Pesona Marion Rose Caunter Abdullah sememangnya sudah terserlah sejak dia bergelar pengacara, DJ dan model suatu ketika dulu. Kepetahannya berbicara, dikurniakan susuk tubuh menawan dan rupa paras cantik menjadikan Marion antara pengacara bukan Melayu yang diminati masyarakat. Keanggunan wanita berusia 39 tahun ini kian bersinar selepas dia memeluk agama Islam dan berkahwin dengan pewaris Naza Group, SM Nasaruddin SM Nasimuddin pada Disember 2010.

Hampir sembilan tahun bergelar isteri, Marion juga berbangga kerana dia kini memegang status ibu kepada tiga orang anak. Tapi kalau tengok bentuk tubuh Marion… tak ubah seperti anak dara. Pendek kata, ramping dan sangat bergaya.

IKLAN

Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je

Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je

Meskipun sudah beranak tiga namun kecantikan Marion tetap memukau pandangan. Memiliki pinggang bak kerengga dan bertubuh tinggi lampai, apa juga persalinan yang tersarung di badannya nampak terletak sempurna. Untung suami!

Kalau anda tercari-cari inspirasi untuk sentiasa tampil mempersona walau mempunyai anak kecil dan ramai… Marion adalah salah satu contoh terbaik. Kesungguhan anak jati Pulau Pinang ini mementingkan penampilan, seharusnya diberi pujian. Iyalah, bukan senang hendak nampak cantik selalu. Terutamanya bila sudah ada bergelar ibu dan ada anak. Rutin hidup wanita akan berubah sepenuhnya.

Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je

Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je

Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je

Tambahan pula, Marion dan suami gemar melancong ke luar negara bersama anak-anak. Dalam sibuk menguruskan anak dan suami pun dia mampu tampil bergaya. Kagum! Sama ada bercuti di tepi pantai atau bandar, Marion bijak mengenakan pakaian yang sesuai bukan saja untuk dirinya bahkan seisi keluarga. Dia juga akan memastikan persalinan sedondon atau sekurang-kurangnya corak yang sama untuk ketiga-tiga anak dan suami.

Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je

IKLAN

Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je Ibu Anak 3… MARION CAUNTER Tetap Langsing & Vogue! Pakai Apa Pun Cantik Je

Melihat cita rasa elegan Marion, jelitawan ini turut dilihat menjinjing beg tangan berjenama mewah. Antara koleksi beg tangan yang pernah digayakan Marion seperti Christian Dior, Chanel, Louis Vuitton, dan seangkatan dengannya. Begitu juga aksesori lain termasuk kasut, baju, jam tangan dan cermin mata hitam… semuanya dari label fesyen antarabangsa.

Selain tertarik dengan fesyen Marion, pemilik salun rambut Hair Play ini juga sebenarnya rajin bersenam. Jadi tidak hairanlah macam mana Marion boleh kekalkan bentuk badan ideal seperti zaman anak dara walaupun sudah ada anak tiga.

IKLAN

 

Kredit foto: Instagram Marion Caunter

 

 

 

 

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI