Inspirasi Kek Perkahwinan Air Tangan Nenda Tersayang Berusia 81, Mira Filzah Belajar Buat Kek

Kagum dengan semangat nenek Mira Filzah yang digelarnya sebagai Opah. Wanita yang berusia umur 81 itu telah menyuntik inspirasi kepada wanita lain bahawa usia bukan penghalang untuk melakukan sesuatu. Mira Filzah begitu bangga berkongsi foto kek perkahwinannya hasil sentuhan opah tersayang atau nama penuhnya, Yun Abdul Rahman.

Mira Filzah bersama opah kesayangannya, Yun Abdul Rahman. Foto: Instagram @mfmirafilzah

Dikhabarkan opah Mira Filzah telah pun ‘bersara’ daripada membuat kek tetapi telah mengambil inisiatif untuk membuat 2 jenis kek bagi meraikan hari bahagia Mira Filzah bersama suaminya, Wan Emir Astar yang merupakan anak sulung kepada Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datin Mastura Mohd Yazid.

Cantiknya kek perkahwinan MIra Filzah yang dibuat sendiri oleh opahnya yang sudah berusia 81 tahun. Foto: Instagram @mfmirafilzah
Kek berbentuk Tepak Sireh kebanggaan orang negeri Perak hasil sentuhan opah Mira Filzah. Foto: Instagram @mfmirafilzah

Baru-baru ini Mira Filzah telah berkongsi aktiviti hujung minggunya dengan belajar membuat kek. Seronok melihat Mira Filzah mengadun Kek Pandan Gula Anau dan membuat sendiri dekorasi kek yang telah dipelajarinya. Mesti sedapnya rasanya, kan? Tentu suami tersayang beri pujian yang melambung.

Foto: Instagram @syerrykitchen
Foto: Instagram @syerrykitchen
Foto: Instagram @syerrykitchen

Nampaknya kecintaan Mira Filzah terhadap makanan mengiyakan perkongsian yang telah diucapkan oleh ibunya di majlis resepsi keduanya. Majlis resepsi kedua ini mencuri perhatian apabila tampil cantik dalam persalinan baby blue rekaan pereka fesyen The Rico Rinaldi. Kongsi ibu Mira Filzah, “Mira memang suka makan tapi dia control makan,”. Selalu juga tengok perkongsian Mira Filzah ‘membakar’ kalori di media sosialnya.

Foto: Instagram @mfmirafilzah
Foto: Instagram @mfmirafilzah
Foto: Instagram @thericorinaldi

Majlis perkahwinan Mira Filzah masih lagi menjadi bualan dan pelakon terkenal ini memilih pereka terkenal RizmanRuzaini, FiziWoo dan Rico Rinaldi sebagai pereka fesyen pilihannya. RizmanRuzaini mengambil masa 200 jam untuk menyiapkan busana pernikahan, FiziWoo pula mengambil masa selama 500 jam untuk majlis resepsi pertama, The Rico Rinaldi pula mengambil masa 130 jam untuk resepsi kedua. Maka jumlah keseluruhan untuk menyiapkan wedding of the year ini ialah 830 JAM.

 

IKLAN
Share