“I am a happy gramma indeed”…Puan Sri Normala Seronok Jaga Anak Berpantang. Cucu Jadi Penyeri Keluarga

Kali pertama bergelar ‘tok mama’, keterujaan bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin begitu terserlah setelah anak perempuannya, Ruhila Roslan selamat melahirkan cahayamata pada 15 jun 2022 yang lalu. Untuk rekod,Dr Ruhila Ruslan dan jejaka pilihan hatinya, Majid Nazli melangsungkan pernikahan dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari tahun lalu.

Menerusi laman Instagram milik bekas pengacara NONA ini berkongsi momen manis menjaga cucu dan anak ketika berada dalam proses berpantang.

“Benarlah kata orang, sayang cucu itu lain daripada sayang anak. Bagi saya, mungkin di usia tua, kita ini lebih sensitif, merindui saat menatap wajah bayi, lebih matang dan memahami bahasa tangis yang direngekkan”-Normala Samsudin.

Tambah Normala lagi, aktiviti hariannya kini lebih tertumpu terhadap cucu tersayang, Aamin Yusuf Majid selain meneruskan aktiviti rutin sebagai isteri di rumah bersama suami tersayang.

“Aktiviti tu takdalah sangat, cuma sepertimana ibu dan nenek yang lain di seluruh dunia, jika dapat cucu pasti tumpuan dan perhatian hanya tertumpu padanya,” sambung Puan Sri Normala lagi ketika diajukan pertanyaan oleh team NONA.

Pada usia 58 tahun, ibu kepada tiga cahayamata ini begitu menghargai momen yang diberikan untuk membelai si kecil yang menjadi kesayangan setiap anggota keluarganya. Mana tidaknya, dalam usia matang, Puan Sri Normala menikmati keindahan membelai serta menatap wajah bayi yang comel dan menenangkan.


“Dulu ketika waktu muda sebagai ibu ayah terlalu banyak perkara bermain di kotak fikiran yang perlu difikirkan. Apatah lagi ketika itu terlalu mentah dalam hal menjaga anak, sudah jadi resam mesti ada emak sebagai guideline untuk menjaga bayi dan dalam berpantang. Sudah jadi tok mama, fahamlah erti setiap rengekkan dan lenggok tangis yang sebenarnya.


Sebab itu tiap bayi yang baru lahir perlu ada orang tua, kerana bahasa tangis dan rengek itu seakan difahami jelas dalam kotak hati orang yang berpengalaman. Ini momen tok mama dan Aamin Yusuf. Momen yang akan sentiasa dirindui, sering dikenang dan disyukuri Nikmat lahirnya insan kurniaan Yg Maha Esa. Thank you for giving me this chance to love & to cherish.. I am a happy gramma indeed.



Ruhila dan suaminya, Majid Nazli melangsungkan pernikahan dalam majlis serba sederhana ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Januari tahun lalu.


Puan sri Sementara itu, anak lelakinya, Ashraf Roslan pula melangsungkan perkahwinan dengan pasangannya Hilyati pada 1 Jun tahun lalu.Jelas dilihat betapa gembira dan bahagianya Puan Seri Normala berpeluang menjaga anak dan cucu lelakinya.Walaupun kini berusia 58 tahun, namun Normala kekal jelita sama seperti zamannya mengacarakan program popular Nona.

IKLAN
Share