“Isteri Saya Kata, Perempuan Ni Kalau Lelaki Ambil Berat Sikit Mulalah Perasan” -ADAM CORRIE

“Dalam rumahtangga perlu tahu rasa tanggungjawab, jangan marah pasangan terlalu lama serta segera meminta maaf jika melakukan kesalahan.”

Berikut kenyataan yang pernah dikongsi di laman Facebook pelakon, koreografer tarian dan aksi lasak serta pendakwah bebas, Adam Corrie Lee Abdullah tentang bagaimana untuk mengekalkan kebahagiaan rumahtangga.

Adam Corrie Lee Abdullah.

Bagi penerima anugerah ‘Tokoh Saudara Kita’ peringkat Selangor sempena Maal Hijrah 1439 ini, setiap pasangan perlu ada rasa tanggungjawab serta saling menghormati antara satu sama lain.

Kini usia perkahwinannya bersama isteri tercinta, Fazima Mohd Fuad, yang digelar ‘bidadari’ telah menjangkau lebih 10 tahun. Mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Adam Fateh Lee yang kini berusia empat tahun.

Comelnya Adam Fateh!

Selain aktif dalam dunia lakonan, Adam Corrie juga merupakan pengasas Pertubuhan Kembara Iman Malaysia (Kembara Iman Saudara Baru). Manakala isterinya pula selaku Setiausaha pertubuhan tersebut.

Terbaharu, Adam Corrie ada memuat naik satu posting di Instagram berupa nasihat daripada isterinya.

Pasangan bahagia.

Perkongsian itu juga boleh dijadikan panduan buat pasangan suami isteri untuk mengekalkan keharmonian rumahtangga.

INGAT PESAN ISTERI

“Isteri selalu pesan kat saya kalau ada anak gadis, wanita bujang, janda ataupun isteri orang yang suka bercerita masalah cinta ke atau rumahtangga elakkan melayan sangat. Tak kisahlah peminat ke ataupun rakan. Takut mereka salah faham pula ingat kita suka kat mereka.

“Isteri saya kata, perempuan ini kalau lelaki tu cakap lembut sikit, ambil berat sikit mulalah perasan. Bukan semua tapi segelintir sahaja. Jadi takut terkena yang segelintir nanti jadi parah.

“Sebab banyak kali jadi, saya tolong selesaikan masalah putus cintalah, tolong bagi duit susu anak la, nak tumpang rumah la, last-last jadi stalker pula. Mesej pelik-pelik, menakutkan. Terus buat report polis.

“Sebab tu kalau ada wanita yang nak bergambar berdua saya cuba elakkan. Bukan sombong, takut jadi fitnah. Saya selalu ajak isteri ambil gambar sekali.

“Kita hidup biar berpada-pada. Jika kita ada masalah cari tempat yang betul untuk mengadu masalah. Bukan dengan artis, bukan dengan orang yang berlainan jantina. Bahaya..

“Saya selalunya akan syorkan mereka yang bercerita masalah untuk rujuk kepada yang pakar. Kerana saya hanya boleh mendengar sahaja dan bagi nasihat sikit sahaja. Lebih-lebih tak boleh.

“Syaitan sentiasa mencari ruang untuk mengajak kita buat perkara tak baik.

“Jangan la pula ada yang komen lelaki boleh atau suruh kahwin 4 ye. Tak kelakar. Sila jaga adab apabila komen. Jaga hati semua orang.

“Qanaah.. asal punya rasa cukup hidup ini pasti indah.
Senyum selalu
Selalu bersangka baik


InsyaAllah hati tenang

Adam Corrie dan isteri mendirikan rumahtangga pada tahun 2008. Ketika itu Adam Corrie berusia 40 tahun manakala isterinya 30 tahun.

Foto ketika Adam Corrie dan isteri sah sebagai suami isteri.

Pertemuan yang singkat pada cinta pandang pertama tidak menghalang pasangan ini untuk hidup bersama. Semoga pasangan ini kekal bahagia sampai syurga.

Kredit Foto: Instagram Adam Corrie

IKLAN
Share