Ketika pertama kali memuat naik gambarnya berpenampilan sopan dan bertudung labuh di Instagram sekitar Ogos tahun lalu, pelakon jelita Izara Aishah menarik perhatian peminat dan warganet sekaligus mencetuskan tanda tanya adakah dia sudah mula bertudung.
Ketika itu, pemenang tempat ke-2 Pencarian Dewi Remaja 2010/2011 ini terus mencetuskan tanda tanya apabila dia turut menutup ruangan komen di posting tersebut. Lebih menguatkan spekulasi, Izara atau nama sebenarnya Nik Izara Aishah Nik Izazurin ini bertindak memadam semua gambar lamanya yang tidak bertudung di Instagram.
Penghijrahan pelakon berusia 29 tahun ini yang tampil sopan dan bertudung labuh mendapat reaksi positif di kalangan warganet yang turut gembira dengan perubahannya.
Menurut menantu kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza ini, penghijrahannya itu bukanlah alasan untuk dia tidak menjaga penampilan dan kecantikan seperti biasa.
Ads
Malah, pelakon filem Kau Yang Satu Ini turut berkongsi satu hadis yang menyebut Allah SWT menyukai umatnya yang menjaga kebersihan dan kecantikan. Namun, perlu berpada-pada dan jangan menimbulkan rasa riak.
Melihat kepada penampilan terkini Izara sejuk mata memandang. Cantik luar dan dalam walau bergelar ibu serta isteri. Walau bertudung labuh tetapi Izara tetap ada ‘taste’ tersendiri dalam berfesyen. Semoga Izara kekal istiqamah dan bahagia bersama keluarga tersayang.
Ads
Untuk rekod, pada tahun 2017 Izara berkahwin dengan Muhammad Adib Khalid yang merupakan anak tiri Datuk Seri Siti Nurhaliza. Mereka dikurniakan seorang puteri bernama Irisa Alaia yang kini berusia dua tahun.
11 INSPIRASI GAYA & SOLEKAN IZARA AISHAH
Ads
Kredit Foto: Instagram Izara Aishah
Majalah Nona juga ada di Telegram. Jom follow sekarang untuk akses lebih banyak artikel dan video-video terkini. Klik link DI SINI
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kalau dulu selebriti jelita seperti Aishwarya Rai, Kajol, Kareena Kapoor dan Priyanka Chopra mewarnai industri filem Bollywood kini muncul pelapis baharu yang memiliki pakej lengkap bergelar bintang di India. Salah seorangnya ialah anak aktor terkenal Saif Ali Khan ini.
Meniti usia 30 tahun, Sara Ali Khan tidak sekadar dikagumi peminat filem Bollywood kerana mewarisi wajah cantik ibunya. Bahkan dia juga memiliki perwatakan menarik dan ‘humble’.
Sara merupakan anak sulung Saif Ali Khan bersama bekas isteri yang juga pelakon Amrita Singh. Sara juga mempunyai seorang adik lelaki iaitu Ibrahim Ali Khan. Jelitawan ini dilahirkan di Mumbai, India dan berketurunan bangsawan Pataudi.
Meskipun dilahirkan dalam ‘dulang emas’ namun Sara Ali Khan seorang wanita berdikari dan mementingkan pelajaran. Dia dilapor menamatkan pengajian peringkat ijazah dalam bidang Sejarah dan Sains Politik, Columbia University pada 2016.
Memandangkan darah seni yang kuat mengalir dalam diri, Sara menerusi laporan media NDTV.com mendedahkan ketika masih berada pada tahun akhir pengajian dia sudah mula mengambil kelas lakonan demi meneruskan minatnya dalam industri seni.
Bersandarkan kecantikan dan kecemerlangan akademik, Sara menjadi salah seorang bintang baharu kesayangan peminat di India ketika ini dan meraih populariti kerana keperibadian yang ada dalam dirinya.
