Presiden Parti Ikatan Demokratik Rakyat Malaysia (Muda) yang juga Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sememangnya terkenal dengan sikap prihatin dan berjiwa rakyat.
Pada 10 April lalu, penerima Nona Men’s Inspiring Award yang berusia 29 tahun ini memuat naik satu hantaran berkenaan majlis sambutan Nuzul Quran di Muar.
Syed Saddiq meluahkan kesyukuran kerana berpeluang berkongsi rezeki pada bulan Ramadan yang penuh keberkatan.
“Rasa bersyukur sangat dapat peluang untuk kongsi rezeki bulan Ramadan ni.
“Sempena Hari Nuzul Quran, Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Muar bersama-sama dengan saudari Ayana Jihye Moon @xolovelyayana, Wardah Beauty Malaysia dan CGS CIMB Securities Malaysia untuk mengadakan Majlis Sambutan Nuzul Quran.”
Ads
Dalam pada itu, Syed Saddiq turut mendedahkan ramai di kalangan peminat yang bertanyakan tentang selebriti mualaf yang juga model terkenal dari Korea Selatan, Ayana Jihye Moon yang turut sama bekerjasama dalam majlis tersebut.
“Ramai fans Ayana yang nak tahu latar belakang Ayana. Seorang mualaf daripada Korea Selatan.”
SUMBANGAN & BANTUAN
Bertuah sungguh raakyat Muar kerana dikurniakan seorang pemimpin muda berjiwa rakyat seperti Syed Saddiq.
Ads
Pada majlis tersebut, sumbangan serta bantuan turut diberikan kepada para nelayan serta ibu-ibu tunggal.
“Selain mendengar perkongsian daripada @Ayana Jihye Moon II, pihak penaja turut memberikan sumbangan & bantuan kepada nelayan-nelayan dan ibu-ibu tunggal Muo.
~ 300 set makanan ~ 200 pek raya bernilai RM100 ~ 150 telekung ~ 150 tote bags ~ 200 set skincare & kosmetik ~ 170 duit raya RM50
Ads
“Alhamdulilah, terima kasih kepada pihak saudari Ayana, @ayanascholarship, @Wardah Beauty Malaysia, & @CGS CIMB Securities Malaysia yang sudi untuk bersama dan bantu rakyat Muar.”
Syed Saddiq turut menitipkan ucapan terima kasih buat seluruh rakyat Muar atas segala sokongan dan kebaikan yanag diberikan.
“My huge thanks to all of you for your kindness towards Muarians.”
Kredit Foto: Facebook Syed Saddiq
Majalah Nona ada juga di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Follow kamii sekarang di https://t.me/majalahnona
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Craft is one of my main interest: one that I’ve made central to LOEWE’s identity.”- JONATHAN.
Bagi mengukuhkan lagi komitmen terhadap seni kraf, tahun ini LOEWE Weaves berkolaborasi dengan Sotheby’s menerusi projek LOEWE Weaves Collection. Koleksi unik ini terdiri daripada beg kulit tenun, bakul dan aksesori. LOEWE Weaves meneroka hasil tenunan sebagai satu seni kraf dekorasi serta cara membina struktur.
Protagonis utama dalam koleksi ini ialah Chestnut roaster daripada Galicia yang merupakan periuk tanah liat buatan tangan. Antara keunikan, terdapatnya lubang-lubang yang ditebuk pada periuk. Lubang ini mempunyai fungsi tersendiri manakala rekaan teksturnya pula cukup ideal untuk teknik-teknik tenunan yang berbeza.
Untuk aksesori, LOEWE Weavers melebarkan lagi idea tenunannya kepada aksesori kulit dan raffia mewah dengan perincian artisanal seperti beg, gelang, tenunan serta knotted vase.
Sotheby’s mempamerkan koleksi 7 artist-embellished chestnut roasters yang dihiasi dengan teknik tenunan eksperimental oleh pakar seni kraf terkenal seperti Arko (Jepun), Min Chen (China) dan Laia Arqueros (Sepanyol). Periuk hasil tangan ciptaan tukang tembikar, Antonio Pereira turut diinterpretasi semula oleh ketiga tiga pakar seni kraf tadi. Ia akan dipamerkan bersama-sama karya Sotheby’s marquee May yang luar biasa dari seni Impressionist,Modern andContemporary Art di New York.
Pameran dibuka pada 1 Mei dengan menyaksikan beberapa karya seni paling luar biasa pada abad ke-20 dan 21. Ia akan dilelong oleh Sotheby’s pada 12 Mei iaitu ketika pameran berakhir. Karya seni ini akan dijual pada harga tetap di Sotheby’s Buy Now secara atas talian bermula 1 Mei sekaligus menjadikan LOEWE sebagai rumah fesyen mewah pertama yang bergabung secara eksklusif dengan platform tersebut serta terlibat sepenuhnya dalam setiap proses.
The LOEWE Weaves boleh diperolehi di stor-stor LOEWE dan loewe.com bermula pada 27 Mei 2021.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dek cara bercakap dan bertutur Farid Kamil dalam loghat utara ketika beraksi di layar perak ataupun dalam percakapan hariannya dilihat sesuai untuk dirinya membawakan watak Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi filem terbarunya yang akan ditayangkan kelak. Farid Kamil kini dilaporkan akan membawa watak Presiden Parti Keadilan Rakyat itu, dan filem tersebut merupakan kerjasama produksi Malaysia dan Indonesia di mana filem tersebut akan memaparkan kisah hidup dan jatuh bangun tokoh politik tersebut.
