Gelombang ketiga pandemik COVID-19 di Malaysia kini mencetuskan kebimbangan. Kadar kes yang kian meningkat setiap hari jelas menunjukkan ianya tiada tanda-tanda untuk pulih. Secara tak langsung, permintaan terhadap tenaga petugas barisan hadapan juga kian bertambah.
Setiap hari mereka bertarung nyawa dan berdepan risiko jangkitan. Maka, sama-samalah kita akur dengan arahan dan mengamalkan SOP yang disarankan agar dapat meringankan beban para petugas barisan hadapan. Selain tanggungjawab terhadap masyarakat, mereka juga punya keluarga yang harus dilindungi.
Dr Kathreena Kadir atau mesra digelar sebagai Dr Kath salah seorang petugas kesihatan yang komited dan dalam masa sama perlu berhadapan risiko jangkitan COVID-19.
Dilahirkan di Kota Kinabalu, Sabah Dr Kath merupakan ibu kepada dua anak berusia antara 8 dan 3 tahun. Dr Kath merupakan pensyarah kanan di Jabatan Sains Klinikal Mulut & Maksilofasial, Fakulti Pergigian, Universiti Malaya.
Di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), beliau merupakan pakar perunding bagi pesakit yang mengalami kanser mulut. Menariknya, Dr Kath adalah anak jati Sabah pertama memiliki kepakaran dalam bidang diceburinya.
“COVID-19 sangat mudah berjangkit terutama melalui sentuhan langsung ke bahagian mulut, hidung dan mata, serta aerosol. Golongan doktor pergigian mencatatkan peratusan risiko tertinggi untuk dijangkiti! Kami merupakan golongan health care workers yang paling berisiko tinggi kerana bekerja secara langsung di mulut dan muka pesakit dalam jarak yang sangat dekat.
Ads
Pesakit yang berkemungkinan positif COVID-19 tetapi tidak menunjukkan sebarang gejala masih boleh menjangkiti orang lain. Maka, kami lebih extra cautious. Setiap pesakit disaring terlebih dulu iaitu dicatatkan suhu badan dan sejarah perjalanan.
Ancaman ini menjadi lebih teruk apabila ada segelintir pesakit yang tidak mahu berterus terang tentang sejarah perjalanan mereka. Every patient is a suspect, even though without travelling history or not showing any sign and symptoms. Everyone that walks through the door is considered as high risk.
Sejujurnya, the world of Dentistry will never be the same again after COVID-19. Walaupun setelah PKP tamat, pandemik ini masih memerlukan masa yang lama untuk pulih. Setiap pesakit yang datang untuk terima rawatan masih dalam kategori disyaki. We need to protect ourselves.
PESANAN BUAT RAKYAT MALAYSIA
Walaupun dengan hanya duduk di rumah anda sebenarnya memainkan peranan sangat besar dalam membantu para petugas barisan hadapan yang setiap saat bertarung nyawa menguruskan pesakit-pesakit COVID-19.
Ads
Hentikan sikap tidak endah atau ‘Tidak apa, sebab bukan aku yang kena.’ Hargai usaha kerajaan dan patuh setiap arahan. Laksanakan tanggungjawab bersama di saat getir ini.
Ingatlah, frontliners bekerja dalam keadaan berisiko tinggi untuk diri sendiri dijangkiti. Kami juga manusia biasa seperti orang lain yang punya keluarga yang perlu dilindungi.
Buat rakan-rakan seperjuangan, usah gentar. Have faith that it is His decision to choose heroes amongst us. Today we learn that not all heroes wear capes, yet the best heroes’ wears mask and face shields.
Berjuanglah di medan perang ini bersama-sama, semoga kita tidak jatuh! Semoga Allah SWT sentiasa melindungi dan memberkati setiap amalan baik kita.
Ads
SOKONGAN SUAMI
Saya bertuah kerana memiliki suami yang merestui dan mendorong saya untuk berjaya dalam bidang ini. Suami pernah ‘melepaskan’ saya pergi menjalani latihan sub kepakaran di Shanghai, China selama 12 bulan.”
Dr Kath memulakan kerjaya pada tahun 2005 setelah tamat Ijazah dasar Bachelor of Dental Surgery (BDS), Fakulti Pergigian, UM. Kemudian berkhidmat di Sabah selama empat tahun sebelum kembali ke UM bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Klinikal Pergigian (Master of Clinical Dentistry) dengan kepakaran dalam Pembedahan Mulut & Maksilofasial (Oral & Maxillofacial Surgery).
Setalah tamat pengajian beliau diserap masuk ke Fakulti Pergigian UM sebagai ahli akademik (pensyarah pargigian) dari tahun 2013 sehingga kini.
