Industri kecantikan dan kesihatan dunia bergerak pantas. Nilai kepesatan industri ini dianggarkan mencecah RM151 bilion (£26.7 billion) pada tahun 2022 dengan pelbagai kaedah serta penemuan saintifik kecantikan baru diperkenalkan.
Begitu banyak petua kecantikan atau beauty hacks yang meraih tontonan tinggi di atas talian, terutama sekali menerusi platform media sosial seperti TikTok, Instagram dan sebagainya.
Namun tahukah anda, tidak semua petua tersebut selamat dicuba? Pendedahan pakar estetik dari Vera Clinic, Dr Waleed Taleb, antara yang patut menjadi perhatian para pencinta kecantikan.
Skin Icing
Kiub ais diratakan ke seluruh muka
Trend penjagaan kulit terbaharu yang menjanjikan keserian wajah ini telah mendapat tontonan 10.3 juta di TikTok. Dengan meratakan kiub ais ke seluruh muka, ia dikatakan mampu mengecilkan pori-pori sekaligus menjadikan wajah ‘terbentuk cantik’ dan anjal.
Sungguhpun kedengaran biasa tapi hakikatnya, perubahan suhu yang mendadak pada kulit boleh membuatkan kulit merengsa serta kemerah-merahan. Sebaik-baiknya dapatkan saranan pakar sebelum dicuba.
Slugging
Jeli petroleum dijadikan masker dan dibiarkan semalaman (Foto: Getty Images)
Satu lagi trend yang viral ialah ‘slugging’. Ia bermaksud melumur wajah dengan Vaseline seperti masker dan dibiarkan semalaman untuk melembapkan kulit. Beauty hacks ini telah mendapat 117.1 juta tontonan di TikTok.
Ads
Tapi sayangnya, Vaseline atau produk jeli petroleum boleh menyumbat liang pori dan membuatkan jerawat tumbuh semakin banyak. Adalah lebih sesuai menggunakan krim pelembap malam yang sesuai untuk jenis kulit anda.
Microneedling
Rawatan menggunakan derma roller di rumah
Microneedling merupakan rawatan kecantikan menggunakan derma roller untuk mencucuk kulit menggunakan jarum-jarum halus. Ia dikatakan baik untuk meregenerasi kolagen agar kulit tampil lebih lembut dan tegang.
Dengan capaian 364.9 juta tontonan, rawatan microneedling tanpa pengawasan pakar sebenarnya berisiko tinggi. Ia boleh mengakibatkan reaksi alahan daripada krim atau serum yang dioles (selepas rawatan microneedling) dan luka yang terhasil boleh terinfeksi jika tidak dijaga dengan betul.
Selain itu, cucukan jarum juga boleh menyebabkan iritasi dan kegatalan kulit. Pastikan anda mengambil tahu tentang kesan-kesan sampingannya sebelum memulakan prosedur.
Ads
Urutan Gua Sha
Gua sha tradisional biasanya terbuat daripada tanduk lembu
Teknik yang kian popular sebagai langkah terakhir dalam rutin kecantikan. Urutan gua sha dikatakan baik untuk melicinkan kulit, menganjalkan dan melambatkan penuaan.
Dengan tontonan mencecah 92 juta, peralatan gua sha yang kebiasaannya diperbuat daripada batuan kristal ini hakikatnya belum dibuktikan kesahihannya secara klinikal.
Ads
Menggunakan ubat gigi
Dengan harapan dapat meredakan jerawat dan cela gelap, petua menggunakan ubat gigi pada kulit sebenarnya tidak berkesan. Kandungan ubat gigi itu sendiri akan mengeringkan kulit dan menyebabkan iritasi. Tak berbaloi mencubanya!
Buat sendiri masker muka
Begitu banyak perkongsian DIY masker dan skrub muka mudah menggunakan bahan-bahan dapur seperti lemon, madu, gula dan kopi. Nah, meskipun semua bahan di atas tidak menjejaskan kulit namun tekstur eksfoliasi yang terhasil (daripada gula contohnya) boleh membuatkan kulit berubah kasar.
Lebih baik gunakan masker atau skrub yang dijual di farmasi. Ia bekerja lebih efisien dan selamat untuk wajahmu!
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang tidak suka dengan rasa beras perang. Mungkin kerana kurang kanji menyebabkan beras ini tidak begitu digemari. Tetapi, untuk jaminan kesihatan dan kehidupan yang lebih cergas, beras perang ini patut jadi kawan baik anda ketika makan.
Hasil penyelidikan, didapati beras perang amat sesuai untuk mereka yang ingin mengawal paras gula dalam darah, selain memberikan rasa kenyang yang lebih lama.
Beras perang atau turut dikenali sebagai brown rice, unpolished rice dan hulled rice memerlukan air yang lebih banyak serta masa yang lebih panjang untuk memasaknya. Berbanding beras putih, butir nasinya lebih peroi, kenyal, sedikit keras dan mempunyai rasa yang lebih berkacang.
Proses penghasilan beras perang dilakukan setelah kulit padi dikupas, kemudian jika dibuang saki-baki selaput perang (germa) yang terdapat padanya, akan terhasil pula beras putih seperti yang biasa dijual di pasaran.
Zat nutrien beras perang sememangnya lebih tinggi berbanding beras putih. Selaput perang yang menyaluti beras ini kaya dengan zat galian seperti zink, magnesium dan fosforus, beberapa jenis vitamin, sedikit protein dan minyak.
Minyak yang terkandung pada selaput tersebut pula dikenali sebagai rice bran oil, yang dikatakan membantu menurunkan paras kolesterol LDL dalam darah. Selain itu, metabolisme pengamal beras perang juga akan meningkat ketika proses penghadaman kerana banyak tenaga dipakai untuk mencernakan nasi yang masih keras dan berselaput itu.
