Beberapa hari kebelakangan ini nama Masoud Pezeshkian hangat diperkata di seluruh dunia. Beliau disifatkan seorang pemimpin berjiwa berani dan tegas mempertahan kedaulatan negaranya, Iran. Di sebalik populariti Presiden Iran ini, anak perempuannya yang sering dilihat berada di sisi iaitu Zahra Pezeshkian turut menjadi perhatian masyarakat dunia.
Kelibat Zahra yang setia menemani bapa tersayang ke majlis rasmi mahupun ketika turun padang bertemu rakyat bukan lagi perkara asing bagi penduduk Iran. Zahra Pezeshkian sentiasa tampil dengan busana hitam dan lengkap bertudung serta ‘kaya’ dengan senyuman.
Zahra Pezeshkian Setia Di Sisi Bapa, Masoud Pezeshkian
Memetik laporan media News Central Asia, anak perempuan Masoud Pezeshkian ini seorang wanita bijak dan berpendidikan tinggi. Dia merupakan graduan Ijazah Sarjana Kimia dari Sharif University dan pernah berkhidmat sebagai jurutera kimia di Jam Petrochemical Complex sebelum pemerintahan kerajaan bekas pemimpin, Hassan Rouhani.
Sokongan tidak berbelah bahagi Zahra terhadap karier politik bapa meraih pujian pelbagai pihak. Dari proses pencalonan bagi kempen Pilihan Raya Presiden Iran sehinggalah bapanya dipilih sebagai presiden secara rasmi, kelibat Zahra tidak pernah jauh daripada pemimpin tersebut walau pun dia dilaporkan sudah berumah tangga.
Sebelum ini salah seorang bekas menteri Iran iaitu Massoumeh Ebtekar pernah melabelkan gelaran The First Daughter kepada Zahra kerana komitmennya menjalankan tugas yang selama ini menjadi peranan isteri kepada presiden.
Yang pasti, kesetiaan Zahra Pezeshkian terhadap bapanya yang juga Pakar Kardiologi terbit daripada rasa kasih yang menebal setelah melihat pengorbanan dan jasa pemimpin berusia 70 tahun tersebut membesarkan anak-anak selepas kematian ibu dan adik bongsu pada tahun 1993.
Ads
Difahamkan isteri Masoud Pezeshkian iaitu Dr Fatemeh Majidi yang juga Pakar Sakit Puan meninggal dunia bersama anak bongsu mereka akibat nahas jalan raya pada tahun 1993.
Meskipun sedih dengan insiden tragis itu tapi Masoud tabah harungi hari mendatang bersama tiga lagi anaknya. Dia juga memutuskan untuk tidak lagi berkahwin. Sebaliknya belajar untuk memasak dan membesarkan anak-anak iaitu seorang perempuan dan dua anak lelaki.
Peribadi Bapa Zahra Pezeshkian
Dalam kesibukannya sebagai pakar bedah jantung dan tanggungjawab mengetuai Tabriz University of Medical Sciences, dia nekad menelaah buku pelajaran anak-anak agar dapat membantu mereka belajar dan menjadi tutor mereka.
Ads
Dia berusaha menjadi bapa dan ‘ibu’ terbaik untuk anak-anak dengan menyediakan masakan, beri kasih sayang sepenuhnya dan berkhidmat sebagai doktor dengan sebaik mungkin.
Ketika meneraju Tabriz University of Medical Sciences, Masoud Pezeshkian dikenali kerana usahanya memperketat pemakaian tudung di universiti. Bahkan sejak mentadbir Iran, beliau turut lantang menyuarakan isu berkaitan wanita termasuk syarat pemakaian tudung.
Pengorbanannya terbalas apabila melihat kejayaan anak-anaknya hari ini. Selain Zahra, Youssef Pezeshkian merupakan graduan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang Fizik. Mehdi Pezeshkian juga dilaporkan graduan PhD.
Kerjaya politik Masoud Pezeshkian bermula semasa dia menyertai pentadbiran Presiden Mohammad Khatami sebagai Timbalan Menteri Kesihatan pada 1997. Dia kemudian dilantik memegang jawatan Menteri Kesihatan selama empat tahun dari 2001 hingga 2005.
