LEE ZII JIA

Ramai yang menggelar atlet badminton ini sebagai pelapis Datuk Lee Chong Wei kerana bakat dan kemampuannya mencipta nama di persada sukan antarabangsa. Apatah lagi sejak Lee Zii Jia melakar sejarah menjadi juara All England 2021 selepas kali terakhir Datuk Lee Chong Wei memegang gelaran itu pada tahun 2017.

IKLAN

Sejak detik gemilang itu, Zii Jia berjaya menduduki ranking ke-10 dunia. Lebih manis tahun ini, Zii Jia memperbaharui rekod peribadi dan naik ke ranking ketujuh dunia selaku pemain perseorangan lelaki ketika usianya baru mencecah 23 tahun. Bukan calang-calang tu!

Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia / Ketika menang All England 2021

Credit Instagram @leeziijia
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia

Tidak hairanlah Zii Jia mempunyai semangat luar biasa dan mampu menggentarkan pihak lawan di gelanggang kerana darah ahli sukan mengalir dalam diri atlet ini dari kecil lagi. Malah, dia sudah mula menceburi arena sukan badminton ketika berusia enam tahun.

Bapanya, Lee Chin Hin merupakan bekas atlet bola keranjang kebangsaan dan pernah beraksi dalam Sukan SEA 1993 di Singapura. Difahamkan ibu Zii Jia pula iaitu Leow Siet Peng ialah seorang guru.

Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia / Mengadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia / Zii Jia ketika kecil
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia / Bersama ibu bapa & Tan Sri Norza Zakaria

Bakal meniti usia 24 tahun pada 29 Mac nanti, Zii Jia sudah pun meraih pelbagai kemenangan dan pencapaian membanggakan.

Baru-baru ini, pemain profesional lelaki negara berkenaan menggalas tanggungjawab baharu apabila dilantik sebagai Ketua Pegawai Motivasi OPPO dan menjadi duta rasmi Reno7 Series 5G.

Dedah atlet berketinggian 186 sentimeter itu, Glad to announce to the world that I’ve been appointed as Chief Motivation Officer (CMO) of OPPO Malaysia! Different world, different challenge indeed but I’ll constantly try my best to push for OPPO’s success.

So far, so good, in love with this new role. What’s important is never stop and never say never. To more joy and success. Okay, see you guys around!

IKLAN

Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia

Nama Zii Jia menjadi bualan peminat sukan tanah air kebelakangan ini selepas dia berjaya menewaskan pemain badminton dari Jepun, Kento Momota untuk melayakkan diri ke Separuh Akhir All England 2022 di Utilita Arena Birmingham.

IKLAN

Bagaimana pun, dia gagal mengekalkan kejuaraan All England tahun lalu apabila tewas di tangan pemain dari India, Lakshya Sen untuk mara ke peringkat akhir. Pun begitu, Zii Jia melahirkan ucapan terima kasih terhadap peminat kerana tidak putus-putus memberi sokongan kepadanya sepanjang perlawanan tersebut.

Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia
Ikut Jejak Langkah Bapa Jadi Atlet, LEE ZII JIA Duduki Ranking 7 Dunia Usia 23 Tahun!
Credit Instagram @leeziijia

“Terpaksa akur dengan jelajah Kejohanan All England 2022 setakat peringkat Separuh Akhir. Walau bagaimanapun saya amat terharu dengan kunjungan peminat-peminat badminton yang memberi sokongan gemuruh bergema di stadium Birmingham selama minggu ini.

Tak kurang juga yang bersama di depan kaca TV di luar sana. Saya harus tekad dan kembali berlatih untuk membuat persediaan menghadapi pertandingan seterusnya. Jom pakat pulun Zii Jia pulun demi menjadikan mimpi bagaikan kenyataan.”

Moga Zii Jia terus bersemangat dan berjaya mengharumkan nama negara dalam siri perlawanan badminton dunia yang akan datang.

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI