Seorang yang berkarisma, ibu anggun usia 56 dan penjawat awam berdedikasi, figura pemimpin wanita hebat Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad kini bergelar KSU di KKM.
Petang 4 September sedikit bergelora sebaik berita perubahan penempatan dan pelantikan baharu bagi jawatan pengurusan tertinggi sektor perkhidmatan awam diumumkan.
Nama Dato’ Sri Suriani Ahmad antara yang disebut bakal menerajui reformasi perkhidmatan awam di Kementerian Kesihatan Malaysia.
Seorang yang berkarisma dan cantik dalam kelasnya yang tersendiri, wanita jelita yang merupakan KSU Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sejak 2020 ini bakal beralih kementerian berkuatkuasa esok.
BERDEDIKASI
Dato’ Sri Suriani pernah berkata, “Jadilah penjawat awam yang cemerlang, di dunia dan di akhirat. Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan.
Sekiranya kita diberi peluang untuk memilih, pilihlah yang terbaik. Dan sekiranya kita telah dipilih, buatlah yang terbaik.”
Seorang yang berkarisma, ibu anggun usia 56 dan penjawat awam berdedikasi, figura pemimpin wanita hebat Dato’ Sri Suriani Dato’ Ahmad kini bergelar KSU di KKM.
Tegas namun lembut dan bertimbang rasa, tonton video temu bual penuh Nona bersama Dato’ Suriani Ahmad ni…
Ads
Pernah mencatat sejarah sebagai wanita termuda dilantik sebagai Ketua Setiausaha dalam jabatan kerajaan, Dato’ Sri Suriani yang berusia 56 tahun mencatat rekod perkhidmatan mencecah 3 dekad dalam pentadbiran awam.
Memiliki tiga orang cahaya mata, Dato’ Sri Suriani berasal dari Perlis dan memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi (Kepujian) Universiti Sains Malaysia (1993) serta Sarjana Strategi dan Diplomasi Universiti Kebangsaan Malaysia dan Diploma Pengurusan Awam Institut Tadbiran Negara (1996).
Meninjau media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebentar tadi, pertukaran Dato’ Sri Suriani sebagai KSU KKM disambut dengan tangan terbuka.
“Seluruh warga Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada YBhg. Dato’ Sri Suriani binti Dato’ Ahmad atas pelantikan sebagai Ketua Setiausaha, Kementerian Kesihatan Malaysia. Selamat menjalankan tugas.”
Rata-rata netizen turut mengucapkan selamat datang dan berkongsi harapan agar Dato’ Sri Suriani dapat membawa angin pembaharuan.
Ads
Beliau sebelum ini pernah bertugas di Kementerian Pertahanan dan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) serta menyandang beberapa jawatan penting termasuk sebagai Pengarah Dasar dan Rundingan Perjanjian Perdagangan Bebas (FTA) dan Pengarah di Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN).
Pada 1 Julai 2019 sehingga 3 November 2020, Dato’ Sri Suriani telah dilantik sebagai KSU Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) sebelum bergelar KSU Kementerian Pembangunan Usahawan & Koperasi (KUSKOP) pada 4 November 2020 hingga 4 September 2024 (hari ini).
Rahsia awet mudanya pada usia pertengahan 50-an hanya aktif bersukan. Dato’ Sri Suriani juga merupakan pencinta kucing.
Sesungguhnya Datuk Dr Ustazah Norhafizah Musa cukup beruntung kerana dikurniakan aura luar biasa menerusi ceramahnya hingga mampu membuatkan para pendengar tersentuh hati dan kembali ke jalan kebaikan. Dengan raut wajah sejuk mata memandang dan pertuturan penuh nasihat serta kelembutan, tidak hairanlah hasrat seorang suami yang mahu menceraikan isterinya… berubah sekelip mata tatkala dia mendengar ceramah Datuk Dr Ustazah Norhafizah sepanjang perjalanan bertemu suri hatinya itu.
Bertandang ke negeri Cik Siti Wan Kembang untuk memenuhi undangan ceramah bulan lalu, Datuk Dr Ustazah Norhafizah dikejutkan dengan panggilan telefon seorang pendengar setianya bergelar suami orang. Kongsi Ustazah Norhafizah, “Ada seorang suami hubungi ustazah, dengan air mata dia mengucapkan bebanyak terima kasih kepada ustazah kerana telah jadi jalan rumah tangganya diselamatkan (dengan izin Allah).
Dari Johor ke Kelantan dia memandu kereta mendengar ceramah-ceramah ustazah tentang rumah tangga dan tazkiyatunnafsi. Asalnya memang terasa bila jumpa isteri di Kelantan… nak akhiri hubungan suami isteri. Tapi jadi sebaliknya, sampai depan isteri… menangis minta maaf, dengan penuh kasih ajak isteri cuba sama-sama untuk baiki diri dan keluarga. Alhamdulillah.”
Allahu, besar ganjaran buat Ustazah Norhafizah kerana hanya dengan suara melalui ceramahnya saja dia dapat ‘menjernihkan’ semula keadaan yang sedia keruh. Pastinya tanpa keizinan Allah juga semua ini tidak mungkin akan terjadi. Mengakui terharu mendengar pengakuan suami tadi, Ustazah yang berasal dari Negeri Sembilan ini menzahirkan rasa syukur.