Manakala pelakon terkenal Indonesia, Acha Septriasa pula akan mengalas tanggungjawab membawakan watak isteri kepada Anwar Ibrahim, iaitu Datin Seri Wan Azizah.
Acha Septriasa yang terkenal menerusi filem Heart menyifatkan peluang melakonkan watak bekas timbalan perdana menteri Malaysia Wan Azizah Ismail sebagai satu penghormatan. Malah, katanya, dia kini dapat merasai kasih sayang Azizah dan suaminya Anwar Ibrahim.
“Kasih sayang mereka sebagai suami isteri dan bagaimana mereka tunaikan tanggungjawab kepada negara amat memberikan inspirasi,” katanya kepada Malaysiakini.
Keterujaan peminat pula mulai terasa apabila kelmarin foto mesra Farid dan Acha di samping Anwar dan Wan Azizah mulai tular, mengesahkan yang mereka berdua sudahpun menemui dan bersemuka dengan pasangan figura politik popular berkenaan.
Di hantaran Instagram Farid Kamil pula, ramai peminat-peminatnya meninggalkan komen dan menyatakan yang mereka sudah tidak sabar untuk ke pawagam bagi menonton filem biografi tersebut.
Filem dengan tajuk Jalan Masih Panjang itu bakal diarahkan oleh Viva Westi selain turut menampilkan pelakon Hasnul Rahmat yang dijangka membawakan watak Tun Dr. Mahathir Mohamad berdasarkan pemilihan pakaian yang dikenakan aktor terbabit.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bagaikan tidak lengkap ceruk dapur anda tanpa bahan utama ini. Sama ada untuk menyediakan sajian berbentuk kuih, biskut mahupun kek, ramuan tepung merupakan item ‘wajib’ yang harus ada dalam rak dapur anda.
Meskipun terdapat pelbagai jenis tepung yang dijual di pasaran namun masih ada yang kurang arif tentang ciri dan fungsinya. Ayuh, kenali beberapa jenis tepung dan kegunaannya di samping meneliti tip berguna semasa membeli tepung.
JENIS-JENIS TEPUNG DI PASARAN
Sebelum membuat sesuatu makanan perkara utama yang harus diketahui adalah fungsi tepung-tepung tersebut. Pastikan anda mengguna tepung yang sesuai dan tepat agar adunan tidak terbantut, rosak dan sebagainya.
Tepung serba guna
Sesuai digunakan untuk bermacam jenis makanan. Lazimnya, ia dikenali sebagai tepung gandum kegunaan am dan mudah didapati di pasaran. Memiliki kandungan protein sederhana.
Tepung berprotein tinggi
Juga dikenali sebagai tepung roti kerana kandungan protein yang tinggi selain gluten di dalam tepung memberikan kekenyalan dan tekstur terutamanya selepas diadun bersama yis. Sesuai untuk membuat produk pastri termasuk donat.
Tepung berprotein rendah
Dikenali sebagai tepung kek atau Superfine kerana mengandungi protein rendah, lebih ringan dan tidak memiliki kekenyalan pada ramuan yang dihasilkan. Antara makanan yang diperbuat daripada tepung ini adalah kek, crust dan pai.
Tepung naik sendiri
Lazimnya digunakan untuk membuat kek tetapi kandungan tepungnya telah di campur bersama serbuk penaik dan soda bikarbonat. Memiliki tekstur tepung yang halus.
Tepung biskut
Atau juga dikenali sebagai red rose kerana kandungan di dalamnya telah di campur dengan tepung jagung dan bahan perangup. Ia lebih halus dan ringan serta sesuai untuk membuat pelbagai hidangan pastri seperti biskut.
Tepung ubi
Umum mengenalinya sebagai tepung kanji yang membuatkan adunan lebih kenyal. Jika tidak mempunyai tepung ubi, boleh diganti bersama tepung sagu.
Tepung jagung
Fungsinya adalah untuk memekatkan kuah atau adunan. Paling nyata, ia berbeza daripada penggunaan tepung ubi. Diperbuat daripada jagung manis dan berwarna kuning terang atau gelap.
Tepung optima
Sejenis tepung yang mengandungi gula atau yang telah siap ramuannya untuk membuat kek span. Hanya perlu campurkan bersama telur, air, mentega dan dipukul sebati.
TIP MEMILIH & MENGGUNAKAN TEPUNG
Perhatikan warna tepung terlebih dahulu misalnya melihat kepada warnanya, bersih, tidak berbau dan tidak kering apabila dipegang
Walau pun memiliki tekstur yang agak sama pastikan anda membaca label tertera selain mengetahui jenis tepung yang dimahukan
Ayak tepung sebelum digunakan bagi menyingkir kotoran dan bendasing yang terlekat pada tepung
Disarankan juga agar menjemur tepung di bawah matahari atau meletakkannya di dalam ketuhar dengan suhu sedikit panas supaya dapat mengatasi faktor kelembapan pada tepung dan tidak mudah rosak
Pastikan bungkusan tepung dibalut kemas dan sempurna selepas digunakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!