Serangan asid adalah cara penjenayah menghancurkan hidup wanita. Mereka mahu mangsa percaya bahawa tiada sesiapa yang akan memandang dan menyukai wajah ‘hodoh’ anda. Ibarat seperti jangan mimpilah punya masa depan lagi…
Itu ucapan Marzieh Ebrahimi, yang jelas bersuara lantang dengan mengatakan, dia bukan mangsa yang lemah.
IKLAN
Tepat enam tahun lalu, tarikh 15 Oktober 2014 melakar sejarah terburuk ekoran siri serangan asid berleluasa di Isfahan, Iran. Ketika itu Marzieh, 28 tahun, sedang dalam perjalanan ke klinik gigi apabila diserang tanpa sebab.
“Pada masa itu, semua orang ketakutan dengan suasana tegang di bandar kami. Saya hanya tahu seramai tiga mangsa telah menjadi mangsa simbahan asid sebelum saya. Walau bagaimanapun, saya keluar juga demi temu janji dengan doktor gigi pada hari kejadian.
Hari itu suasana begitu sibuk. Lalu lintas sesak dan ketika saya melalui Jalan Towhid, saya hanya memikirkan ruang parkir untuk meletakkan kereta. Kebetulan cuaca amat panas dan saya pun menurunkan tingkap kereta. Pada waktu yang sama, tiba-tiba saya rasakan sesuatu seperti air panas membakar wajah saya.
Segala-galanya begitu pantas dan berlaku dalam sekelip mata. Saya tidak tahu apa yang terjadi tapi saya sedar rasa terbakar itu mungkin berpunca daripada simbahan asid. Saya hanya mampu menjerit sekuat hati dan beberapa detik kemudian, dikejarkan ke hospital dengan ambulan,” cerita Marzieh.
Insiden tragik itu membuatkan Marzieh kehilangan separuh wajahnya. Kornea mata kirinya turut rosak hingga dia disahkan hilang sebelah penglihatan.
Pun begitu, pelaku jenayah masih gagal ditangkap sehingga sekarang. Banyak pihak mendakwa penjenayah adalah ekstremis Islam konservatif yang menentang penampilan wanita moden di khalayak ramai.
Pengikut liberal Iran pula percaya bahawa serangan itu mungkin berpunca akibat desakan di Parlimen tentang kod berpakaian Islamik.
TRAUMA
IKLAN
Berbulan-bulan lamanya Marzieh memencilkan diri daripada masyarakat. Walaupun rindukan kehidupan seperti sebelum itu, dia bimbang berdepan reaksi orang ramai terhadap wajahnya.
“Akhirnya saya kuatkan semangat dan katakan pada diri sendiri, ‘It’s enough. Get up!’ Cakap saja jika ditanya, saya adalah mangsa simbahan asid. Jadi setiap kali keluar, saya akan berkaca mata dan memakai pad pembalut luka.
Masa itu tunang saya, Mehrdad, sangat kerap memberi kekuatan dan semangat dalaman. Katanya, kenapa mesti takut?” cerita Marzieh yang kini sudah pun berumah tangga dengan lelaki kesayangannya itu.
IKLAN
Kini Marzieh bertindak berani sebagai aktivis masyarakat selepas pulih daripada trauma yang menyakitkan. Dia tekad ingin menghentikan segala bentuk penganiayaan seperti yang dialaminya, daripada terjadi kepada orang lain.
Marzieh berusaha keras membantu mangsa simbahan asid sepertinya agar bangkit meneruskan hidup, walaupun asid ibarat hukuman senyap dalam komuniti di sana. Dia selalu berhubung dengan mangsa-mangsa lain dan bergiat aktif dalam The Society for Supporting Acid Attack Victim.
Dia dan jurufoto Negar Masoodi juga sama-sama berkeras untuk menegakkan kebenaran. Mereka mendesak perubahan di Parlimen agar merombak enakmen undang-undang yang melarang penjualan asid di pasaran sewenang-wenangnya.
Marzieh dan Negar Masoodi
Semoga pelaku jenayah menerima pembalasan yang sewajarnya dan keganasan terhadap wanita seperti ini akan berakhir tanpa sebarang prejudis.
Kekuatan Marzieh sesungguhnya adalah hasil sokongan ahli keluarga dan masyarakat di sekeliling yang prihatin terhadap nasib yang menimpa mangsa. Dorongan sebegini amat penting untuk kekuatan mental dan emosi mereka.
Sama-samalah kita mengambil iktibar dan memperjuangkan hak wanita yang tertindas seperti yang berlaku kepada Marzieh dan saudara kita yang lain.
