‘It’s Done By Eina Azman’ Dah Banyak Menu Baru, DATIN PADUKA EINA Tak Menang Tangan Siapkan Order!

Wow, tak sangka sampai macam tu sekali penangan air tangan Datin Paduka Eina Azman! Mungkin kerana kecur melihat masakan yang dikongsikan Datin Paduka Eina di Instagram selama ini membuatkan peminat setianya teruja untuk menikmati juadah menyelerakan selebriti cantik tersebut. Sampai beliau mengaku pernah jatuh sakit kerana bertungkus-lumus menyiapkan tempahan makanan di dapur. Meskipun penat tapi Datin Paduka Eina tetap gagahkan diri demi tidak mahu menghampakan permintaan pelanggan.

Difahamkan bisnes makanan ‘It’s Done by Eina Azman’ bermula sejak Ramadan yang lalu. Walau masih bertatih dalam perniagaan ini namun sambutan yang diterima sangat memberangsangkan. Bayangkan, setiap hari isteri Datuk Paduka Kaiser ini menerima tempahan makanan tanpa henti sampai ke awal pagi!

Memandangkan bisnes ini perkara baru bagi Datin Paduka Eina, beliau masih cuba menyesuaikan diri dengan situasi ini dan berusaha memberikan yang terbaik kepada semua.

Dalam perkongsian terbarunya, Datin Paduka Eina memuat naik gambar terkini bersama timbunan pek tempahan Assam Laksa masakannya. Tumpang bangga tengok bisnes It’s Done By Eina Azman makin hari makin maju. Menu pun dah banyak. Mengimbas kembali pembabitan awal dalam dunia masakan, ibu kepada anak kembar ini terbuka berkongsi kisah.

“Ingat lagi few years back masa mula-mula nak start share video masak dekat Instagram, Eina tak berapa confident. Then family encourage untuk share. Bila dapat sambutan dari you guys serious Eina happy sangat and rasa lagi semangat nak share. ⁣

Then last year dapat offer as Maggi CukupRasa’s brand ambassador. Offer yang tak mungkin Eina tolak sebab Maggi CukupRasa memang close to my heart. Boleh dikatakan Eina membesar dengan product-product Maggi. And tak pernah imagine dari tagline video end up jadi bisnes @itsdonebyeinaazman. Alhamdulillah dapat sambutan yang luar biasa sampai tak menang tangan Eina dan team.

You never know what the future holds for you.. Sebab tu kita wanita kena berani. Kena berani mencuba sesuatu yang baru!! Ha Eina dah share story Eina, u’olls share la story u’olls! Eina nak dengar jugak!”

Sebelum ini Datin Paduka Eina juga ⁣melahirkan rasa syukur kerana tidak menyangka bisnes air tangan beliau ini mendapat sambutan hangat daripada peminat. “Anyway,

Eina nak share sikit apa yang Eina rasa semenjak buat ‘It’s done by Eina Azman’ ni. Syukur alhamdullilah rezeki Allah bagi terlalu banyak sampai tak menang tangan.

Tapi yang sedihnya Eina tak dapat nak terima semua order dengan baik. Terlalu ramai yang Whatsapp sampai Eina tak dapat nak amik order. Sebab bayangkan setiap hari WhatsApp masuk beratus-ratus. Staff-staff Eina semua cuba yang terbaik untuk balas semua WhatsApp tapi tak pernah habis-habis nak balas sebab WhatsApp non stop sampai 4 ke 5 pagi. Ada juga yang marah-marah Eina dan staff.

Eina tak boleh nak balas semua dari Eina. Sebab kalau Eina reply siapa pula nak memasak di dapur? So Eina harap u all boleh faham dan boleh bagi Eina sedikit ruang dan peluang untuk Eina and the team untuk perbaiki segala kekurangan. “Minta maaf sangat-sangat”.”

Meninjau akaun rasmi ‘It’s Done by Eina Azman’ yang bakal mencecah 60 ribu followers, antara menu yang dijual ialah Assam Laksa, Sambal Tempoyak Ulam Kayu (9 Jenis Ulam), Sambal Bilis Jering, Sambal Bilis Petai, Jering Masak Lemak Cili Padi dan Ikan Patin Tempoyak Pekat Likat. Bagi memudahkan pelanggan menikmati menu air tangan Datin Paduka Eina di rumah, perkhidmatan penghantaran makanan sampai ke pintu rumah anda turut disediakan.

Malah, rata-rata feedback memberikan komen positif mengenai menu masakan Datin Paduka Eina Azman. Pendek kata, memang tak rugi cuba sambal dan laksa jualan aktres tinggi lampai tersebut. Sudahlah cantik, popular dan kaya. Pandai memasak pula tu! Menyedari minat memasak isteri tercinta, Datuk Paduka Kaiser menghadiahkan peralatan memasak berteknologi tinggi Thermomix kepada Datin Paduka Eina.

Bagi mereka yang mengikuti perkembangan Datin Paduka Eina Azman sudah pasti mengetahui bakat memasak jelitawan ini yang gemar menyediakan sendiri hidangan untuk seisi keluarganya. Tidak hanya sajian tradisi Melayu bahkan beliau juga pandai memasak aneka hidangan Barat termasuk pencuci mulut. Jadi tidak hairanlah, air tangan Datin Paduka Eina digemari ramai dan mendapat sambutan luar biasa.

IKLAN
Share