Kredit Foto: Instagram & Koleksi Peribadi Dr Kathreena Kadir
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kelibat Ruby Che Wan, adik kepada Rozita Che Wan sedikit sebanyak mencuri perhatian peminat Che Ta lebih-lebih lagi apabila mengikat tali perkahwinan dengan Lan Pet Pet. Melihat penampilannya yang sudah berubah kini, tertanya-tanya bagaimana wanita ini melakukan penghijrahan.
“Saya melakukan transformasi diri dengan melabuhkan sedikit tudung selepas pulang daripada mengerjakan haji tahun lalu. Perubahan ini berlaku apabila saya terfikir sudah beberapa kali mengerjakan umrah namun apabila tiba masa mahu meninggalkan tanah suci timbul rasa tidak seronok.
Apabila saya berada di tanah suci dan kembali ke Malaysia umpama berada dalam dua dunia yang berbeza. Sepatutnya ke mana sahaja kita berada amalan dan pakaian kita adalah sama.
Oleh itu sejurus pulang daripada mengerjakan haji tahun lalu saya nekad untuk mengubah penampilan. Penghijrahan ini bukan untuk menunjuk alim dan sebagainya tetapi mahu menyarung pakaian yang boleh di bawa solat tidak kira masa dan tidak kira tempat,” terang ibu kepada empat orang anak ini.
Tambah wanita yang mudah mesra ini, setiap kali menemani suami menghadiri majlis tertentu ramai wanita yang bertanya tentang pakaian yang tersarung di tubuhnya. “Memang baju dan tudung yang saya pakai sekarang tidak ada dijual di mana-mana. Rekaannya saya buat sendiri dan jahit sendiri.
Dahulu saya memang tidak suka menjahit dan hanya tahu mereka pakaian sahaja. Akibat takut tukang jahit tidak faham keinginan saya justeru saya jahit sendiri. Benar kata orang jika kita buat sesuatu dengan bersungguh-sungguh pasti akan berjaya,” bicara Ruby yang belum terfikir untuk memasarkan baju rekaannya itu.
Di samping menguruskan perjalanan seni suaminya, Ruby juga sibuk menguruskan syarikatnya, RCW Beauty Empire yang terkenal dengan produk Lotion Putih Ajaib. Bercerita tentang perniagaan yang berasaskan kecantikan yang terlalu banyak persaingan kini, Ruby positif memandang setiap cabaran.
“Memang sekarang semua orang mahu berniaga. Ada yang berhenti kerja untuk membuka perniagaan berasaskan kosmetik dan ada juga dahulu yang bergelar agen atau stockist yang sudah membina jenama sendiri.
Bagi saya semua itu adalah persaingan yang sihat dalam perniagaan. Namun, apa yang saya utamakan adalah kualiti produk saya. Melalui penyelidikan dan pembangunan yang teliti produk tersebut baharu kita boleh mendapat kualiti yang terbaik. Sebagai pengguna pula mereka perlu berhati-hati memilih produk yang terbaik untuk kulit mereka,” ungkap bekas perancang kewangan ini.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menarik perkongsian Datin Belina Abdul Hamid yang mesra disapa sebagai Datin Belina ini. Maka tak hairanlah anak-anak sangat akrab dengannya walaupun beliau menyifatkan dirinya seorang ibu yang tegas.
Berusia 34 tahun, Datin Belina merupakan ibu kepada tiga cahaya mata iaitu Shahputra Nasri berusia 10 tahun, dan sepasang anak kembar perempuan iaitu Shahirah Safiyya dan Shahirah Silfiyya, masing-masing kini berusia enam tahun.
“Setiap hari saya akan suapkan makan semua anak dengan tangan seperti mana yang diajar oleh ibu saya sendiri. Amalan ini dapat mengeratkan ikatan kasih sayang dan ikatan adik beradik.
Alhamdulillah berkat amalan itu hubungan saya dan adik beradik akrab sampai ke hari ini. Itulah yang cuba saya terapkan terhadap anak-anak agar keakraban itu kekal sampailah mereka dewasa nanti.
Saya percaya air tangan ibu sangat berkat dalam kehidupan seorang anak. Walaupun ada pembantu rumah tetapi memasak dan menguruskan anak-anak tetap menjadi tugas utama saya. Ini juga antara pesanan ibu saya sejak kecil.
Selain memasak, jangan kedekut dengan jiran tetangga. Selalunya saya akan masak lebih untuk sedekah kepada jiran-jiran. Sama-sama kongsi rezeki.”
Datin Belina turut mengamalkan solat berjemaah setiap hari bersama suami dan anak-anak.
DIDIK ANAK HIDUP BERSEDERHANA
Saya dan suami menerapkan cara hidup Islam dalam mendidik anak-anak. Kami banyak membaca dan merujuk buku-buku berkaitan cara-cara didikan Islam termasuk amalan Rasulullah SAW.