Malah aktres ini juga sering membuatkan penonton tertawan dengan rupa paras yang dimiliki dan menjadi inspirasi wanita kerana kejayaannya menurunkan berat badan.
Tidak malu berkongsi bentuk fizikal yang dialami suatu ketika dahulu, Sara mengaku pernah berdepan masalah berat badan sehingga mencecah 96 kilogram.
Lebih memeritkan, dia turut mengalami Polycystic Ovary Syndrome (PCOS) dan gangguan hormon yang menyukarkan Sara untuk menurunkan berat badan. Walau bertubuh gempal waktu itu namun dia tetap positif dan ceria di samping keluarga, rakan-rakan dan orang sekeliling.
Sara Ali Khan juga mendedahkan semasa akhir tahun kedua pengajian di Columbia University, dia bercita-cita mahu bergelar pelakon dan menyedari perlu melakukan sesuatu terhadap masalah berat badan yang dialami untuk menggapai impian tersebut.
Berkat usaha keras dan dedikasi untuk tampil lebih sihat, Sara berjaya menurunkan berat badan sehingga 30 kilogram hasil pemakanan sihat dan aktiviti senaman kardio ketika berada pada tahun akhir di universiti.
Biarpun ibu dan bapanya sudah berpisah tapi Sara berhubungan baik dengan ibu tiri yang juga pelakon terkenal, Kareena Kapoor. Malah, dia disifatkan seorang kakak yang penyayang dan rajin melayan adiknya iaitu Taimur Ali Khan dan Jeh Ali Khan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai yang menyangka, bila bertudung hitam maknanya kita boleh mengadunkan semua jenis warna dalam solekan.
Memang benar warna tudung hitam boleh menyerap semua warna yang diaplikasikan dalam solekan tetapi kombinasi yang paling menyerlah adalah mempertegaskan solekan mata.
Satu tip Nona, pembayang mata rona gelap benar-benar menyerlah untuk penampilan seperti ini. Ikuti tip solekan ini agar penampilan anda dalam tudung hitam tampak lebih menawan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Terpesona dengan kecantikan yang dimiliki Miss Universe Indonesia 2013, Whulandary Herman ini. Mana tidaknya, walau pun sudah berkahwin dan mempunyai seorang anak
yang bakal berusia setahun namun kejelitaan Whulan masih segar! Tidak keterlaluan jika penulis katakan rupa paras Whulan lebih berseri sejak bergelar isteri dan ibu. Pastinya sebab sedang diulit bahagia di samping insan tersayang.
Pernah menjadi wajah penghias Nona tidak lama dulu, Whulan yang kini berusia 30 tahun seorang yang ramah dan senang didekati. Kaya dengan sifat rendah diri dan kelakar,
Whulan juga merupakan juara Puteri Indonesia 2013 sebelum mewakili Indonesia dalam pertandingan ratu cantik Miss Universe pada tahun yang sama. Bersandarkan wajah cantik, susuk tubuh lampai dan rambut panjang mengurai… tidak hairanlah dia mampu meraih perhatian juri di pentas ratu cantik. Sememangnya Whulan memiliki pakej lengkap
seorang ratu.
“Pertandingan Miss Universe nyata mengubah hidup saya 100 peratus. Sebelum ini saya juga terlibat dalam bidang modelling dan berlakon filem. Bagi saya, tanggungjawab jadi lebih besar bila dah bergelar public figure. Untuk itu saya akan pastikan setiap apa yang saya kongsi kepada masyarakat tidak kira dalam media sosial atau sebaliknya adalah perkongsian yang berguna kepada orang ramai.”
Saat ditanya rutin kecantikan, Whulan tanpa berselindung akui mengamalkan petua tradisi tinggalan nenek moyang. “Dari kecil mama sudah pakaikan minyak kemiri di rambut saya setiap kali sebelum tidur. Ia adalah petua dari nenek yang masih kami amalkan. Begitu juga lidah buaya yang saya tanam di rumah dan pakai untuk muka dan elak selulit. Malah sejak dulu mama ajar, sejauh mana kita ‘terbang’ sekalipun jangan lupa asal usul kita. Termasuklah dari cara merawat diri, interaksi dan sebagainya.
