Ini Larangan Yang Harus Dipatuhi WANITA Arab Saudi, Kalau Tidak Akan Dihukum!

Suatu ketika dahulu, negara Arab Saudi menjadi satu-satunya negara yang tidak membenarkan golongan wanita untuk memandu kereta. Namun bermula semalam, kaum wanita di negara Timur Tengah itu menyambut berita gembira apabila mereka dibenarkan untuk memandu kereta secara sah.

Setelah sekian lama terkurung dan hanya boleh meminta bantuan abang, suami, saudara lelaki atau menggunakan perkhidmatan Uber untuk ke sesuatu destinasi, kini golongan wanita di sana seperti mencapai kemerdekaan kerana boleh memandu kereta ke mana-mana sahaja dan boleh membuat permohonan lesen memandu.

Arab Saudi atau Kingdom of Saudi Arabia

(KSA), merupakan sebuah negara Arab yang berada di wilayah Asia Barat dan negara ini merupakan negara terbesar ke 5 di Asia. Selain wanita tidak dibenarkan memandu, negara ini juga memang terkenal sebagai negara yang melaksanakan pelbagai peraturan ketat lain terhadap golongan wanita di negara tersebut. Sebahagian daripada larangan tersebut ada berdasarkan Syariat Islam dan sebahagian lagi diusulkan oleh Pejabat Pemerintah.

Berikut adalah contoh larangan-larangan ketat yang dijalankan oleh pemerintahan Arab Saudi kepada kaum wanita di sana.

 

1. MENUTUP AURAT

Pakaian menjadi salah satu yang sensitif bagi masyarakat di sana. Sebagai negara Islam, kerajaan tersebut memerintahkan supaya wanita mengenakan pakaian yang panjang dan tidak menampakkan bentuk tubuh badan selari dengan Syariat Islam yang mewajibkan kita untuk menutup aurat. Umumnya, pakaian yang hanya digunakan adalah abaya yang berwarna hitam. Wanita yang didapati tidak memakai abaya akan ditangkap dan diberikan hukuman.

 

2. AKSESORI WANITA TIDAK DIBENARKAN

Memakai aksesori atau hiasan tambahan seperti rantai juga tidak dibenarkan dan dilarang keras. Selain itu, wanita di negara ini juga dilarang untuk mengenakan solekan di wajah.

 

3. KELUAR TANPA IZIN

Keluar tanpa izin daripada suami atau wali lelaki adalah dilarang. Wanita juga tidak diizinkan untuk meninggalkan rumah sendiri dan dilarang menerima tetamu lelaki dan apatah lagi untuk berinteraksi dengan lelaki bukan Mahram.

 

4. ACARA SUKAN

Wanita di Arab Saudi berdepan halangan untuk bersukan. Mereka perlu memakai pakaian menutup aurat di tempat awam, mematuhi peraturan pengasingan gender yang ketat dan mendapatkan kebenaran daripada penjaga lelaki untuk mengembara, belajar atau berkahwin.

Kali pertama negara yang kaya hasil minyak itu menghantar atlet wanita ialah Olimpik 2012 di London.

 

 

5. PERKAHWINAN

Perempuan yang ingin berkahwin degan warga asing perlu mendapatkan kebenaran dan persetujuan daripada Kementerian Dalam Negeri terlebih dahulu, namun perkara ini tidak tertakluk bagi golongan lelaki.

Bagaimanapun, Arab Saudi dilihat semakin memberi kelonggaran kepada beberapa peraturan susulan pelancaran Wawasan 2030 yang menyaksikan perubahan ekonomi dan sosial, yang antara lain menyasarkan peningkatan tenaga kerja wanita.

 

Sumber: Tribunnews.com

IKLAN
Share