Inspirasi Pelamin Pertunangan SHILA AMZAH Yang Cukup Romantis, Macam Taman Bunga!

Laksana sekuntum bunga yang mekar berkembang, manisnya menjadi pujaan sang kumbang. 

Merafakkan syukur ke hadrat Ilahi, Nona turut bahagia menyaksikan temasya majlis pertunangan penyanyi terkenal, Shila Amzah dengan jejaka pilihannya, Haris Idraki, malam tadi.

Mengenakan persalinan dress merah jambu rekaan Azura Couture, riak wajah Shila yang dirias Arra Mazlan tampak berseri-seri ketika cincin pertunangan disarungkan ke jari manis.

Dijangkakan bakal memeterai ikatan nikah pada tahun depan, para peminat Shila turut berpeluang melihat bakal suaminya apabila mereka sempat merakamkan foto kenangan bersama.

Haris Idraki Elias, 28, kini dikhabarkan bertugas dalam di London dan pernah bergelar wartawan di sebuah syarikat akhbar berbahasa Inggeris, The Star, pada tahun 2015.

Selain tumpuan buat si dara perawan, perhatian Nona turut terusik dengan keindahan dekorasi pelamin bertemakan ‘Secret Garden’, hasil jemari kreatif Adidecor (Instagram @adiputra_decor). Gandingan orkid dan hydrangea menerbitkan momen romantis, oh indahnya bagai dalam taman!

Kalau tak percaya, jom tengok sendiri beberapa rakaman dekorasi yang cukup cantik ni. Menginspirasikan!

Akhir kata, tahniah jua buat kedua-dua belah ibu bapa yang bekerja keras untuk menjayakan majlis bersejarah ini. Semoga ukhuwah dan ikatan silaturahim yang terjalin kekal selamanya. Norzalina Mohd Alias

Penghargaan: Terima kasih G.i Photoshoot (Instagram @giphotoshoot_official) dan Kakifoto (Instagram @kakifoto_)

IKLAN
Share