Beliau seterusnya menjadi Ahli Parlimen Iran sebanyak lima kali mewakili Tabriz. Masoud Pezeshkian menyertai Pilihan Raya Presiden pada tahun 2012, 2021 dan buat kali ketiga pada 2024 dan akhirnya menjadi Presiden.
Beliau juga fasih bertutur dalam Bahasa Arab dan Inggeris.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang tak mengenali pelakon dan bekas model yang merupakan bekas peserta program Dewi Remaja, Mawar Rashid atau nama penuhnya, Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid.
Dan baru-baru ini, isteri kepada Raff Yaakob itu berkongsi berita gembira di mana dia dipertemukan dengan adik kandungnya yang terpisah selama 23 tahun!
Mengakui sebak dan teruja bergelar kakak, Mawar berkongsikan foto mereka berdua bergambar bersama di laman sosial Instagramnya. “Inilah kali pertama jumpa adik kandung Mawar. Dapat peluk, bercakap dan dan kenal antara satu sama lain,” tulis Mawar.
Dikenali sebagai Aireen, adik kandung Mawar ini merupakan hasil perkongsiap hidup arwah ayah Mawar yang memiliki tiga orang isteri, di mana Mawar merupakan anak isteri kedua ayahnya.
“Tapi Mawar tak pernah jumpa adik beradik Mawar dari isteri nombor tiga itu. Mungkin pernah jumpa, tapi lupa sebab masa itu masih kecil, umur Mawar 5 tahun,” kongsi Mawar.
“Aireen ada seorang lagi adik perempuan. Jadi kiranya Mawar ada dua orang lagi adik kandung perempuan. Selama ini berangan jadi anak bongsu, tapi sebenarnya Mawar ada adik lagi.”
Biarpun berlainan ibu, perasan sayang sangat menebal dalam jiwa apabila Mawar berjumpa Aireen. Mawar juga sempat menitipkan perasaan rindunya terhadap arwah ayahnya dan meminta pengikut dan peminatnya untuk sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat arwah ayahnya.
Malah Mawar mengakui wajah adik kandungnya saling tidak tumpah dengan arwah ayahnya. “Rindu sangat kat arwah papa, sama-sama kita sedekahkan Al-fatihah buat Arwah Papa Mawar, Dato Haji Wan Abdul Rashid.”
***
Majalah Nona juga ada di Telegram. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
***
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sempena menyambut kemerdekaan negara ke 65, satu lagi lokasi peranginan bandar bertaraf lima bintang membuka pintunya secara rasmi untuk para tetamu. M Resort Hotel Kuala Lumpur yang terletak di Bukit Kiara, Kuala Lumpur menjanjikan percutian dalam bandar bersama keluarga di hujung minggu yang menyeronokkan.
Destinasi percutian terbaharu ini beroperasi dan dimiliki 100 peratus oleh jenama tempatan dengan tenaga kerja kira-kira 250 orang kakitangan yang berpengalaman dalam industri hospitaliti.
Menyahut inspirasi huruf pertama dalam perkataan Malaysia iaitu ‘M’ sebagai nama hotel, ia bukan sahaja mempunyai lokasi yang strategik, malah dikelilingi sumber alam semula jadi yang menghijau, sesuai untuk merehatkan tubuh dan minda.
M Resort Hotel menawarkan 385 bilik tetamu yang terdiri daripada bilik Standard, Superior, Deluxe dan Suite Eksekutif, setiap ruangan dihasilkan dengan susun atur dan mempunyai fungsi tersendiri.
Ia turut menyediakan kemudahan persidangan dan mesyuarat dengan saiz 5,000 meter persegi yang dilengkapi dengan teknologi canggih.
Selain itu, M Resort Hotel turut menawarkan kemudahan seperti spa dikenali sebagai M Spa, restoran dan pusat kecergasan yang beroperasi sepanjang hari, bar serta ruang rehat. Bagi anda yang bercuti bersama keluarga, pasti keseronokan di kolam renang dengan gelongsor air dan Kids’ Club menjadi pilihan untuk menghiburkan hati dengan keriangan yang tiada tandingannya!
Hanya kira-kira 60 kilometer (km) dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan 16 km dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (Skypark), M Resort Hotel memberikan akses mudah untuk para tetamu untuk meneroka keindahan Kuala Lumpur sebagai salah sebuah lokasi percutain dalam bandar yang menawarkan pelbagai keseronokan yang tidak kurang hebatnya.