Tambahnya, “Mudah-mudahan 20 tahun lebih ustazah dalam persada dakwah ini akan jadi jariah dan pahala berlipat kali ganda untuk ustazah dan jadi jalan keampunan Allah kepada ustazah. Dosa ustazah bukan sedikit… banyak sangat. Bantulah ustazah dengan doa-doa baik kalian.”
Pada majlis ilmu tersebut, Ustazah Norhafizah turut menerima Anugerah Selebriti / Personaliti Dakwah Muslimah daripada Kerajaan Negeri Kelantan. Tidak meletakkan populariti sebagai tujuan utama, Ustazah Norhafizah dalam nada rendah diri menganggap dirinya belum cukup untuk diangkat sebagai ikon terbaik kerana masih banyak perkara yang perlu diperbaiki.
“Bukan mudah juga membawa diri sebagai pendakwah wanita ini. Tapi atas semangat amat kasih kepada wanita khususnya muslimah maka inilah jalan yang boleh ustazah hulurkan bantuan iaitu menghidupkan nasihat, tawasau bilhaqqi wa tawasaubissobri. Ustazah sayangkan para wanita dan ustazah ingin sekali kita hidup bahagia dan dapat melalui kehidupan dengan baik.”
Terima kasih Datuk Dr Norhafizah Musa kerana sangat mengasihi kaum wanita dan sanggup mengenepikan rasa lelah hanya untuk memastikan kehidupan wanita ‘ditiup’ dengan semangat positif dan dekat kepada Allah.
Kredit: Instagram Ustazah Norhafizah
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Rezeki datang tanpa disangka. Siapa sangka Mariah Idrissi melakar sejarah tersendiri bergelar hijabi pertama yang menghiasi kempen jenama high street H&M.
Pada tahun 2015 wanita yang berusia 30 tahun ini telah menjadi bualan orang ramai apabila muncul sebagai hijabi pertama terpilih untuk menghiasi majalah tersebut.
Selepas muncul dalam kempen yang bergelar “Close The Loop” yang menampilkan koleksi daripada ulang siar pakaian lama. Model hijabi ini terus mendapat pengiktirafan di peringkat antarabangsa. Bukan hanya sebagai model malah sebagai aktivis kemanusiaan.
Wanita yang mempunyai nama sebenar Lalla Maria Derissy ini telah dilahirkan di England dan memulakan karier modelling sejak usia 14 tahun lagi.
Rezeki datang tanpa disangka sejak daripada itu Mariah Idrissi telah muncul dalam pelbagai iklan video dan bercetak untuk kempen iklan. Ekoran daripada itu, nama Mariah tular dan mendapat liputan meluas daripada media-media Utama British dan majalah ternama, Elle, Marie Claire dan Teen Vougue.
Namanya sekali lagi tular pada tahun 2016 apabila apabila berjaya memasuki agensi modelling ternama Inggeris dan Eropah, Select Model Management. Beliau dikatakan sebagai model pertama yang memakai hijab yang membuat kolabrasi dengan agensi model tersebut.
Selain cemenrlang dalam bidang modelling wanita ini juga aktif sebagai speaker. Pada tahun 2016 beliau muncul di persidangan TEDxTeen di London membahaskan tentang isu ‘Changing the Face of Fashion’.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tidak kenal dengan wanita yang dilahirkan sebagai anak sulung perempuan Donald Trump ini. Ivanka Trump merupakan seorang usahawan wanita sebelum dilantik oleh bapanya menjadi penasihat kepada presiden di Rumah Putih.
Sewaktu membantu bapanya berkempen untuk piliharaya Amerika Syarikat baru-baru ini Ivanka telah mencuri tumpuan dengan penampilan yang stailo. Memiliki ketinggian 180cm sudah pasti apa sahaja yang disarung oleh wanita berambut perang ini cantik dan bergaya sementelah meminati bidang fesyen.
Baharu sahaja menyambut ulangtahun perkahwinan yang ke-11 bersama suaminya, Jared Kushner, serta kelihatan bahagia di samping 3 orang anak mereka. Walau bagaimanapun, kini Ivanka telah ‘kehilangan kerja’ di Rumah Putih ekoran bapanya kalah dalam piliharaya di tangan Joe Biden baru-baru ini.
Sewaktu bapanya menjadi Presiden di Amerika Syarikat, Ivanka telah berkhidmat dalam pentadbiran Amerika Syarikat dengan menjadi penasihat kepada bapanya serta bertanggungjawab kepada pendidikan dan memperkasakan ekonomi wanita dan keluarga sekali gus mewujudkan peluang pekerjaan melalui latihan kemahiran dan keusahawanan.
Ke mana Ivanka bakal mengalihkan fokusnya selepas tidak berkhidmat dalam pentadbiran negara telah menjadi talk of the town. Namun, dengan jumlah kekayaan yang dianggarkan sebanyak USD800 million miliknya itu mungkin tidak menjadi masalah buatnya. Atau mungkin Ivanka akan pulang ke syarikat hartanah milik bapanya, The Trump Organization.
Ivanka juga aktif menulis buku dan hasil tulisannya pernah menjadi New York Time Bestseller. Antara hasil tulisannya adalah, The Trump Card, Women Who Work, Women Who Work: Rewriting the Rules for Success dan The Trump Card: Playing to Win in Work and Life.
Cantik-cantik blazer yang Ivanka Trump ni pakai kan, boleh juga cari inspirasi kat sini
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat pertama kalinya Datin Paduka Seri Afzaa Fadini Dato’ Abdul Aziz hadir ke majlis ulang tahun Hari Keputeraan Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.