Hidup Mewah Atas Usaha Sendiri, USAHAWAN GLAMOR Ini Sejak Kecil Sasar Bergelar LADY BOSS

Selalunya kita melihat wanita muda dan cantik, hidup dilimpahi kemewahan, bercuti ke sana ke sini sambil menjinjit beg tangan yang berharga umpama sebuah rumah banglo, pasti berkahwin dengan kerabat diraja atau pun menjadi isteri jutawan. Namun, tidak semua wanita yang mahu hidup mewah disebabkan orang lain dan ada yang berusaha keras dengan hasil titik peluh sendiri.

Foto: Instagram @mariam
Foto: Instagram @mariam

Mariam Rod membuktikan tidak semua wanita cantik mengharapkan harta dari seorang lelaki. Wanita cantik yang mempunyai seramai 1.1 juta pengikut di laman Instagram ini pada mulanya hanya seorang gadis biasa yang membesar di Australia. Ketika usianya 20 tahun, wanita cantik ini telah mengubah hidupnya apabila nekad berhijrah ke Dubai. Mungkin jika Mariam Rod masih berada di Australia hidupnya tidak semewah seperti sekarang ini.

Foto: Instagram @mariam
Foto: Instagram @mariam

Wanita yang berusia 33 tahun ini, membina kerjaya dalam bidang hartanah sebaik sahaja menjejakkan kaki ke Dubai. Selama 7 tahun berkecimpung dalam bidang ini dan memiliki 3 agensi hartanah sendiri, wanita ini mampu mencipta pendapatan yang lumayan. Namun kehidupan Mariam Rod benar-benar berubah apabila mula mencipta nama di media sosial.

Mariam Rod dah sampai KILIM Geoforest Park, Langkawi Foto: Instagram @mariam

Wanita yang dilahirkan di Sydney ini juga tidak percaya apa yang dialaminya. Mariam Rod tak sangka telah dibayar dengan nilai yang besar hanya dengan mempromosi produk kecantikan, fesyen dan memperaga beberapa jenama mewah. Mariam Rod juga bijak mengambil kesempatan apabila melancarkan jenama bajunya sendiri setelah namanya berada di puncak.

Foto: Instagram @mariam
Foto: Instagram @mariam

“Saya memang seorang wanita yang bercita-cita tinggi dan sejak kecil lagi tak mahu bekerja makan gaji dan mahu bergelar Lady Boss,” kata Mariam Rod tentang dirinya. Wanita ini juga bercita-cita mahu bergelar sebagai seorang Billionaire.

Foto: Instagram @mariam
Foto: Instagram @mariam

Menurutnya kebanyakan Billionaire mempunyai 7 punca pendapatan. Buat masa sekarang Mariam Rod sudah mempunyai 4 punca pendapatan iaitu pelaburan saham, hartanah, gedung pakaian secara online dan sebuah perniagaan lain. Bermakna lagi 3 punca pendapatan yang harus diraihnya untuk bergelar Billionaire.

Foto: Instagram @mariam
Foto: Instagram @mariam

Mariam Rod memang suka melancong dengan penuh gaya mewah. Bagaimana pula dia mengekalkan kecantikan akibat selalu ‘terbang’ di udara. “Saya tak pernah lupa membawa syampu (dry shampoo) kalau melancong. Berada dalam pesawat dalam tempoh lama boleh membuatkan rambut leper dan berminyak.

Foto: Instagram @mariam
Foto: Instagram @mariam

Saya juga akan membawa topeng muka (hydrating face mask) dan item cantik yang wajib dibawa ke mana-mana adalah lipstik. Hanya secalit lipstik akan membuatkan ada segar dan nampak cantik,” kata Mariam Rod yang mempunyai darah Parsi ini.

Banyak barang-barang menarik boleh tengok kat sini tau!

Foto: Instagram @mariam
Foto: Instagram @mariam
Foto: Instagram @mariam
Foto: Instagram @mariam

Sumber: dailymail.co.uk

IKLAN
Share