Himpunan Busana Sopan Jadi Tumpuan, Fashionably Modest Asia 2025 Bakal ‘Gegar’ Industri Fesyen November Ini!

Jika dulu busana sopan dan menutup aurat agak terhad dalam industri fesyen tanah air. Namun kini impian setiap gadis khususnya para hijabi untuk bergaya akhirnya menjadi realiti apabila seleksi himpunan fesyen berkenaan kian berkembang di pasaran. Menyedari ‘selera’ dan permintaan tinggi terhadap fesyen tersebut beberapa tahun kebelakangan ini, acara berprestij Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 bakal berlangsung November ini di Pavilion Arena, Pavilion Damansara Heights.

Buat julung kali, FMA 2025 akan ‘menggegarkan’ industry fesyen dari 18 hingga 20 November ini sebagai satu acara yang didedikasikan untuk meraikan kepelbagaian, keyakinan dan kekuatan lembut fesyen modest di seluruh negara Asia Tenggara atau ASEAN.

Berlandaskan kepercayaan bahawa gaya sebenar terletak pada keselesaan, keyakinan dan ekspresi budaya, Fashionably Modest Asia 2025 menggalakkan wanita daripada pelbagai latar belakang untuk menghayati busana modest yang moden dan memikat.

Artikel https://www.nona.my/di-rumah-pun-tetap-berhias-cantik-untuk-suami-shariffah-mahani-cukup-jaga-penampilan-walau-usia-65/

Tarikan Fashionably Modest Asia 2025

Menariknya, FMA 2025 tahun ini menjalin kolaborasi bersama jenama kecantikan popular Wardah yang menjadi rakan rasmi solekan. Pentas fesyen ini akan diurus penuh teliti oleh stylist terkenal, Min Luna.

Dia akan bekerjasama dengan barisan pereka tempatan seperti TACT, Ezzati Amira, Hasz Hisham, Shaz Nash, Afiq M, Bev C, SVG, Huntilanak, Behati dan ramai lagi yang menggabungkan keunikan budaya dan sentuhan moden.

Tidak terkecuali, barisan pereka berbakat Malaysia yang mencipta nama di persada fesyen global. Antarabya Shals KL, Fuzana Mokhtaza, Sharifah Kirana, Maglifestyle, Khatreena, Variante, N.Khan dan ramai lagi. Lebih istimewa, pereka ikonik Radzuan Radziwill yang membawa sentuhan couture

di pentas FMA 2025.

Pereka Terlibat Fashionably Modest Asia

FMA 2025 turut memberi tumpuan besar kepada kerjasama serantau ASEAN dengan rekaan tersendiri termasuk Na Forrer dari Brunei, Chris Nick dari Filipina, Khaar dari Vietnam dan Benang Jarum dari Indonesia.

Menurut Penasihat Gaya Fashionably Modest Asia 2025, Andrew Tan, “Fashionably Modest Asia 2025 adalah tentang meraikan fesyen yang memperkasakan wanita dengan keyakinan yang tenang, di samping memupuk pertukaran budaya dan kerjasama serantau. Inspirasi dapat dirasai apabila pereka dari seluruh ASEAN berkongsi cerita dan kreativiti mereka melalui fesyen modest yang dekat di hati audiens pelbagai latar.”

Turut hadir pada majlis pelancaran Fashionably Modest Asia (FMA) 2025 ialah Zaireen Ibrahim iaitu Pengarah (Malaysia) ParagonCorp MY dan Duta Wardah Colorfit, Mira Filzah.

Share
Published by
Suzi