Ibu Bapa Ini Telah Lakukan Yang Terbaik, Namun FAYYADH Tetap ‘Pergi’ Bertemu PenciptaNya!

Pemergian anak sulung kepada pasangan Muhammad Fadhli Kamil dan isteri, Ayda Jamlus pada 22 Januari lalu benar-benar menyentak emosi ramai ibu bapa. Meskipun perubahan kesihatan Muhammad ‘Aisy Fayyadh telah disedari kedua-dua ibu bapanya sejak 19 Januari dan gigih mendapatkan rawatan di klinik serta hospital, namun takdir Allah SWT anak kecil yang berusia 3 tahun ini akhirnya kembali ke pangkuan Sang Pencipta.

Menceritakan kembali detik-detik manis berada di sisi Fayyadh, baik Fadhli mahupun Ayda kedua-duanya tabah mengharungi ujian yang menimpa anak syurga mereka itu. Fayyadh disifatkan seorang anak yang baik, rajin, sopan, alim, mendengar kata dan pandai berdikari. Empat hari berjuang melawan sakit yang dialami, doktor mengesahkan anak kecil ini menghidap Meningitis with Shock Bronchopnemonia iaitu sejenis penyakit radang otak dan jangkitan virus di peparu. Terang Fadhli, virus dalam tubuh Fayyadh telah merebak dari otak ke paru-paru seterusnya ke jantung dalam masa yang singkat. Sehingga kini, doktor masih menyiasat punca virus berkenaan.

“Pada mulanya dia mengadu sakit perut pada Jumaat (19/1/2018) malam dan start muntah-muntah. Pada hari Sabtu, dia jadi tak larat nak makan dan minum. Berpanjangan sehingga ke hari Ahad. Tapi hari Ahad muntah dia dah berkurangan. Maybe sebab tak ada makanan lagi yang nak dimuntahkan. Jika berlaku pada kanak-kanak, muntah yang berpanjangan tapi tak cirit-birit, ada something wrong pada nerve system which is sangat berbahaya dan kena terus jumpa doktor pakar kanak-kanak.

Kami sangka dia hampir pulih sebab telah pergi ke klinik pada Sabtu malam. Doktor beritahu cuma demam biasa dan perut dah masuk angin. Kami bagi dia ubat yang kami dapat di klinik seperti biasa. Pada hari tu dia cuba untuk tidur tapi asyik terkejut dan tersentak-sentak semasa tidur. Kemudian mata dia terbeliak tiba-tiba. Perkara ini berulang berkali-kali sehingga dia tak dapat tidur dengan nyenyak.

Percakapan dia pun jadi macam laju, jalan dah tak stabil dan tak larat. Menggigil-gigil. Kami sangkakan dia dehydrated sebab tak mahu makan dan minum. Jadi pada Ahad malam kami bawa dia ke Hospital Serdang untuk terima rawatan ‘drip air’ sebab nak kembalikan kandungan air seperti normal.”

Kenangan Fayyadh di samping ibu bapa serta adiknya

Dalam keadaan Fayyadh yang serba lemah, ibu kanak-kanak ini menyedari mata Fayyadh menjadi juling dan tak mampu untuk berjalan sendiri. Apabila bertanya kepada doktor yang merawat, ia hanyalah simptom biasa yang dialami kanak-kanak ketika demam dan akan kembali pulih. Lega mendengar kata-kata doktor, mereka pulang ke rumah selepas selesai mendapatkan rawatan. Namun keadaan Fayyadh masih tidak berubah. Pernafasannya kembali laju, muntah-muntah dan dibawa ke Hospital Kuala Lumpur pula.

Setibanya di hospital, dia dibawa masuk ke zon merah dan doktor mengesahkan virus telah menyerang otak Fayyadh. Disebabkan denyutan jantungnya lemah, doktor perlu membuat bantuan pernafasan CPR. “Lebih kurang jam 8.40 pagi doktor panggil kami untuk berbincang. Mereka kata jantung Fayyadh betul-betul lemah. Kami request untuk sambung lagi buat CPR sebab tahu anak saya kuat. Alhamdulillah dapat semula degupan jantungnya lebih kurang jam 9 pagi.

Selepas hampir dua jam semasa pemindahan katil ke ICU tiba-tiba denyutan jantung Fayyadh mula perlahan. Doktor buat CPR kali kedua selama 30 minit akhirnya denyutan jantung dia tetap lemah. Tepat jam 11.41 pagi, 22 Januari 2018 doktor berhenti buat CPR. Allahu Akbar Fayyadh tak dapat diselamatkan lagi.

Minggu lepas dia ada bagitahu mama dia dalam kereta, ‘Fayyadh nak masuk syurga sorang-sorang. Fayyadh masuk syurga dulu. Papa, Mama, Adik jgn masuk lagi’. Bahkan masa malam yang dia muntah dekat Hospital Serdang, mama dan Fayyadh ke toilet untuk bersihkan diri. Mama letak Fayyadh dekat atas singki tapi Fayyadh macam gayat nak jatuh. Jadi Fayyadh peluk Mama erat. ‘Fayyadh, ni nanti mama, papa, doktor akan tolong pulihkan Fayyadh tapi siapa yang first

sekali akan tolong Fayyadh?’, tanya mamanya. Dengan tak larat tu Fayyadh gagah menjawab, ‘Allah…’ Walau sakit macam tu tengah berlawan dengan sakit, dia tetap boleh jawab dgn baik.”

Ajal, maut, jodoh dan pertemuan semuanyat terletak di tangan Tuhan. Walau sebanyak mana usaha sudah dibuat tapi kalau sudah tiba masanya tiada siapa mampu melawan. Perkongsian kisah Fayyadh ini diharap memberi pengajaran buat semua. Buat ibu bapa, jika anak mengalami sakit walau sekecil mana sakit mereka sekalipun segeralah bawa anak ke hospital seperti mana yang dibuat Fadhli dan isteri. Jangan bila sudah terlambat, menyesal pun tidak berguna lagi.

 

 

IKLAN
Share