Bahkan lepas bersalin saya turut berpantang 44 hari seperti yang disaran suami dan keluarga. Masa pantang, saya memang pakai bengkung, param dan sapu perut dengan
kapur. Memang saya ni jenis ikut tradisi. Iyalah, kalau tak jaga nanti tinggal kenangan saja body Miss Universe ni,” selorohnya.
Ujar isteri Nik Ibrahim ini lagi, “Mungkin ada di antara ibu-ibu yang ada anak ramai jadi lupa macam mana nak merawat diri sebab terlalu sibuk. Kalau saya, waktu ‘me time’ selalunya Subuh. Contohnya sambil siapkan sarapan sambil tu kita rawat rambut atau kulit wajah. Penting bagi isteri menjaga kecantikan lepas bersalin. Jangan sampai suami pulang ke rumah dan nampak keadaan isteri tak terurus.
Mama nasihat, macam mana rupa kita pergi ke mall… macam tu jugalah kita kena cantikkan diri depan suami. Bukanlah maksud kena mekap tebal. Sekurang-kurangnya berdandan dan suami tengok pun tenang. Kalau suami pandang perempuan lain kita cemburu tapi bagaimana pula rupa kita depan suami? Adakah baik atau sebaliknya? Itulah yang mama selalu ajar dan ingatkan saya.
Bab makan pula saya jenis yang suka menu padang. Diet harian saya mesti ada ikan, sayur, daging dan nasi putih cuma saya lebihkan lauk daripada nasi. Ais krim pun saya makan sebab saya suka makanan yang manis tapi bersederhana. Cukup pukul 7 malam saya stop makan.”
Dikenali sebagai personaliti TV dan individu yang berpengalaman luas dalam pertandingan ratu cantik, Whulan kini merupakan pengusaha sebuah Beauty Camp dikenali sebagai
Artika Whulandary. Tidak sekadar mengajar wanita tentang cara berjalan, bercakap dan kemahiran berkomunikasi untuk bertanding dalam ratu cantik… Whulan juga menjalankan
perniagaan Dapur Universe yang mengetengahkan aneka sajian masakan Padang. Pandai Whulan merencana karier!
Selamat bergelar ibu pada tanggal 18 Jun 2019, ibu Nik Zayn Nik Ibrahim ini melahirkan cahaya mata sulungnya secara pembedahan memandangkan bayi lelaki yang dikandung
lahir pramatang. Dirisik tentang perkenalannya bersama suami tercinta, Whulan terbuka berkongsi kisah cinta yang terjalin dengan usahawan Malaysia berkenan.
“Semuanya bermula ketika saya sedang bercuti di Fiji Island sementara suami pula di Fuji Mountain. Kawan-kawan cuba kenalkan kami menerusi whatsapp group kerana mereka sangka kami bercuti di tempat yang sama. Suami ketika itu whatsapp saya secara peribadi dan mahu berjumpa. Lepas dia kongsi lokasinya, baru kami perasan yang tempat kami jauh beribu batu. Dan dari situlah sebenarnya bibit permulaan kami.
Kami sempat bertunang dan hanya enam bulan kenal, masing-masing setuju untuk nikah. Awal pertemuan dulu saya beritahu jika dia mahu serius dan sedang mencari isteri… saya sudah bersedia dan minta dia datang ke Indonesia untuk bertemua keluarga. Alhamdulillah, kami bahagia sampai sekarang,” akhiri Whulan yang gemar rutin senaman yoga dan boxing.
Kredit foto: Instagram Whulandary Herman
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Zizi Kirana Sambut Ramadan di Syria apabila penyanyi itu menyertai misi bantuan kemanusiaan menyampaikan makanan, kit ibadah dan bantuan kepada keluarga serta kanak-kanak yang berpuasa di kawasan perang.