
Comelnya Nur Fatima Aisya! Diam tak diam, puteri kesayangan Nur Fazura dan Fattah Amin ini sudah pun menginjak usia tiga tahun. Makin membesar sihat dan seorang kanak-kanak perempuan yang petah, kelibat Fatima atau nama panggilan manjanya Nyamma sering menjadi perhatian khalayak terutamanya dalam kalangan peminat Fattah dan Fazura.
Tanggal 2 Oktober lalu Fatima menyambut ulang tahun kelahiran ketiga. Sebagai ibu, Fazura memanjat kesyukuran atas kurniaan terindah anak tersayang dalam hidupnya dan suami tercinta.



Memuat naik video Fatima di Instagram, kongsi usahawan cantik ini, “Selamat hari ulang tahun yang ketiga, anakandaku Nur Fatima Aisya. You are now officially 3 years young and I am the luckiest mother to be loved by you.
Di kesempatan ini, mommy nak rakamkan pesanan buatmu wahai anakku. Walau apa pun yang terjadi di masa depan kita, I will always be your bestest friend, your shoulder to cry on, the one that will protect and cheer for you the most.
Doaku selalu, semoga Allah SWT kurniakan kekuatan, kemudahan, rahmat serta petunjukNya untukku menjadi ibu yang terbaik buatmu di dunia akhirat.
Semoga Fatima membesar dengan sempurna, menjadi anak yang solehah dan sentiasa berbakti buat semua. Mudah-mudahan. Aaminnn. Mommy loves you beyond words. Sincerely, your mother. 02.10.23.”



Kehadiran Fatima Aisya pada tahun 2020 bukan hanya menggembirakan pasangan romantis selebriti berkenaan, bahkan seluruh peminat menanti-nantikan anak Fattah dan Fazura.
Bintang filem Langit Cinta ini mendirikan rumah tangga bersama pelakon kacak, Fattah Amin pada 27 November 2017 dalam sebuah majlis tertutup.



Pada 27 September lalu, Fazura menyambut ulang tahun kelahiran ke-40. Manakala Fattah genap berusia 33 tahun pada 14 September lepas.
Artikel berkaitan https://www.nona.my/farah-nabilah-warisi-kejelitaan-ibu-datin-haslina-ismail-anggun-usia-56-ibu-6-anak/
Isteri ‘Dingin’, Pakar Sakit Puan Ini Dedah Puncanya Yang Mengejutkan!

Krisis rumah tangga biasanya bermula dari kamar tidur. Hubungan hambar, jarang bersama atau gangguan kesihatan boleh menjadi asbab suami isteri berbalah. Nona mendapatkan pandangan Pakar Obstetrik & Ginekologi, Dr Norintan Zainal Shah tentang isu ini.
Soalan: Saya adalah seorang ibu kepada sepasang cahaya mata yang berumur 12 dan 10 tahun. Kini saya berumur 40 tahun, manakala suami saya berumur 55 tahun. Masalah saya ialah kami tidak pernah ‘bersama’ langsung sepanjang tahun ini.
Saya begitu menyayangi suami dan begitu juga perasaan beliau terhadap saya. Kami berdua juga tidak mempunyai apa-apa penyakit. Pada pendapat doktor, kenapa agaknya masalah kami ini timbul?
Isteri Kesepian, Gombak
Jawapan: Setiap pasangan akan melalui fasa-fasa yang berbeza. Salah satu masalah yang timbul ialah hilangnya keinginan untuk bersama. Jika masalah ini dibiarkan tanpa perbincangan di antara suami dan isteri, maka agak sukar untuk pasangan kembali aktif seperti baru berumah tangga.
