Ini Rupanya Keenakan dan Khasiat Avokado Australia Yang Jarang Diketengahkan!

Tahukah anda, avokado merupakan salah satu buah-buahan yang banyak digunakan di dalam industri makanan di seluruh dunia? Ya, lihat sahaja hidangan minuman popular alpukat dan hidangan salad yang menjadi sebahagian menu kegemaran individu yang menjaga pemakanan. Mereka menjadikan buah avokado sebahagian daripada hidangan diet sihat seharian!
Tidak hairanlah mengapa Taste Australia, jenama yang mewakili industri horticulture Australia ini membawakan rangkaian buah-buahan segar avokado dari Australia ini sempena kempen Tasty and Nutritious Avocado

. Kempen tersebut bertujuan untuk menggalakkan rakyat Malaysia menikmati variasi hidangan berasaskan avokado yang sihat dan enak memandangkan buah istimewa ini boleh didapati sepanjang tahun.

Menurut Austrade Trade Commissioner, Caitlin Noble, avokado dari Australia sentiasa diberi kualiti jaminan terbaik untuk dipasarkan terutamanya di Malaysia kerana ia menggunakan konsep air freighted untuk menjamin kesegaran dan kualiti buah yang terbaik. Memandangkan kedudukan Malaysia yang tidak begitu jauh dengan Australia, hanya dalam tempoh 48 jam rakyat Malaysia boleh menikmati kesegaran avokado bagaikan pepatah from farm to table! Kebanyakan buah avokado ditanam di utara dan selatan Austalia seperti Victoria dan New South Wales. Selain itu, Queensland juga merupakan lokasi penanaman avokado di Australia.

Pakar nutrisi, Alexandra Prabaharan turut berkongsi khasiat yang tersembunyi di dalam avokado yang tidak disedari oleh orang ramai. Menurutnya, walaupun avokado mempunyai rasa likat yang sedikit pelik, tetapi ia mengandungi kombinasi mineral dan vitamin yang tinggi untuk sistem imunisasi tubuh, mempertingkatkan daya ingatan, menguatkan tulang dan menjaga kesihatan kulit yang lebih baik. Jangan tak tahu, avokado juga boleh menaikkan mood seseorang menjadi lebih baik! Pendek kata, avocados make everything better!


Selain itu, penambahan avokado di dalam salad didapati menambahkan lagi penyerapan nutrien lain seperti lycopene

dari tomato merah dan beta carotene dari lobak merah. Mungkin lepas ini jika anda tidak pernah mencuba avokado boleh mula menikmati super fruit ini untuk kesihatan luaran dan dalaman!
IKLAN
Share