Sebentar tadi berlangsungnya majlis pratonton kostum nasional dan gaun malam Miss Universe Malaysia 2022 di Auditorium MYEG. Kedua-dua busana yang ditampilkan mendapat sentuhan Hatta Dolmat.
Untuk busana national costume, menyaksikan persalinan berona kelabu yang diinspirasikan dari Gunung Kinabalu, gunung tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 4,095m. Terletak di daerah Ranau, Bahagian Pantai Barat Sabah, Malaysia, gunung Kibabalu merupakan ketiga tertinggi bagi sebuah pulau di Bumi, dan gunung ke-20 paling menonjol dan menawan di dunia mengikut penonjolan topografi.
Penggunaan warna perak dan kelabu melambangkan kepingan besar granit di sepanjang Gunung Kinabalu. Pilihan warna itu juga menonjolkan kekuatan dan keyakinan, yang sesuai dengan kedudukan Gunung Kinabalu sebagai gunung tertinggi di Malaysia. Kostum ini menggabungkan tema mampan berbakti terhadap alam sekitar, yang selaras dengan kempen Lesley untuk sentiasa melayani semua orang dengan baik, termasuk alam sekitar. Fabrik kostum dan perhiasan diperbuat daripada bahan seperti kulit kayu, dan PET atau PET kitar semula (polietilena tereftalat).
Turut hadir sewaktu majlis pratonton ini ialah Elaine Daly, Pengarah Organisasi Miss Universe 2022 serta pereka Hatta Dolmat yang turut mereka gaun malam berona merah yang dilihat cukup anggun yang diinspirasikan daripada Nebula daripada kumpulan bintang dalam sistem angkasa.
Lesley atau nama sebenarnya Lesley Cheam Wei Yeng yang berasal dari Selangor menewaskan 12 peserta lain selepas juri sebulat suara memberikan kemenangan kepadanya dalam acara Miss Universe Malaysia yang berlangsung di sebuah hotel di Bukit Kiara baru-baru ini.
Miss Universe Malaysia 2023, Lesley Cheam bakal menyarung kedua-dua busana tersebut pada acara gilang gemilang, Miss Universe edisi ke 71 yang bakal diadakan pada 14 January tahun depan di New Orleans US.
***
Majalah Nona juga ada di Telegram tau. Mudah nak akses artikel menarik dan video-video terkini di sini. Jemput sertai sekarang –> https://t.me/majalahnona
Seorang pelakon, model, ibu dan isteri kepada aktor terkenal Shaheizy Sam, Nama Syatilla Melvin atau nama sebenar Siti Nur Syatilla Bt Amirol Melvin, tidak perlu diperkenalkan lagi. Namun selepas mendirikan rumah tangga dan dikurniakan permata hati bernama Syeriv Samheizy dan Sarima Samhaizy, wajahnya jarang menghiasi kaca televisyen. Tidak dinafikan lakonan mantapnya seringkali meninggalkan kesan buat peminat drama tempatan sehingga ke hari ini.
“Sejujurnya buat masa sekarang ini, saya memang memberi fokus sepenuhnya buat keluarga saya. Saya belum bersedia untuk meninggalkan Syeriv dan Sarima untuk tempoh yang lama. Saya tak nak terlepas momen mereka membesar dan kalau boleh, saya mahu melihat dia membesar di depan mata saya. Selain sibuk menguruskan rumahtangga, saya juga aktif dengan sesi fotografi dan perniagaan.
Bercakap mengenai hal keluarga dan rumahtangga. Sempat diajukan soalan mengenai cara beliau menguruskan keluarga tercinta, tambah Syatilla lagi, beliau tidak menggunakan perkhidmatan pembantu rumah dan semua urusan rumahtangga dilakukan sendiri dari A to Z selama tiga tahun beliau melayari bahtera perkahwinan bersama Sam.
“Saya seorang yang sangat pengemas dan cukup pantang melihat rumah saya semak dan berhabuk. Macam mana penat sekalipun, tidak kiralah saya sampai rumah jam 12 atau 1 pagi, saya tetap akan kemas dan bersihkan rumah terlebih dahulu. Sam ada juga menyuruh saya mengambil pembantu rumah tapi saya yakin saya masih mampu menjaga urusan rumahtangga saya sendiri buat masa ini dan jika saya dikurniakan anak lagi selepas ini baru saya fikirkan mengenai hal ini.”
foto: @samtilla
“Saya banyak belajar dengan kakak saya cara mendidik dan membesarkan anak-anak dia. Saya tak nak anak saya membesar dengan pembantu rumah dan saya seorang yang amat paranoid dan takut jika sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku. Saya lebih rela menjaga dia sendiri dan membesarkan mereka dengan tangan saya sendiri,” Bicara Syatilla yang cukup yakin dengan pendiriannya.