Perasaan kasih, sayang dan ‘keinginan’ BOLEH dipengaruhi oleh pelbagai perkara. Tapi selain dari perasaan bosan, beberapa faktor lain boleh memadamkan perasaan tersebut iaitu:
1. Tekanan di tempat kerja dan di dalam rumah
2. Rasa penat yang melebihi dari biasa
3. Anak-anak yang mengganggu waktu ibu bapa untuk ‘bersama’
Kebanyakan doktor mendapati masalah suami isteri yang dianggap sebagai ‘remeh temeh’ boleh menjadi masalah besar dan menyebabkan pasangan berhenti dari melakukannya. Punca-punca biasa:
1. Tidak lagi rapat dan mesra
2. Timbul rasa tidak lagi diperlukan oleh pasangan
3. Isteri atau suami kuat berleter atau banyak komen
4. Masalah wang
5. Masalah keluarga atau mertua
6. Masalah imej diri (tidak merasakan dirinya cantik atau segak)
7. Cemburu dan menyimpan rasa tidak puas hati dalam hati
Jika Puan mengalami masalah seperti ini, eloklah dibincangkan dalam keadaan yang rasional dan berterus-teranglah sesama sendiri. Ketika berbincang, dengarkan penjelasan suami dengan teliti. Diri Puan juga perlu menjelaskan perasaan Puan kepadanya.
Jika benar seperti yang dikatakan bahawa Puan masih sayangkan dia dan dia juga mempunyai perasaan yang sama, saya percaya, perbincangan seperti ini pasti berjaya.
Walaupun Puan dan suami merupakan pasangan yang sihat, namun ramai pesakit-pesakit berhenti ‘bersama’ kerana masalah perubatan seperti:
1. Penyakit kencing manis, masalah darah tinggi dan kanser misalnya.
2. Wanita sukar mencapai kepuasan.
3. Lelaki sukar mengalami er3ksi atau 3jakulasi walaupun mahu berbuat demikian.
4. Pasangan mengalami kesakitan ketika ‘bersama’.
Bagi mereka yang mengalami masalah sebegini, segeralah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan yang sesuai dengan penyakit yang ada.
Saya percaya, perkahwinan adalah satu kurniaan dari Tuhan, maka adalah menjadi tanggungjawab kepada pasangan untuk menjayakannya. Perasaan kasih sayang dan hubungan yang memuaskan dalam perkahwinan amat penting bagi mengekalkan perkahwinan ini.
Puan juga janganlah berasa malu untuk mencuba teknik-teknik baru jika itu yang disarankan oleh suami. Inilah peluang bagi Puan meluahkan apa sahaja keinginan dan saya pasti jika si suami sayangkan isteri, beliau pasti ingin dan sentiasa bersedia untuk menggembirakan Puan.
Saya doakan agar Puan dan suami akan berjaya dalam menangani masalah ini. Nasihat ikhlas dari saya adalah suami dan isteri jangan cepat putus asa jika hubungan kurang menarik. Bersama-samalah meningkatkan kesihatan dan jaga tubuh badan.
Ikuti diet yang sihat dan sertailah kelas aerobik, lakukan senaman dan/atau yoga bagi mendapatkan tubuh yang lebih menarik serta menambahkan keyakinan dalam diri. Saya percaya ia BUKANLAH perkara yang mustahil untuk mendapatkan hubungan yang lebih baik di pertengahan umur ini.
Di Bawah Lembayung Kaabah, Ini Kisah Benar Datin Cantik Bertukar Hodoh

Pada pandangan umum, pasangan Datuk Syahmie dan Datin Norhaliza (nama samaran) terlihat sentiasa bahagia. Dikurniakan tiga cahaya mata berusia di antara 5-12 tahun serta hidup dilimpahi kemewahan.
Tapi hakikatnya, mereka saja yang tahu. Hubungan suami isteri itu berada dalam keadaan tegang, bagaikan tali yang menanti saat putus. Kasih sayang yang dipupuk bagaikan terbang ditiup angin.