Manakala dari segi pendidikan pula kami sangat tegas. Kalau waktu bermain mereka bebas bermain tapi kalau waktu belajar mereka perlu fokus betul-betul. Saya seorang ibu yang sangat tegas maka anak-anak mudah mendengar kata.
Satu lagi didikan kami ialah mengajar anak-anak agar tidak bermewah-mewahan. Kami ajar anak-anak bagaimana susahnya untuk mendapatkan sesuatu. Kena usaha sendiri dan hidup bersederhana.
INSPIRASI WANITA LAIN
Untuk masa depan anak-anak, saya dan suami mendoakan agar mereka berjaya dalam apa jua bidang yang diminati.
Sebagai ibu bapa kami tak boleh memaksa asalkan mereka menjadi insan berguna di dunia dan akhirat.”
Walaupun bergelar suri rumahtangga sepenuh masa, Datin Belina turut menjadikan wanita lain sebagai sumber inspirasi terutama wanita yang bekerja.
Apa yang membuatkan Datin Belina kagum ialah kebolehan mereka dalam menguruskan hal kerjaya, keluarga dan diri sendiri.
Kredit Foto: Instagram belina_hmd
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mudah dan sarat penghayatan, ini 7 cara ringkas wanita boleh sambut Maulidur Rasul dengan penuh makna.
Tarikh 12 Rabiulawal 1447H bersamaan 5 September 2025, umat Islam seluruh dunia menyambut Maulidur Rasul yakni hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad ﷺ, insan agung yang membawa rahmat buat sekalian alam.
Bagi wanita, sambutan ini bukan sekadar mengenang tarikh sejarah, tetapi ruang untuk menyulam cinta, meneguhkan iman, dan menyalakan kembali semangat meneladani Baginda dalam kehidupan seharian.
Dalam kesibukan dunia moden, sambutan yang paling indah bukanlah yang gemerlap dengan perarakan atau laungan semata, tetapi lahir dari hati yang ikhlas mencintai Rasulullah ﷺ.
Inilah 7 cara ringkas, tetapi penuh makna yang boleh dilakukan setiap wanita sebagai tanda kasih dan rindu kepada Baginda.
1. Perbanyakkan selawat
Setiap kali bibir menyebut nama Rasulullah ﷺ, ada ketenangan yang menyapa hati, seolah-olah kita sedang mendekatkan diri dengan Baginda. Hari istimewa ini, perbanyakkan selawat dengan sepenuh jiwa.
2. Hidupkan sunnah dalam kehidupan seharian
Sama ada sekecil memberi salam, senyum dengan tulus, atau menjaga adab dalam keluarga, semua itu adalah warisan cinta daripada Rasulullah ﷺ.
3. Membaca sirah dan hadis
Setiap lembaran sirah adalah cermin yang mengajar kita erti kesabaran, kasih sayang dan pengorbanan. Isi waktu anda dengan menghayati kisah hidup dan perjuangan Baginda Rasulullah.
4. Hulurkan sedekah walau sedikit
Senyuman yang ikhlas, perkongsian makanan atau bantuan kecil kepada jiran adalah bukti nyata cinta yang diterjemahkan dalam perbuatan. Hulurkanlah sedikit wang atau bantuan berupa makanan pada hari Maulidur Rasul ini.
5. Luangkan masa untuk zikir dan muhasabah
Dalam keheningan doa, kita menilai diri dan memohon agar diberi kekuatan untuk mencontohi akhlak Baginda.
6. Hadiri atau adakan majlis ilmu sederhana
Sama ada bacaan surah bersama anak-anak atau mendengar ceramah ringkas, ia menyalakan cahaya ilmu dalam keluarga.
7. Sambut dengan sederhana, berlandaskan syariat
Elakkan pembaziran dan berlebih-lebihan. Rasulullah ﷺ sendiri mengajar bahawa keindahan itu lahir daripada kesederhanaan dan keikhlasan hati. Tak semestinya keluar perarakan baru hidup semangat cintakan Baginda!
Wanita adalah nadi lembut yang mampu menyemai kasih Rasulullah ﷺ dalam keluarga dan masyarakat. Maulidur Rasul kali ini, biarlah bukan sekadar tarikh yang kita raikan, tetapi momentum untuk menghidupkan sunnah, menguatkan cinta, dan membawa kedamaian dalam kehidupan seharian.
Kerana sebaik-baik sambutan, adalah bila Rasulullah ﷺ hadir dalam hati, akhlak, dan amal kita setiap hari. Salam Maulidur Rasul buat semua pembaca Nona yang dikasihi, semoga kita semua mendapat syafaat Nabi Muhammad di akhirat kelak.
Meskipun Mira Filzah merupakan selebriti terkenal tanah air dan cukup sebati dengan dunia fesyen namun aktres jelita ini mengakui ibu mentua, Datuk Mastura Yazid lebih pandai bergaya dan berani mencuba pelbagai warna dalam fesyen harian berbanding dirinya.