“Dari segi kecantikan, sejujurnya saya tiada rahsia kecantikan. Namun, apa yang boleh dikongsikan di sini ialah saya seorang yang mengamalkan makan jamu dari zaman saya anak dara lagi. Selain itu, paling penting untuk kekal muda dan bertenaga, ialah dengan selalu ‘happy’ dan ceria,” ujar Syatilla yang juga ke spa jika ada waktu terluang.
Berbicara tentang perniagaan, “Alhamdulillah, kami adik-beradik pun tidak jangka Kekasih by The Melvins akan berkembang pantas. Ini memang rezeki kurniaan Allah SWT buat kami adik-beradik, syukur sangat. Kalau ada yang tanya rahsia kejayaan ini, tiada sebarang ramuan sebenarnya tapi mungkin sebab kami sentiasa menjaga hubungan baik di antara adik-beradik. Kami tak pernah bergaduh, tak pernah bermasam muka, jauh sekali ambik hati dan tak pernah berkira terutama soal kewangan. Itulah rahsia paling besar rasanya.
Kami juga bangga dapat membantu wanita lain menjana pendapatan sampingan. Alhamdulillah beberapa bulan di pasaran kami sudah mampu membantu mereka di luar sana mendapat wang yang lebih dengan bergelar agen dan stokis. Kami bangga dapat membantu ramai pihak. Ada yang mampu membeli emas, motosikal, kereta, perabot dan melancong. Paling penting, niat untuk berniaga kena betul.”
SYIFA MELVIN
Syifa Melvin atau nama sebenar Nur Syifa Athirah Amirol Melvin memang tidak asing lagi dikalangan social media influencer. Mempunyai pengikut lebih 600k di laman Instagram melonjakkan nama wanita tinggi lampai ini sebaris dengan instafamous yang lain. Merupakan anak ketiga daripada lima adik beradik, hasil review produk yang dilakukan berjaya menjana pendapatan sendiri sekaligus menjadikan ia sebahagian daripada sumber rezeki.
“Saya seorang yang suka berkongsikan tip solekan dan apabila saya sudah berada di medium influencer, ia memudahkan lagi untuk saya berkongsikan lebih banyak tip dengan pengikut-pengikut saya dilaman Instagram. Secara tidak langsung, saya juga review produk menggunakan platform ini dan kerja saya ini memerlukan saya untuk sentiasa aktif di laman sosial.
Sejujurnya saya akui kerjaya review produk boleh menjana pendapatan yang tinggi dan kerja ini merupakan kerjaya utama yang saya sedang lakukan sekarang. Namun, saya memilih produk yang berkualiti sahaja dan saya akan memakainya terlebih dahulu sebelum membuat review. Jika bagus, baru saya akan review. Namun, Alhamdulillah buat masa ini, semua produk yang saya review semuanya tiada masalah dan mendapat maklum balas yang baik,” jelas Syifa.
Menurut Syifa lagi, terdapat begitu ramai instafamous dan social media influencer yang tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Namun bagi Syifa setiap orang ada kelebihan masing-masing dan persaingan pastinya wujud. Menjadi diri sendiri dan lebih bersahaja ketika review sesuatu produk adalah kata kunci bagi Syifa untuk relevan hingga kini.
foto: @syifamelvin
“Persaingan itu memang tidak dapat dinafikan dan ramai orang buat apa yang saya buat sekarang ini. Apapun, saya rasa pengikut saya tahu saya ini jenis yang bagaimana dan tahu kelebihan saya ketika review sesuatu produk. Tambahan pula, saya jenis tidak terlalu mengikut skrip ketika mempromosikan sesuatu produk dan mungkin saya kelihatan lebih semulajadi. Saya rasa itu merupakan satu kelebihan buat saya untuk kekal dalam industri ini.”
Menyentuh mengenai dunia seni, mungkin ramai tertanya-tanya adakah Syifa ingin menjejaki langkah kakaknya. “Sejujurnya dahulu saya tidak pernah berhasrat untuk menceburi bidang seni, namun setelah banyak kali berhadapan dengan kamera ketika review produk, keinginan untuk masuk dalam dunia seni tanh air lahir dengan sendirinya. Bagi saya, sudah tiba masanya untuk saya mencuba sesuatu yang baru dan memberi peluang kepada diri sendiri. Mungkin bukan dari segi lakonan tetapi lebih ke arah pengacaraan.
Sebelum ini, saya pernah terlibat dengan sebuah program televisyen tempatan dimana saya menjadi pengacara untuk segmen tutorial solekan sebanyak 16 episod. Dari situ, perasaan untuk menjadi pengacara semakin membuak-buak dan masih menunggu peluang yang sesuai. Namun, sekiranya ada tawaran berlakon yang datang saya terima dengan hati yang terbuka.
