
Terinspirasi dengan amalan gaya hidup sihat dan teratur Shariffah Mahani Syed Abdul Aziz. Walau sudah bersara daripada kerjaya seorang pendidik dan berusia 65 tahun namun aspek kekemasan diri dan penampilan sentiasa menjadi keutamaan ibu Syed Saddiq ini.
Berpeluang bertemu dengan Shariffah Mahani baru-baru ini, jelas menampakkan peribadi bekas guru berkenaan yang ‘bersiap’ dari hujung rambut hingga ke hujung kaki!
Dalam temu bual bersama Nona, ratu hati kepada Ahli Parlimen Muar tersebut yang turut ditemani suami tercinta sudi berkongsi amalan gaya hidupnya terutama melibatkan soal pemakaian.
Tutur kata lembut dan penuh nasihat yang dilontarkan Shariffah Mahani cukup menyenangkan.
Shariffah Mahani Ibu Syed Saddiq

Katanya, “Mama mengajar 38 tahun, pemakaian adalah penting terutamanya apabila kita berada di sekolah. Kerana kalau kita pakai baju, maaf kata – selekeh, kasihan anak murid sebab mata mereka tertumpu kepada kita waktu kita mengajar.
Pemakaian kita amat penting kerana bukan saja jadi contoh kepada anak-anak (murid) tetapi juga memberi semangat kepada mereka untuk belajar. Yang penting, aurat kita. Jangan keterlaluan sehingga tidak memberi semangat kepada mereka belajar.
Dan kadang-kadang ada anak-anak (murid) yang suka menjadikan pemakaian kita sebagai contoh. Mama pula memang dari segi attire, pemakaian mama ambil berat. Tak semestinya kita pakai pakaian mahal-mahal. Yang penting ia elok, menutup aurat dari segi agama dan nawaitu kita mesti baik.”
Tambah isteri Syed Abdul Rahman Syed Abdullah ini lagi, “Dan satu lagi, abuyah suka isteri dia berpakaian kemas sama ada dalam rumah atau di luar rumah. Setengah wanita jaga perwatakan dia, pemakaian dia di luar tetapi di dalam rumah bersama suami, kurang.
Itu yang patut dibaiki kerana bila di dalam rumahlah kita akan sentiasa dipandang oleh suami.

View this post on Instagram
Amalan Shariffah Mahani
Jadi kadang-kadang anak mama tertanya-tanya, ‘Mama dah malam dah, dah nak tidur ni. Kenapa mama masih lagi pakai gincu, pakai minyak wangi?’
Mama jawab, ‘Untuk suami kita, untuk suami mama, for your father sayang.’ Bukannya mama pakai di luar saja.
Mama juga dididik oleh arwah ibu mama. Dia memang dari dulu kalau kita jalan tak tegak ke apa, dia suruh ambil buku letak di atas kepala supaya kita dapat berjalan dengan tegak.


Kalau katalah mama nak tidur bersama suami mama, maaf ya kalau ada yang sensitif, dia akan pastikan kita dah siap mandi, dengan minyak wangi, dengan apa semua sekali. Itu mungkin cara orang lama, itu arwah ibu ajar. Jadi mama bawa sampai sekarang dan mama juga akan sampaikan kepada menantu-menantu mama dan kawan-kawan di sekeliling.”
Shariffah Mahani bukan hanya dikagumi kerana keperibadian baik yang dimiliki. Malah, figura ini juga menjadi kekuatan dan inspirasi para wanita kerana semangatnya sebagai pejuang kanser payudara.
Tidak hanya sibuk mengurus keluarga, dia turut mengusahakan perniagaan Mama’s Kitchen.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!

















Untuk mengatasi kulit berminyak ialah mencuci wajah secara teratur. Basuh wajah minima dua kali sehari dengan pembersih wajah yang lembut dan tidak menyebabkan alahan. Lebih bagus lagi jika anda memilih pembersih wajah yang dibuat dari formulasi herba.


