Hiasan Dalaman ELEGAN Penuh Sejarah, Cipta Keunikan ROYAL SELANGOR dan Victoria & Albert Museum

Kerjasama antara Royal Selangor dengan Victoria & Albert Museum (V&A), muzium terkenal dengan seni reka bentuk sejak 1996 telah menampilkan koleksi hiasan dalaman rumah elegan tetapi penuh sejarah. Kerjasama ini telah ditingkatkan melalui koleksi streamline  dan William Morris.

Streamline,

hiasan kediaman kontemporari diilhamkan daripada gerakan seni Art Deco yang merangkumi zaman perkembangan pesat 1920-an dan zaman kemelesetan 1930-an. Reka bentuk bulat membangkitkan kecantikan seni geometrik yang digemari oleh Marion Dorn, pereka tekstil terkenal abad ke 20. Hasil rekabentuk beliau menghiasi hotel-hotel mewah seperti The Berkeley, Claridge’s dan The Savoy.

Koleksi ini menampilkan reka bentuk dikur pada permukaan piuter yang terang, bagaikan permukaan berkilau di rumah mewah, kelab malam dan kelab jazz. Koleksi ini terdiri daripada dulang valet, dulang pelayan, kotak hiasan, loket, tepak lilin, hip flask dan pendingin botol.

William Morris Royal Selangor menampilkan keindahan alam semulajadi dalam koleksi aksesori terkini. Koleksi ini diilhamkan oleh William Morris, pereka tekstil, artis, penulis dan sosialis yang terkenal. Koleksi ini pula terdiri daripada decanter pendingin botol, skru pencungkil gabus, corong wain, penahan botol dan foil cutter.

Koleksi Streamline dan William Morris ini boleh didapati di mana-mana butik Royal Selangor di seluruh Malaysia.ROSMAH IDAYU ABU SAMAH

IKLAN
Share