HUAWEI Share – Berhubung Semudah Satu Sentuhan, 3 Bukti HUAWEI P40 PRO+ Jaguh Dalam Kelasnya!

Lebih kerap berjumpa, lebih mesra bercerita. Ya, kemajuan teknologi tidak seharusnya menjarakkan komunikasi tapi mendekatkan manusia. Biar jauh di mata, tapi kehebatan digital mampu membawa anak yang jauh, bagai disamping ibu bapanya.

Nona teruja melihat kehebatan telefon pintar terbaharu, HUAWEI P40 Pro+. Bukan puji sebarang puji, tapi model hebat ini langsung tidak mengecewakan. Bukan cantik pada panel luaran semata-mata tapi fungsinya memang buat kami terpesona!

Bertubuh ringan dengan rekaan modern sleek, HUAWEI P40 Pro+ pasti lebih kemas dalam genggaman. Ia juga tahan lasak dan anti-calar, jadi tak perlu bimbang bila disimpan dalam beg tangan.

Sejak pelancaran telefon pintar HUAWEI P40 di Malaysia, model hebat ini tidak pernah mengecewakan peminatnya.

Kaki foto tentu sekali teruja dengan kehebatan kamera yang terdapat pada telefon ini. Ia dilengkapi sistem kamera Ultra Vision Penta yang menawarkan hasil foto terbaik seperti seorang profesional.

Dikuasakan lagi dengan prosessor terbaru Kirin 990 5G dan pelbagai software

hebat HUAWEI, pastinya telefon pintar P40 Pro+ ini menggegarkan dunia digital negara.

Nona paling suka feature 5G ready pada model ni, bayangkan belum ramai lagi yang mengalami kelajuan 5G dalam genggaman!

3 CIRI HEBAT

(1) Sistem Kamera Ultra Vision Leica Penta

Peminat fotografi boleh menjadikan HUAWEI P40 Pro+ sebagai alternatif kamera utama dengan fungsi kamera Penta di belakang. Sistem kamera belakang berlensa Penta ini merangkumi time-of-flight depth sensor dan efek bokeh yang dipermajui.

Kamera Penta ini juga merupakan jaguh utama dalam kelas telefon pintar berkamera yang pernah dihasilkan. Fungsi Ultra Wide Cine 40MP, Ultra Vision Wide 50MP, 10x Telefoto Optikal 8MP Periscope, 3x Telefoto Optikal 8MP, 100X Kamera Telefoto Optikal menerusi lensa periscope dan ToF membuatkan kualiti gambar sama ada autofokus, potret mahupun video yang diambil menyerlah hebat.

Semua ini digabungkan dalam satu telefon pintar hebat. Anda pasti kagum dengan video 4K yang sungguh jelas dengan framerates hingga 60fps serta prestasi rakaman di bawah cahaya suram (low light) membuatkan model P40 Pro+ terbaik untuk imej anda.

Ditambah fungsi kecerdasan buatan (AI) HUAWEI AI Golden Snap, anda tak perlu lagi menahan geram dengan ‘gangguan’ dalam imej, seperti orang yang lalu lalang atau pantulan refleksi cermin. Memang mengagumkan!

 

(2) Sambungan Telus Pada Peranti HUAWEI Dengan One-Tap Share

Bayangkan dengan hanya satu sentuhan, anda mampu mentransformasi HUAWEI P40 Pro+ dan HUAWEI Matebook menjadi ‘satu’ peranti dengan multiscreen collaboration. Bekerja dengan satu skrin! Mudahnya memindahkan fail, foto, video atau dokumen di antara dua peranti HUAWEI dengan fungsi ni!

Kelebihan Multi-Device Control Panels menawarkan platform lebih canggih apabila anda boleh melihat peranti berdekatan yang sesuai dihubungkan.

Contohnya jika anda sedang mendengar muzik melalui HUAWEI Music dan terdapat pengguna HUAWEI Sound X berdekatan, ia akan memaklumkan tentangnya supaya anda dapat ‘berhubung’ dengan smart speaker tersebut bagi mendengar kualiti audio terbaik. Satu tap saja untuk gunakan HUAWEI Sound X!

HUAWEI MeeTime pula adalah app panggilan video pertama di dunia yang menyokong ciri rakaman 1080p Full HD antara pengguna HUAWEI. Ia mengintegrasikan setiap software dan hardware HUAWEI untuk pengalaman panggilan video yang berkualiti tinggi.

 

(3) Petal Search Widget Untuk Akses Jutaan Apps

Berazam untuk memberi hanya yang terbaik untuk penggunanya, HUAWEI P40 Pro+ didatangkan dengan Petal Search WidgetFind Apps. Ini merupakan widget yang membantu anda mencari apps, kandungan atau berita yang diperlukan secara mudah.

Direka oleh HUAWEI, kemudahan ini memberikan akses kepada pengguna untuk memuat turun apps seperti yang tidak pernah dialami sebelum ini.

Bagaimana caranya?

Langkah 1
Untuk mencari apps

yang diperlukan dalam peranti P40 anda, gunakan Petal Search Widget untuk membantu. Cuma klik bar ‘Find Apps’ pada homescreen anda untuk menggunakan.

Langkah 2
App Petal Search Widget akan memaparkan apps terbaik yang mungkin ingin dimuat turun. Anda hanya perlu menaik nama apps yang dicari dalam bar carian.

Langkah 3
App Petal Search Widget akan memaparkan hasil carian paling relevan. Ia juga akan mencadangkan apps yang sesuai dalam HUAWEI AppGallery, muat turun melalui link rasmi, versi web atau dari store pihak ketiga.

Nah, inilah 3 bukti HUAWEI P40 Pro+ jaguh dalam kelasnya. Dengan adanye One Tap Connectivity dengan HUAWEI Share, semuanya mudah. Jom tonton video ni untuk informasi HUAWEI Together 2020.

Jadi dah sedia untuk rasai kehebatan teknologi telefon pintar sehebat HUAWEI P40 Pro+ ni?

Nona dah tak sabar!

IKLAN
Share