Gaya Hidup

Hidup Tanpa Privasi, Inilah 5 Fakta TENTANG FACEBOOK Yang Pasti Mengejutkan!

Hari ini, hampir setiap orang di seluruh dunia memiliki sekurang-kurangnya satu akaun media sosial dan majoritinya adalah Facebook.

Tapi tanpa disedari, sebenarnya Facebook menyimpan pelbagai informasi tentang penggunanya dan ia tahu banyak perkara peribadi tentang diri anda. Persoalannya, adakah data dan privasi kita selamat?

Semak 5 fakta ini supaya anda lebih berhati-hati apabila menggunakan Facebook.

(1) Facebook Tahu Lokasi Anda

Aplikasi Facebook Messenger memungkinkan Facebook mengetahui di mana anda berada, pada setiap saat dan waktu. Meskipun aplikasi ini boleh dimatikan, tapi Facebook masih boleh menemui penggunanya dengan merujuk peta digital dalam Facebook Messenger.

(2) Facebook Tahu Pelbagai Hal Tentang Diri Anda

Melalui News Feed seseorang, Facebook akan mengumpul keperibadian pengguna melalui jenis content yang disukai atau sebaliknya. Data ini akan digunakan untuk memasarkan iklan yang sesuai dengan minat anda. Jadi jangan terkejut kalau Facebook tahu apa yang sedang kita cari!

(3) Pengenalan Wajah

Ketika rakan menanda (tag) foto kita di Facebook, maka foto tersebut akan tersimpan dalam jutaan data milik mereka. Kepintaran bot AI akan berfungsi untuk mengesan pola wajah (face recognition) kita pada foto-foto lain. Algoritma Facebook juga dikatakan memiliki ketepatan tertinggi yang mencapai 98%.

(4) Facebook Menjual Data Pengguna

Benarkah Facebook menjamin keamanan dan kerahsiaan data penggunanya? Mungkin di luar pengetahuan kita, data-data ini dijual kepada syarikat lain untuk tujuan pemasaran atau pengiklanan.

(5) Membuat Orang Semakin Kesepian

Seorang pakar psikiatri dari New York University, Dr. Sudeepta Varma, menjelaskan bahawa walaupun Facebook membuat seseorang tahu apa yang sedang dilakukan orang lain, tetapi dalam masa yang sama juga membuat orang semakin kesepian.

Penelitian ini juga menyebutkan bahawa penggunaan Facebook selama dua minggu dapat menurunkan tingkat kebahagiaan seseorang dengan drastik. Norzalina Mohd Alias

IKLAN
Share