Semuanya bermula sejak Datin Norhaliza memberhentikan Ustaz Samaon (nama samaran) yang diupah mengajar anaknya mengaji. Dengan bayaran RM60 sebulan, Ustaz Samaon akan datang mengajar tiga kali seminggu.
Suatu hari, Ustaz Samaon tiba agak lewat dari biasa. Datin Norhaliza mula marah-marah mengenangkan selepas itu ketiga-tiga anaknya ada kelas muzik di sebuah pusat muzik terkemuka.
Setengah jam kemudian, Ustaz Samaon muncul dengan wajah berpeluh-peluh. “Minta maaf Datin. Motosikal saya rosak kat bawah bukit. Terpaksa saya menolak sampai ke atas,” katanya sambil mengelap peluh di muka.
Tapi Datin Norhaliza tak peduli. Tiada langsung rasa simpati pada Ustaz Samaon yang terpaksa menolak motor lebih 2km ke rumah agamnya yang terletak di sebuah kawasan elit di puncak bukit.
“Ustaz, kalau motor tu dah buruk belilah motor baru. Tak cukup ke duit yang saya bayar RM60 sebulan tu, buatlah bayar ansuran motor. Jangan menyusahkan orang. Ini sebabkan Ustaz, anak-anak saya lambat ke kelas muzik.
Kalau nak mengajar, ajarlah betul-betul. Jangan nak ikut sendiri saja. Kalau tak, berhenti!” jerkah Datin Norhaliza. Terkejut bercampur penat menolak motor, Ustaz Samaon rasa cukup terhina dengan kata-kata wanita kaya itu. Terus dia meminta izin untuk berhenti.
Apabila Datuk Syahmie pulang malam itu, dengan bangganya Datin Norhaliza memberitahu dia telah memberhentikan khidmat Ustaz Samaon. Disebabkan hal itu, mereka berdua pun bergaduh besar.
Keesokan harinya, Datuk Syahmie segera ke pejabat di mana Ustaz Samaon bekerja sebagai jaga. Dia mahu meminta maaf atas keceluparan isterinya dan mengajak Ustaz agar datang mengajar semula. Tapi Ustaz Samaon enggan.
Marah besar Datin Norhaliza bila tahu tentang hal tersebut. Sejak itu hubungan keduanya semakin tegang, mereka tak lagi sebulu dan ada saja yang ditengkarkan bila berjumpa.
Jumpa Bomoh
Merasa kasih sayang Datuk padanya tergugat, Datin Norhaliza tekad mencari jalan singkat dengan berjumpa seorang bomoh.
Bomoh ini memakaikan susuk supaya wajah Datin Norhaliza yang masih cantik itu semakin menawan. Tidak cukup lagi, dia juga mengenakan ilmu penunduk suami supaya Datuk sentiasa patuh dan tak mempertikaikan tindakannya.
Sejak itu Datuk Syahmie benar-benar berubah. Biarpun di luar dia berjaya mengendalikan projek jutaan ringgit, tapi di rumah dia bagaikan seekor tikus yang sentiasa mengikut telunjuk isterinya. Dia tiada kudrat untuk melawan.
Suatu hari, dengan kuasa Allah timbul keinginan dalam hati Datuk Syahmie untuk menunaikan haji. Tanpa berfikir panjang, dia terus mendaftarkan namanya dan isteri ke pihak Tabung Haji. Itulah keputusan pertama yang dibuat tanpa menunggu persetujuan Datin Norhaliza.
Bila perkara ini disampaikan kepada isterinya, Datin Norhaliza tak marah sebaliknya cukup gembira dan puas hati. Memang dia sendiri sudah terfikir tentang perkara tersebut.
Gembira sungguh Datin Norhaliza. Terbayang di matanya keseronokan mengerjakan haji dan membuat amal ibadah seperti orang lain. Sedikit pun tak terfikir yang dia bakal melalui satu pengalaman paling bermakna dalam hidupnya di sana nanti.
