“Tolong! Kami terputus bekalan makanan, terputus elektrik, terputus hubungan jalan!” Itu rayuan seorang mangsa banjir di Desa Murni yang rumahnya sehingga kini masih ditenggelami air separas pinggang.

IKLAN

Meskipun pagi ini dilaporkan sebahagian kawasan banjir sudah surut, namun masih ada lagi sebahagian kawasan yang terjejas ditenggelami air. Lebih membimbangkan, terdapat beberapa kampung yang dikhabarkan belum menerima bantuan sewajarnya kerana terputus jalan.

Rayu Percepatkan Bantuan, Masih Ramai MANGSA BANJIR PULAU PINANG Terkandas Tanpa Keperluan Asas!

Menurut laporan dari pusat penempatan banjir, keadaan di sana dikatakan amat menyedihkan kerana mangsa banjir hanya sempat menyelamatkan diri tanpa membawa sebarang keperluan asas.

Di antara bantuan yang amat diperlukan pada ketika ini adalah:

  1. Makanan dan minuman
  2. Ubat-ubatan
  3. Baju dalam
  4. Seluar dalam
  5. Pad (tuala wanita)
  6. Seluar dalam pakai buang
  7. Baju
  8. Seluar
  9. Barangan mandian seperti sabun mandi, shampoo, berus gigi, ubat gigi
  10. Tuala mandi
  11. Selimut
  12. Alas tempat tidur (Toto)

Dalam hebahan terbaru di Facebook Penang La Nii, pusat pemindahan amat memerlukan sumbangan orang ramai seperti air bersih, makanan, pakaian, barang-barang bayi, tilam dan bantal.

Salurkan sumbangan terus di pusat pemindahan banjir Dewan Orang Ramai Mengkuang Titi, Pusat Banjir Lubok Meriam, Sekolah Agama Masjid Mengkuang Semarak, Dewan Orang Ramai Kampung Kota, Dewan Pengkalan Tambang, Dewan Banjir Guar Perahu, Sekolah KAFA Kubang Semang, Sekolah Kebangsaan (SK) Penanti dan Surau Kampung Tok Subuh.

RM1 Juta Dari Selangor

IKLAN

Masih terkesan dengan musibah banjir yang melumpuhkan Pulau Pinang semalam, kehadiran Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali yang turun padang melihat sendiri keadaan getir di sana mencuri perhatian Nona.

Dalam waktu-waktu mencemaskan ini, keputusan beliau mengumumkan bantuan banjir sebanyak RM1 juta kepada Pulau Pinang serta menggerakkan pasukan sukarelawan bagi meringankan kerja-kerja pembersihan selepas banjir juga adalah cukup bijak.

Dalam lawatan ringkas itu, Mohamed Azmin yang ditemani Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut diberi taklimat mengenai perkembangan banjir di bilik kawalan Majlis Bandaraya Pulau Pinang.

IKLAN

Rayu Percepatkan Bantuan, Masih Ramai MANGSA BANJIR PULAU PINANG Terkandas Tanpa Keperluan Asas!

Rayu Percepatkan Bantuan, Masih Ramai MANGSA BANJIR PULAU PINANG Terkandas Tanpa Keperluan Asas!

Dalam pada itu, kelibat Datuk Bandar Majlis Bandaraya Pulau Pinang iaitu Dato’ Maimunah Mohd Sharif yang berhempas-pulas bersama pegawai dan kakitangan MBPP tengah malam tadi membersihkan kawasan yang terjejas akibat banjir cukup mengharukan. Norzalina Mohd Alias

Rayu Percepatkan Bantuan, Masih Ramai MANGSA BANJIR PULAU PINANG Terkandas Tanpa Keperluan Asas!

Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI