Allahu, sememangnya setiap aturan Allah itu adalah yang terindah dan paling sempurna. Pada saat isteri Ajak Shiro diberi ujian tidak dapat masuk ke Raudhah, Dia Yang Maha Penyayang menggantikan rezeki tersebut kepada dua anak lelakinya untuk bersolat dan mendoakan ibu mereka di taman syurga idaman para muslimin dan muslimat.
Paling menggembirakan Ajak dan isterinya, Afifah Amin… rezeki yang diberikan Allah kepada kedua-dua anak mereka itu bukan sekadar mengerjakan solat di sana semata-mata. Bahkan berpeluang solat di saf paling hadapan sambil dikawal khas pasukan keselamatan yang berada di dalam Raudhah. MashaAllah, besar sungguh nikmat yang Allah berikan kepada keluarga ini. Tersentuh dan sebak menyaksikan ‘kemanisan’ itu, Ajak memuatnaik video anaknya di laman Instagram. Bukan niat untuk riak sebaliknya sebagai sumber semangat dan keyakinan bahawa setiap apa yang berlaku pasti ada hikmah di sebaliknya.
Kongsi pelawak, deejay radio dan juga pengacara terkenal ini, “Perancangan Allah sangat hebat. Allah gantikan rezeki ibu kepada anak-anak yang ibu lahirkan. Allah jemput dia berdua. Malaha diberi kawalan khas pada Jad dan Had. Tak perlu beratur, berpuluh ribu orang di belakang sana. Tapi ini rezeki kamu nak.
Sumpah takda benda lain yang lebih menggembirakan Baba. Kamu solat di Raudhah. Nikmatilah taman syurga yang dikurniakan di dunia ini. Allah Maha Besar… penentu rezeki seseorang.”
https://www.instagram.com/p/BvY8lgFnaGg/
Ads
Tiga anak penyeri rumah tangga Ajak dan Afifah
Berangkat ke Tanah Suci lima hari lalu, kunjungan Ajak dan isteri kali ini turut ditemani tiga anak mereka iaitu Mohamad Jad Thaqif (9 tahun), Mohamad Had Thaqif (6 tahun) dan Nada Soffea berusia 4 tahun. Lebih manis, ketiga-tiganya baru sahaj menyambut ulang tahun kelahiran masing-masing pada tarikh yang sama iaitu 25 Mac.
Hanya tiga hari berada di Mekah, isteri Ajak tidak mampu mengerjakan ibadah umrah dengan sempurna apabila dia diduga ‘datang bulan’. Dalam nada sedih, Afifah yang sudah lama memasang niat untuk solat di Raudhah meluahkan kesedihan kepada suami kerana terpaksa melupakan hasrat tersebut.
Kongsi Ajak, dia yang ketika itu mahu pergi sembahyang Subuh terkejut melihat kelibat isteri tercinta yang sedang menangis selepas usahanya untuk memasuki Raudhah sejak malam sebelumnya tidak kesampaian.
Ads
https://www.instagram.com/p/BvexXBNF01m/
Ads
“Dari sebelum Maghrib dia pergi sampailah jam 1 pagi. Tapi tak dapat. Bila dia nak cuba pagi ni, penyakit perempuan pulak datang. Ini kali kedua ibu dekat Madinah tapi rezekinya tertulis begini. Takpa sayang, inshaAllah… Raudhah ialah syurga dunia.
Awak menangis teresak-esak tak dapat masuk. Baba doakan Allah berikan syurga sebenar untuk ibu nanti. InshaAllah. Ibu pohon rezeki dengan Allah. Ada rezeki, Baba janji, Baba akan bawa ibu ke sini lagi. Aminnn…”
Semua yang berlaku atas ketentuan Allah dan sebagai hambaNya, yakin dan reda dengan takdir yang sudah tertulis. Pasti ada kemanisan yang Dia hadirkan buat mereka yang sabar.
Kredit: Instagram Ajak Shiro
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Alahai, cair tengok wajah comel puteri sulung Adira Suhaimi bernama Anggrek ini! Mana tidaknya, Anggrek bukan hanya dikurniakan sepasang mata yang cantik dan kulit putih mulus. Malah saling tak tumpah mewarisi kecantikan ibunda tersayang.
Mengintai Instagram Adira atau nama penuhnya Siti Adira Suhaimi, selain berkongsi rutin dan aktiviti seni yang dilakukan setiap hari… Adira juga gemar memuatnaik foto momen bersama anak-anak tersayang. Dan pastinya Anggreklah yang paling banyak menghiasi laman media sosial pelantun lagu Pujaan Hati ini. Baik ketika menemani Adira bekerja mahupun sewaktu berada di rumah, mesti ‘terselit’ wajah comel Anggrek!
Lima tahun melayar bahtera perkahwinan bersama Datuk Seri Adnan Abu atau lebih dikenali dengan nama Datuk Red pada tanggal 3 Disember 2015, pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata comel. Anggrek misalnya merupakan zuriat sulung mereka yang lahir pada 10 Mac 2017 dan kini berusia tiga tahun.
Mengimbas detik kelahiran Anggrek, anak kecil berkenaan dilahirkan secara pembedahan dengan berat ketika itu 3.2 kilogram. Menariknya, nama Anggrek merupakan pilihan Adira sendiri.