Tambahan pula, hotel gaya hidup yang diinspirasikan oleh budaya tempatan ini juga menawarkan pemandangan unik dari kawasan hijau yang terkenal di ibu negara iaitu Kelab Golf Perkhidmatan Awam (KGPA).
Sesuai buat golongan elit bandar dan pengembara perniagaan, M Resort Hotel bakal memberikan penginapan 1,001 kenangan dengan pelbagai hidangan yang menakjubkan bukan sahaja untuk golongan elit bandar, malah amat sesuai untuk pengembara perniagaan yang inginkan penginapan yang merangkumi dua konsep iaitu work and fun.
Esok M Resort Hotel bakal dibuka kepada umum. Namun tempahan sudah dibuka melalui dalam talian. Nikmati perkhidmatan intuitif yang diperibadikan buat pelanggan. Layari laman web M Resort Hotel untuk maklumat lanjut.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Makin meningkat usia, makin matang dan jelita! Itu gambaran tepat buat Maya Karin yang baru saja menginjak usia 46 tahun pada 29 Oktober lepas. Seiring pertambahan usia, aktres Pontianak Harum Sundal Malam ini juga kian matang melayari kehidupan. Tanpa gosip mahupun kontroversi, tahu-tahu saja Maya ‘keluar’ dengan naskhah baharu.
Lakonan Maya dalam Telaga Suriram baru-baru ini nyata mengubat kerinduan peminat. Meskipun sudah meniti usia lewat 40an dan ramai kehadiran pendatang baharu dalam industri seni namun pemilik nama Maya Karin Roelcke ini tetap mendapat kepercayaan penerbit untuk menggalas watak heroin.
Maya Karin Tersenarai Pelakon Wanita Terbaik FFM 34
Yang pasti, kemampuan Maya Karin menerajui filem Telaga Suriram meraih perhatian juri hingga dia tersenarai dalam pencalonan Pelakon Wanita Terbaik FFM. Antara pelakon wanita yang turut merebut kategori tersebut ialah Nabila Huda, Datin Sofea Jane, Khatijah Tan dan Sweet Qismina.
Namun kemenangan berpihak kepada Sweet Qismina menerusi lakonannya dalam filem Babah.
Maya Karin yang anggun menghadiri FFM dalam persalinan gaun labuh rona beige tampil memukau dengan aura dan pesonanya. Meniti usia 46 tahun, penampilan dan kecantikan semula jadi aktres ini dikagumi peminat kesayangan. Awet muda orangnya!
Jelitawan ini dilahirkan pada 29 Oktober 1979 di Bayreuth, Jerman. Bersempena ulang tahun kelahiran, Maya bersyukur diraikan insan tersayang biarpun dengan sebiji kek kecil.
“Thank you to my luvies for celebrating with me!! Even though song key is out. Hantam ketam and other small goodies!”
Kehidupan Maya Karin
Difahamkan Maya membesar di Indonesia sehingga umur 17 tahun sebelum berhijrah ke Malaysia. Dia berkelulusan dalam bidang media dan pemasaran dari Lim Kok Wing University.
Maya merupakan anak sulung daripada tiga adik-beradik dan dia mula aktif menceburi industri hiburan sejak tahun 2001.
Selain bergelar pelakon, nama Maya juga dikenali sebagai pengacara, model dan duta produk. Malah, Maya sebelum ini pernah menerbitkan beberapa lagu termasuk Erti Cinta dan Teka-Teki.
Selebriti ini bukan hanya dikurniakan wajah cantik dan berbakat besar dalam industri seni bahkan memiliki kepakaran dalam mengusahakan perniagaan.
Maya Karin pernah terlibat dalam bidang hartanah dan berbakat dalam bidang masakan.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diam tak diam, usia perkahwinan usahawan Vie Shantie Khan dan suami tercinta, Datuk Seri Panglima Abdul Rahman Dahlan hampir menjangkau usia 10 tahun. Tanggal 11 November pastinya menjadi detik terindah dan bermakna bagi pengasas jenama muslimah V Hijrah ini apabila dia kembali bertemu jodoh selepas perkahwinan terdahulu berakhir ...