Berbicara mengenai lokanan, tambah Syifa lagi, dia teringin untuk membawa watak jahat dan physco. Namun watak itu bukanlah syarat yang ditetapkan beliau untuk terbabit dalam bidang lakonan. Apa yang pasti, Syifa cuba membawa watak yang diberikan dan tidak menjadikan karakter dan watak itu sebagai alasan untuk beliau membabitkan diri dalam dunia hiburan.
Dari segi pemilihan fesyen, “Jika diikutkan saya, saya seorang yang sukakan gaya ringkas dan minimalis. Saya tidak suka sesuatu yang sarat dan lebih gemar memilih busana yang polos. Syifa juga suka menggayakan busana dengan penggunaan fabrik cotton kerana pilihan fabrik ini memberikan keselesaan dan sesuai dengan cuaca di negara kita,” kata Syifa.
foto: @syifamelvin
Tip kecantikan memandangkan Syifa seorang yang arif mengenai dunia kecantikan. Selain menitik beratkan dari segi mencuci muka selepas mekap, Syifa juga berkongsikan rutin penjagaan wajah agar kekal segar dan berseri.
“Tip paling penting yang boleh saya kongsikan ialah cuci mekap dengan betul sebelum tidur. Walau penat bagaimana sekalipun, pastikan anda cuci mekap dengan bersih. Selepas itu pakailah skincare yang betul dan sesuai dengan kulit anda. Untuk makanan tambahan, saya ada mengambil vitamic C dan Vitamin E untuk mengurangkan kesan parut di wajah,” jelas Syifa yang mengaku adik-beradiknya memang suka gelak ketawa dan bersenda gurau.
Meriahnya laman Instagram Mawar Karim. Setiap hari ada sahaja menu dikongsi bersama followers. Siap ada step by step! Bagi anda yang buntu menu apa untuk dihidangkan pada keluarga ketika berbuka, mungkin video perkongsian Mawar Karim di laman Instagramnya boleh beri idea pada anda.
Mawar yang turut akur dengan Perintah Kawalan Pergerakkan sudah mula menjadi ‘surirumah’ sepenuh masa. Akaun Instagram dengan nama @mawar_karim turut diserikan dengan gelagat si kecil Wan Maryam atau Maryam yang sudah berusia dua tahun tiga bulan.
Sambil-sambil memasak, sempat juga Mawar memberikan tips masakan yang sering digunakan untuk menyediakan hidangan. Menu yang disajikan tidak begitu complicated dan mudah untuk diikuti langkah-langkahnya. Di tambah pula dengan Mawar yang suka berceloteh, kita pun turut mudah untuk ingat cara-cara untuk memasak.
Menurut Mawar di salah satu postingnya, kebanyakkan para ibu pasti mudah untuk menurut perintah kerajaan untuk terus duduk di rumah kerana pengalaman berpantang selepas bersalin sahaja sudah mengambil masa lebih 44 hari.
Bukan sahaja sibuk melayan ‘selera’ harian tetapi Mawar juga membuat sambutan hari lahir Maryam yang ke dua tahun 3 bulan hanya dengan membuat pisang goreng. Comel sungguh bila anak kecil ini dihidangkan pisang goreng sambil nyanyian lagi ‘Happy Birthday‘ dari Mummynya.
Banyak video masakan dan resipi yang dikongsikan Mawar. Paling menambat hati apabila anak kelahiran Pulau Pinang ini memasak kari kepala ikan di atas permintaan Maryam yang mahukan nasi kandar. Anak mami sungguh Maryam! Menurut Mawar, cara orang Penang memasak hidangan ini tanpa menggunakan santan, susu cair mahupun gula.
“Cara Penang mami tak pakai gula,santan atau susu cair. Kami kebanyakkan pakai rempah giling hampa tau. Tapi lain orang lain cara. Cheq tak tau hampa punya style macam mana. Dan masakan Penang tak pedas cili, tetapi pedas kari.
Nak kata cheq ni pandai masak tak la,boleh la sekadar Maryam puji mama best pun, cheq dah bangga sampai ke langit 7. Sapa lagi nak puji kalau bukan anakanda Maryam.”tulisnya.
Dalam tempoh PKP ni, memang ramai yang mencari-cari resipi untuk dimasak kerana ketandusan idea. Semoga perkongsian Mawar dapatlah menolong mereka yang baru berjinak-jinak hendak memasak sendiri di rumah.
Semakin kejar akhirat, semakin melimpah ruah rezeki Rozita Che Wan. Sebut sahaja nama selebriti popular ini pasti ramai yang membayangkan kejelitaan dan imej glamor isteri Zain Saidin ini ...