Masih ingat lagi dengan penyanyi cantik bersuara lunak, Azie Mustapha? Terkenal dengan lagunya Pelamin Anganku Musnah dan Kau Tetap Dalam Anganku. Inilah wajah terkininya, masih cantik dalam usia 44 tahun. Nona menyingkap rahsia serta perkembangan terkini artis kelahiran Kuching, Sarawak ini yang rancak berniaga dari rumah secara online dengan tanda pagar #aziedapoanganku

IKLAN
Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & Baking
Wajah terkini Azie Mustapha yang ketika dulu popular dengan lagu Pelamin Anganku Musnah. Masih cantik!

Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & Baking“Saya kini menetap sepenuhnya di Kuching, Sarawak bersama suami dan 3 cahayamata. Anak sulung dah berusia 20 tahun, anak kedua 17 tahun dan yang ketiga 11 tahun. Saya kini menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, ibu dan surirumah sepenuh masa sejak berlakunya pandemik COVID-19. Semua undangan nyanyian sebelumnya terpaksa ditolak. Redha dengan keadaan dan saya yakin dengan rezeki.

Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & Baking
Bersama keluarga tersayang.
Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & Baking
Bahagia bersama sebagai suami isteri selama 21 tahun.
Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & Baking
Kekal anggun di usia 44 tahun.

Sekarang ini saya bergiat dalam bisnes masakan dan baking secara online. Bisnes harian saya ialah menghasilkan Curry Puff Carbonara dan Popia Carbonara Goreng. Saya juga menerima tempahan frozen food. Manakala tempahan kek, kuih, hidangan minum petang, untuk bersedekah pun saya terima. Bila perayaan saya turut menerima tempahan biskut-biskut terutama daripada regular customer.

Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & BakingSebagai peniaga kecil-kecilan, saya sentisa pastikan produk betul-betul fresh kerana saya tak suka simpan stok. Bila customer gembira ia satu kepuasan bagi saya. Alhamdulillah feedback yang diterima pun sangat memberangsangkan, selalu dapat repear order. Dengan adanya online business ini dapatlah juga penuhi masa lapang saya di rumah.

Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & Baking

Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & Baking

RAHSIA BAHAGIA
Alhamdulillah usia perkahwinan saya dan suami genap 21 tahun pada awal Julai lalu. Antara rahsianya memahami antara satu sama lain, percaya dan saling bertolak ansur. Saya juga berpegang kepada nasihat serta bimbingan daripada ibu bapa. Kalau kita nak kekal dalam rumahtangga, setiap kali kalau suami marah kita sebagai isteri kena diam. Walau kita tak salah sekalipun kita diam saja.

IKLAN

Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & BakingBila keadaan kembali tenang kita boleh mula berbincang dari hati ke hati. Kalau kita tak salah kita boleh beri nasihat yang terbaik untuk suami. Cakap elok-elok dan berhemah. Dalam perkara ini saya sangat menitikberatkan pesanan ibu bapa demi kebahagiaan keluarga. Biar ada ‘api dan air’ dalam sesebuah keluarga baru harmoni rumahtangga, Insha-Allah.

Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & BakingMASIH ANGGUN
Saya bersyukur atas kurniaan Allah Taala. Yang penting jaga kesihatan. Kaya macam mana sekalipun kita kalau tidak sihat tiada makna. Paling penting percaya dan redha denagn ciptaan Allah SWT. Untuk kekal sihat dan cantik, rutin harian saya dengan mengamalkan makan suplemen dan vitamin serta minum air kosong secukupnya. Tidur kena cukup, makan minum kena jaga lebih-lebih lagi kalau dah berusia 35 tahun ke atas penyakit mudah nak ‘datang’.

IKLAN

Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & BakingKekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & BakingKekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & BakingSaya jaga waktu makan. Paling penting ialah sarapan, jangan skip. Kalau tak makan tengahari sekalipun sekurang-kurangnya dah bersarapan kerana ia membekalkan tenaga. Sebagai suri rumahtangga nak kena bekerja sepanjang hari. Kerja mesti selesai semuanya. Saya pula berbisnes jadi perlukan tenaga yang cukup. Saya sentiasa berdoa agar diberi kesihatan yang baik. Hati kena bersih. Bila dalaman bersih akan terserlah kecantikan sebenar di luaran.

Kekal Berseri Di Usia 44, AZIE MUSTAPHA Kini Ligat Buat Bisnes Masakan & Baking

PERKEMBANGAN SENI
Pada tahun 2018 saya ada merakamkan album single berjudul Anganku Terhenti Di Sini. Ianya album kompilasi bersama 4 lagi artis 90an. Alhamdulillah mendapat sambutan yang hangat di kalangan peminat. Saya sangat gembira dan terharu kerana berpeluang merakamkan album single terbaru setelah sekian lama. Sekarang ini aktiviti seni terhad disebabkan pandemik. Rindu sangat tapi dengan adanya aktiviti seperti bisnes kecil-kecilan yang saya buat sekarang tidaklah terasa kesannya itu. Apa pun bersyukur dengan setiap rezeki yang Allah beri.”

Kredit Foto: Instagram @azie_mustapha

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI