di pertandingan ratu cantik Miss Universe 2021 baru-baru ini. Kongsi Marian, “Honored to be part of the 70th Miss Universe selection committee. Truly a great experience I’ll never forget. Thank you for the wonderful time ladies and congratulations to all of you.”
Miss Universe 2021 dihoskan oleh Steven Harvey dan merupakan kali keenam dia mengacarakan pertandingan berprestij berkenaan. Sebelum ini Steven Harvey menjadi pengacara Miss Universe untuk tahun 2015, 2016, 2017, 2018, dan 2019.
Selain itu, anak perempuan Steve Harvey iaitu Lori Harvey turut menjadi Ahli Jawatankuasa 70th Miss Universe. Memetik kenyataan rasmi Miss Universe, Lori Harvey mengadili pertandingan itu bersama beberapa personaliti dunia antaranya pelakon Puerto Rico Adamari Lopez, model Brazil iaitu Adriana Lima, Iris Mittenaere yang juga Miss Universe 2016, pelakon Filipina Marian Rivera dan aktres India, Urvashi Rautela.
Kredit foto: Instagram Marian Rivera
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sophia Latjuba antara artis yang sering mendapat pujian kerana penampilannya yang awet muda.
Ternyata, usia sekadar angka bagi pelakon, penyanyi dan model ini. Kulit wajah kekal glowing dan kurang kedutan.
Pada 8 Ogos 2023 genaplah usia selebriti kelahiran Berlin ini yang ke-53 tahun.
Berusia lebih setengah abad, penampilan ibu kepada dua anak ini masih menawan dan awet muda.
Pada hari lahirnya, Sophia berkongsi beberapa foto peribadi di Instagram peribadinya yang mencecah 3.5 juta pengikut.
Walaupun kelihatan seperti baru bangun tidur, wajah Sophia tetap cantik dengan rambutnya yang kusut masai.
“Bangun pagi ini berasa sangat bersyukur.
“Terima kasih untuk satu tahun pengalaman dan pertemuan menakjubkan yang mengajar saya tentang penerimaan, tujuan, kekuatan, kebijaksanaan dan rahmat,” tulis Sophia dalam hantarannya di Instagram.
Sophia juga kelihatan sangat gembira dan berjanji untuk menjadi seorang yang lebih baik.
Hantaran itu telah menarik menarik perhatian para peminat serta pengikutnya.
Ajal maut, jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Tanggal 5 Disember 2025 pastinya menjadi tarikh yang tidak mungkin dilupakan Datin Seri Zizie Izette apabila suami tercinta dijemput ilahi. Tidak bersedia menerima pemergian insan kesayangan apatah lagi ketika itu dia berada di Semenanjung, figura popular ini bagaimana pun akur dengan takdir dan ketentuan ilahi.