Igaun Buruk Suami Apabila Si Isteri PEMBOROS. 8 Panduan Ini Bole Jadi Idea Elak Sikap Boros

Tiada perkara yang menyempurnakan sesebuah perkahwinan selain cinta, dan tiada yang boleh menghancurkannya selain wang. Cinta dan wang, sama-sama membahagiakan. Tetapi apabila anda mengahwini seseorang yang tidak pintar menguruskan wang, gemar berbelanja di luar kemampuan dan sering mengidamkan sesuatu yang sukar ditunaikan… percintaan anda mungkin dalam lingkaran bahaya!

Pasangan yang anda sayangi menyimpan tabiat buruk yang sukar ditinggalkan. Setiap kali ke pusat membeli-belah, dia menjadi ‘sukar dikawal’. Sentiasa keluar masuk butik dan beli sesuatu untuk menyenangkan hati. Malah pantang dipujuk penjual, pasti dia terpedaya untuk membeli sesuatu yang tidak perlu. Ah, bersedialah untuk menatap penyata bank dan kad kredit yang kritikal setiap bulan. Duit tabungan habis, malah hutang pula membukit tinggi!

Sesetengah individu, tidak sedar tentang had belanja yang boleh mereka gunakan. Ini sering terjadi kepada pasangan yang salah seorang daripadanya tidak bekerja. Kerana bosan, atau mungkin sekadar ingin mengisi kelapangan, mereka puas apabila dapat membeli sesuatu. Akibatnya, banyak barang yang tidak penting dibeli. Ruang di rumah seperti pusat pameran, penuh diisi dengan barangan itu namun ia tetap tidak membuat mereka mahu berhenti!

KESAN
Kegagalan mengurus wang adalah faktor utama yang meruntuhkan perkahwinan. Telah banyak kes perceraian yang disebabkan oleh kes seperti ini. Lebih memburukkan keadaan, isu wang menjadi satu subjek yang sensitif di antara anda dan si dia. Nah, bagi anda yang terikat dengan pasangan boros, tapi dalam waktu yang sama perlu mengimbangi kedudukan kewangan dan ingin bebas bebanan hutang, sesuatu yang wajar harus dilakukan.

Memaafkan pasangan kerana tabiat buruknya adalah perkara paling mulia dapat anda lakukan. Ingat, perkahwinan yang berjaya ialah penyatuan dua individu yang saling memaafkan. Jauhi sifat marah dan elakkan ‘melabel’ pasangan dengan kata-kata sinis seperti “you pemboros!” atau “you pentingkan diri!”. Pasti sukar mempengaruhi fikiran pasangan anda jika anda berdua tidak sefahaman. Remember that two wrongs can never make a right.

PANDUAN

  1. Hadiri kelas mengurus kewangan bersama-sama. Jika pasangan tergolong masalah compulsive disorder, temuilah pakar terapi untuk mengawal situasi dan kenal pasti penyelesaian yang bijak.
  2. Bincangkan impian masa depan anda berdua. Mungkin ingin memiliki rumah sendiri, menabung simpanan pendidikan anak-anak, bercuti di lokasi impian atau mengerjakan Haji dan Umrah. Kemudian buat pelan tabungan untuk mencapainya.
  3. Lukis carta kemampuan wang anda. Tulis dengan jelas berapa hutang yang perlu dibayar, peruntukan belanja seisi rumah dan lebihan wang yang boleh digunakan.
  4. Tegur pasangan secara lembut tetapi tegas. Gunakan kata-kata nasihat yang tidak akan menyakiti hatinya.
  5. Ini mungkin serius, tapi sentiasalah awasi buku cek anda. Simpan juga semua kad debit dan kad ATM bersama anda.
  6. Sentiasa pastikan pasangan anda mempunyai wang perbelanjaan yang cukup. Bertolak ansur jika dia ingin membeli sesuatu agar dia tidak terasa seperti kanak-kanak kecil.
  7. Bersama-sama membeli-belah, atau sentiasa hadiahkan barangan yang diminatinya agar dia berhenti secara perlahan-lahan. Pastikan pembelian yang besar atau mahal perlu dilakukan bersama anda.
  8. Ajak pasangan anda menikmati keseronokan dengan cara lain seperti menyertai kelas menari, bermain badminton atau kelab buku untuk mengalihkan perhatiannya.
IKLAN
Share