MANFAAT
Merendahkan risiko penyakit diabetes jenis ke-2.
Mengandungi mineral manganese sebagai bahan anti-pengaratan dalam tubuh badan.
Mempunyai selenium dan fiber sebagai anti-kanser.
Mengekalkan berat badan yang ideal.
Mengurangkan kolesterol dalam badan.
Sesuai dimakan oleh orang yang ingin mengurangkan berat badan.
Sesuai untuk wanita yang menopaus (menjaga jantung dan darah tinggi).
Mengandungi vitamin B1, B2, B6, zat besi dan folat.
Kalsium yang lebih tinggi berbanding beras putih.
Secawan beras perang memberikan anda 88% magnesium yang diperlukan tubuh. Mineral ini penting untuk sistem saraf, mengawal paras kolesterol badan selain penghasilan hormon seks.
Kewujudan selaput perang ini juga (majoritinya serat) membuatkan kadar indeks glisemik untuk nasi beras perang adalah lebih rendah berbanding nasi putih, dan amat sesuai buat mereka yang ingin mengawal paras gula dalam darah agar tidak naik terlalu mendadak selepas makan.
Ada yang mengatakan kalori dan kanji untuk sehidangan nasi beras perang lebih rendah berbanding nasi putih. Namun sebenarnya kedua-dua jenis nasi ini adalah dua benda yang sama, hanya yang membezakannya adalah selaput germa nipis yang menyalut beras perang.
Justeru, manfaat sebenar yang diperoleh tubuh adalah melalui selaput perang ini dan bukannya menerusi pengurangan kalori atau kanji seperti yang sering didakwa.
FAKTA
Alasan utama mengapa beras perang diproses ialah untuk memanjangkan jangka hayat simpanannya. Minyak semula jadi dalam selaput beras perang akan rosak dalam tempoh 6-8 bulan, manakala beras putih dapat bertahan sehingga 10 tahun.
Nasi putih dengan kadar serat yang rendah lebih sesuai untuk mereka yang mempunyai sistem penghadaman yang lemah serta sedang pulih daripada sakit.
Kredit foto hiasan: Instagram Zulin Aziz
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Di sebalik kemeriahan majlis akad nikah Yang Amat Mulia Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah dan FD Idzham, salah seorang jelitawan yang turut menjadi perhatian ialah Yang Hormat Mulia (YHM) Cik Puan Panglima Puteri Suraiya Afzan.
Penampilan Puteri Suraiya Afzan kelihatan cukup anggun di samping suami tercinta, Tengku Amir Nasser. Beliau mengenakan persalinan kurung indah rona pastel lengkap berhijab polos warna sedondon.
Duduk bersebelahan suami kesayangan ketika upacara ijab kabul berlangsung, wajah klasik dan jelita Puteri Suraiya Afzan meraih tumpuan. Terserlah gaya classy dan elegan ibu kepada tiga orang cahaya mata ini.
Difahamkan untuk majlis pernikahan Tengku Puteri Afzan Aminah Hafidzatullah, Puteri Suraiya Afzan mendapatkan khidmat solekan daripada jurusolek popular, Najeeb Azami. Begitu juga ibundanya, Yang Amat Mulia (YAM) Tengku Puteri Seri Lela Manja.
Tengku Amir berkahwin dengan jelitawan ini yang merupakan anakanda kepada YAM Tengku Puteri Seri Lela Manja Tengku Dato’ Hajah Nong Fatimah Sultan Haji Ahmad Shah.
Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 19 Disember 2013. Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Tengku Adam Ibrahim Shah, Tengku Sulaiman Abdullah Shah dan Tengku Nuh Mohamed Shah.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Beruntung Datin Wong Mew Choo dikurniakan empat lelaki istimewa dalam hidupnya. Berkahwin dengan jaguh badminton tanah air iaitu Datuk Wira Lee Chong Wei pada 10 November 2012, rumah tangga Datin Mew Choo yang juga bekas pemain badminton wanita ini lebih bermakna dengan kehadiran tiga orang cahaya mata lelaki!
1 Mei lepas isteri kepada Datuk Chong Wei berkenaan genap meniti usia 40 tahun. Sepanjang berkahwin dengan bekas atlet kesayangan ramai itu, Datin Mew Choo sentiasa menjadi tulang belakang dan setia di sisi suami tercinta.
Sedekad mendirikan rumah tangga, jelitawan ini tidak pernah menjaja kisah peribadi kepada khalayak dan cukup menjaga reputasi suami. Beruntung Datuk Chong Wei!
Walau sibuk menguruskan tiga anak kecil yang juga lelaki dan suami, Datin Wong Mew Choo kelihatan masih anggun dan ‘fit’.
Melihat peribadi dan penampilan figura ini, dia bukan hanya seorang wanita yang ringkas dan low profile.
Malah sering tampil bersederhana meskipun suami terkenal dan berstatus bekas jaguh sukan di peringkat antarabangsa.
Menzahirkan rasa syukur dan terharu dengan pengorbanan isteri, Datuk Chong Wei menerusi media sosial pernah menitipkan ucapan istimewa buat Datin Mew Choo.
Pasangan ini berkahwin pada 9 November 2012 dan mereka menerima kehadiran cahaya mata ketiga pada 29 November 2022. Ketiga-tiga anak bekas atlet ini ialah Kingston, dan Terrance, dan Anson.
Pendapatan yang diraih pemain bola sepak ternama, Achraf Hakimi ini bukan calang-calang. Memetik laporan Capology, dia disenaraikan antara pemain bola sepak di Paris yang menerima bayaran paling mahal iaitu £247,053 atau lebih RM1.4 juta seminggu! ...