Bertolak Ke Mekah
Tapi kegembiraan wanita itu tak lama. Setelah seminggu di Tanah Suci, dia dapat melihat perubahan jelas suaminya. Lelaki itu bagai menjauhkan diri, tak mempedulikan dirinya dan sentiasa cuba menghindarinya.
Entah kenapa jadi begitu. Biarpun berusaha berbuat sebaik mungkin, tapi Datuk Syahmie seakan alergi dengan dirinya. Apatah lagi sejak tiba di Tanah Suci, Datin Norhaliza asyik sakit-sakit hingga ibadahnya terganggu.
Dalam keadaan begitu, Datin Norhaliza tetap gembira kerana dapat teman-teman baru yang sangat mengambil berat. Antaranya seorang Ustazah iaitu Ustazah Amilah, isteri Ustaz Samaon.
Suatu hari penyakit Datin Norhaliza semakin berat hingga terpaksa dibawa ke hospital. Apabila mendapat tahu keadaan tersebut, Ustazah Amilah terus pergi melawat. Puas dicari tapi kelibat Datin cantik itu tetap tak kelihatan.
Dengan bantuan petugas hospital, akhirnya dia menemui Datin Norhaliza dalam keadaan yang sangat mengejutkan. Wajahnya berubah sama sekali. Rupanya begitu hodoh dalam masa sehari!
“Datin sakit apa sampai macam ni sekali?” tanya Ustazah ingin tahu.
“Berubah macam mana?” tanya Datin Norhaliza dalam nada pelik.
Melihat wajah Datin yang kehairanan, Ustazah Amilah mencapai sebuah cermin dan diserahkan padanya. Bagaikan gugur jantung Datin Norhaliza melihat wajahnya sendiri yang amat tua dan berkeriput. Dia terus menjerit-jerit histeria hingga terpaksa ditenteramkan dengan suntikan penenang.
Apa yang berlaku pada Datin Norhaliza membingungkan Ustazah Amilah. Atas dasar ingin membantu, dia kemudiannya meminta pandangan orang-orang alim di situ.
“Mungkin ada kena-mengena dengan amalan ilmu tak baik,” beritahu mereka.
Bila perkara ini ditanyakan pada Datin, wanita itu tanpa sembunyi mengakui tentang susuk dan ilmu penunduk yang diamalkan. Sambil menangis tersedu-sedan dia menyatakan kesalan dan mahu membuang ilmu hitam tersebut dengan apa cara sekalipun.
“Beginilah Datin. Susuk tu susah sikit sebab ia hanya boleh dikeluarkan oleh orang yang memasukkannya. Tapi ilmu penunduk tu mungkin kita boleh usahakan. Kita cuba solat hajat enam rakaat di depan Kaabah serta bertaubat dan minta ampun daripada Datuk,” kata Ustazah Amilah.
Insaf atas kesilapannya, Datin Norhaliza menggagahkan diri berbuat apa yang disarankan. Dengan kuasa Tuhan, penyakitnya beransur sembuh hingga membolehkan dia mengerjakan semua ibadah haji walaupun belum begitu sihat. Hubungan dengan suaminya pun beransur pulih.
Sekembalinya ke tanah air, Datin Norhaliza tekad membuang susuk dan semua ilmu sesat yang diamalkannya. Gaya hidup riak dan sombong juga ditukar menjadi lebih sederhana. Wajahnya yang masih muda tetap kelihatan cantik, malah lebih berseri daripada kebiasaan. Bagi Datin, dia betul-betul bertaubat atas segala perbuatannya dan menyesal terhadap dosa-dosa yang pernah dilakukan.
Kisah ini diceritakan semula oleh Ustaz Haji Daud Che Ngah, Bekas Pengurus Besar Bimbingan Haji, Lembaga Urusan Tabung Haji melalui naskhah ‘Ingatan Dari Kaabah’.