Ujarnya, “Nama Anggrek dipilih kerana saya meminati bunga klasik itu dan sudah lama menyimpan Hasrat untuk menamakan anak sulung dengan panggilan ringkas tersebut.”
https://www.instagram.com/p/CDGFUyhjpQh/
Kalau amati nama ketiga-tiga anak Adira memang kesemuanya ringkas, klasik dan bermula dengan pangkal huruf ‘A’. Selain Anggrek, anak kedua Adira yang juga anak lelaki yang lahir pada 9 September 2018 dinamakan Asan.
Manakala anak ketiga yang menyambut ulang tahun kelahiran pertama pada 8 Ogos lalu pula dinamakan Anggun. Jelas Adira, selain dirinya, suami tercinta juga menginginkan nama anak yang ringkas dan mudah disebut.
Walau sudah mempunyai tiga orang anak namun penyanyi berusia 29 tahun ini tetap aktif dengan kerjaya seni dan bisnes. Pada 20 Ogos lalu, Adira telah melancarkan single terbaharu berjudul ‘Maaf’. Di samping itu, dia juga ligat memasarkan produk jenamanya sendiri iaitu Adira Rose. Sehingga kini, Adira Rose memiliki rangkaian penjagaan wajah seperti hydrating sleeping mask dan wangian.
Kredit: Instagram Adira Suhaimi
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Hari ini sudah masuk hari ke-4 umah islama menjalani ibadah puasa. Semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini, pastinya suasana menyambut bulan Ramadan agak berbeza jika dibandingkan tahun sebelumnya.
Manakan tidak, jika sebelum ini, terdapat banyak bazar Ramadan yang boleh pergi untuk membeli juadah. Tapi tahun ini, semua bazar tidak dibenarkan beroperasi gara-gara krisis yang sedang melanda. Walaubagaimanapun, ralyat Malaysia masih boleh membeli brang keperluan di kedai atau pasar raya yang dibenarkan beroperasi.
Namun, harus diingatkan, langkah keselamatan perlu diambil kira lagi-lagi ada bulan Ramadan ini. Maklumlah, mungkin kesibukan atau kesesakan orang membeli barang agak berbeza jika dibandingkan waktu sebelum bulan Ramadan. Jom Nona kongsikan Langkah-langkah selamat yang perlu diamalkan ketika membeli barang keperluan!
1. Pakai penutup hidung dan mulut serta sarung tangan.
2. Ketika membeli barang keperluan, kekalkan jarak satu meter dari orang lain dan elakkan menyentuh mata, mulut dan hidung.
3. Jika boleh, pastikan anda sanitize pemegang troli atau bakul sebelum menggunakannya.
4. Sebaik pulang dari membeli barangan dapur, buka penutup mulut dan hidung dan masukkan ke dalam plastik dan buang ke dalam tong sampah.
5. Elakkan menyentuh atau memeluk ahli keluarga.
6. Terus ke tandas, tanggal dan rendam pakaian dalam air sabun.
7. Sanitize permukaan yang telah dipegang.
8. Mandi seluruh tubuh sebersihnya.
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“The little boots is gone..” Demikian kepsyen yang ditulis bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Nurul Izzah Anwar yang berkongsi berita duka yang beliau keguguran anak keempat. Nurul Izzah, 43 terbuka berkongsi berita sedih itu menerusi satu hantaran di Instagram sebentar tadi.
Menerusi hantaran berkenaan, Izzah turut memuat naik sekeping foto memaparkan dia dipeluk oleh kedua ibu bapanya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dengan penuh hiba.
“Sejak 19 November 2022, mungkin inilah kali pertama kami berpelukan. Terlalu banyak yang telah kami lalui bersama. Selesai berkempen, sempat pula dijangkiti Covid-19 buat kali kedua, mendapat berita kami mengandung anak keempat,” tulisnya lagi
“Kemudian, sedang sibuk menguruskan tugasan baru, ke sana ke mari, kembali ke Pulau Pinang, kemudian ke Putrajaya. Dikejutkan pula dengan berita pemergian bayi yang dikandung. The little boot is gone,” kongsinya lagi.
“Syukur Alhamdulillah. Saya terfikir tentang semua wanita yang melalui episod serta pengalaman yang sama, walau jalur individunya berbeza. Ungkapan mensyukuri nikmat, kata-kata indah untuk Yang Maha Esa, yang kita ucapkan walau mengalir air mata kerana kita hanyalah insan kerdil. Insan yang lemah dengan perasaan, hati, memori dan pengalaman.
“Penyembuhan adalah satu perjalanan dan jika anda perlu mengambil sedikit masa untuk bernafas pada masa ini, lakukan sahaja. Sebelum fasa kehidupan seterusnya bermula baru, InsyaAllah,” tulisnya lagi.
Walaupun sedih dengan ketentuan dan takdir tuhan, Nurul Izzah reda dengan apa yang berlaku.
Pada 5 Ogos lalu Izzah mendirikan rumah tangga kali kedua dengan seorang pengkaji daripada Khazanah Research Institute, Yin Shao Loong, pada 5 Ogos tahun lalu.
Izzah mempunyai sepasang cahaya mata iaitu Raja Nur Safiyah, 15, dan Raja Ahmad Harith, 13, hasil perkahwinan pertamanya, sementara Shao Loong pula mempunyai seorang anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu.
Sumber: Mstar
Lubuk konten hanya untuk VVIP NONA. NONA kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemunculan Thalita di pentas eksklusif 'Konsert By Ajai & Mega Friends Singapore' baru-baru ini cukup istimewa kerana ia mengimbau semula memori kita kepada Allahyarhamah...