“Insya-Allah Pahala Umrah Sudah Tersedia,” Ulas Sheila Rusly Bila Ada Jemaah Ditunda Umrahnya

Berita tentang sekatan sementara visa umrah dan pelancong ke Arab Saudi berikutan penularan COVID-19 bermula 27 Februari telah menyebabkan bakal jemaah umrah negara ini bersedih. Namun begitu, penerbit terkenal, Sheila Rusly bertuah kerana dapat menunaikan ibadah umrah disebabkan menaiki pesawat 3 hari awal sebelum sekatan dilaksanakan oleh Kerajaan Arab Saudi.
Bertanya khabar dari Kota Suci Mekah melalui wanita yang terkenal dengan rancangan masakan Ketuk-ketuk Ramadan ini, “Jemaah yang berada di Masjidil Haram untuk menunaikan umrah masih ramai tapi tak padat seperti biasa. Jemaah dari Malaysia pun jelas kelihatan tak ramai. Tapi semua masih sama, tak ada yang berbeza,” tutur Sheila Rusly yang turut ditemani oleh suami, Jinggo atau nama sebenarnya Azman Haji Yahya.
Dalam mengucapkan syukur kerana berpeluang mengerjakan ibadah umrah kali ini, Sheila Rusly sempat menitipkan pesanan dari Kota Mekah buat bakal jemaah umrah yang telah ditunda penerbangan mereka.
“Buat Tetamu Allah SWT yang terkandas atau pun ditunda penerbangan mereka untuk menunaikan umrah di Tanah Suci, jangan bersedih. Pahala umrah insya-allah sudah tersedia untuk mereka. Setiap ketentuan Allah SWT bersebab. Pastinya ada hikmah. Kita doa yang baik-baik, insya-allah,” bicara wanita tinggi lampai ini.
Umat Islam yang pernah menjejakkan kaki ke Tanah Suci sama ada ibadah umrah ataupun mengerjakan haji sudah pasti menyimpan impian hasrat untuk datang berkunjung lagi. Sheila Rusly juga tidak terkecuali dan kunjungan kali ini bukan yang pertama buatnya.
“Insya-allah ini merupakan umrah saya yang ketiga. Selain ditemani suami, saya menemankan Ayda Jebat yang berhasrat untuk menunaikan ibadah umrah. Bila Ayda Jebat tanya sama ada saya boleh menemankan dia atau tidak, I don’t mind going again,” kata pemilik JS Picture Sdn. Bhd. ini.
Dalam perkembangan lain, apabila diajukan tentang penjagaan kesihatan yang diamalkan oleh wanita berkulit putih ini lebih-lebih lagi setelah mendengar berita ‘permergian’ selebriti seperti Abam dan Ashraf Sinclair. Jawab Sheila Rusly, “Sebelum ada apa-apa berita kematian pun memang saya selalu jaga makan and everything.
Namun, ajal dan maut di tangan Tuhan, walaupun kita jaga makan, jaga kesihatan dan bersenam secara konsisten tapi kalau kata esok ‘hari’ you tetap esok ‘hari’ you. Jadi kita kena bersedia dengan erti kata lain kena istiqamah,” ulas Sheila Rusly.
Bagaimana pula perancangan untuk tahun 2020? “Pada tahun ini saya akan buat sesuatu yang menarik di rangkaian Youtube. Perkara ini hanya boleh dilihat di rangkaian Youtube saya sahaja. Something new untuk peminat-peminat saya, “Ketuk-ketuk Ramadan,”. Benda ini tak ada kena mengena dengan masakan kerana tahun ini tak ada rancangan Ketuk-ketuk Ramadan ke udara,” jelas Sheila Rusly.
Pasti peminat-peminat setia dunia masakan akan kecewa apabila Ketuk-Ketuk Ramadan sudah tidak muncul lagi menghiasi petang Ramadan sehingga menjelang Syawal.
Foto: Instagram @sheilarusly_jspictures